DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, April 11, 2011

Alah, mengada-ngada!! MENTOR dia ada video seks, dia pun NAK ada jugak ke?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa kata kita LUPAkan sekejap pasal suasana kempen PRN Sarawak.. Bukan apa, kita pakat semak balik kisah video seks yang dikatakan meLIBATkan seorang pemimpin kanan PKR atau 'LELAKI Y' dengan seorang 'China Doll'.. Hari ini nampaknya ada perkembangan MENARIK berhubung dengan aspek penting iaitu kenyataan Penasihat PKR dalam sidang medianya sendiri berhubung dengan jam Omeganya bagi meNAFIkan dirinya adalah 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut..

Sebelum itu, jika anda baca berita dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam, ada pulak sorang yang diNAMAkan sebagai 'Menantu B' cuba memPROMOSIkan dirinya melalui penDEDAHan video seks jugak.. Alahai…. Gamaknya dah habis IDEA kot nak cari PUBLISTI hinggakan terpaksa tumpang seKAKI menerusi penDEDAHan video seks jugak? Dah habis semua KAEDAH dicubanya untuk cari PUBLISTI seperti jadik model sambilan, masuk latihan askar Wataniah dan payung terjun atau jadik pelakon, KALI ini dia cuba memberi gambaran ada PIHAK nak mengenakan dia menggunakan video seks la pulak? KAH!KAH!KAH!

Kalau keBIASAannya, orang POLITIK nih cukup takut dengan bab-bab seperti video seks, gambar skandal dan sebagainya.. Namun, ahli POLITIK atau 'Menantu B' yang sorang nih nampaknya tidak pulak TAKUT sebaliknya mengGUNAkan 'RUMOURS' penDEDAHan video seks untuk mencari PUBLISITI pulak? 'RUMOURS' ini ASALnya berpunca dari salah seorang pemimpin AMK yang dikenali dengan panggilan Che'gu Bard.. DiFAHAMkan Che'gu Bard menyatakan video seks tersebut wujud semasa kempen PRU tahun 2008 lalu.. Namun, dia mengARAHkan pulak video seks tersebut diBAKAR masa tuh.. ->KLIK<-

Bagus betul KELENTONG dia? Yang KELAKARnya tuh, penDEDAHan video seks oleh Che'gu Bard ini 'diSAHUT' pulak oleh juak-juak UMNO yang KONONnya 'SAYANG' sangatlah dengan 'Menantu B' yang diSEBUT oleh Che'gu Bard tersebut.. Tak sangka, walaupun WIKILEAKS menDEDAHkan 'Menantu B' tersebut meRUPAkan orang yang paling diBENCI di Malaysia, masih ada RUPAnya juak-juak UMNO yang mahu menJULANGnya hingga ke 'LANGIT ke-7'? Takde BEZA la diorang dengan ahli-ahli PKR dan Lebai PAS kan? KAH!KAH!KAH!

Punyalah diorang tak DAPAT menerima penDEDAHan video seks yang ENTAH betul ENTAH tidak terhadap 'Mennatu B' tersebut hingga berSUNGGUH benar buat laporan POLIS? Kita terINGIN sangatla nak TANYA kat juak-juak UMNO tuh, kalau BETUL wujud video seks sedemikian pun apa SALAHnya? Takkan diorang pun nak meLINDUNGi perkara yang SALAH? Malah, 'Menantu B' pun menyatakan Che'Gu Bard telah mengedarkan video seks tersebut selepas solat Jumaat pada tahun 2008? Maknanya dia sendiri pun mengaku benda tu WUJUD la tu.. Tak gitu? ->KLIK<-

Dalam KONTEKS ini, kita mahu anda meLIHAT keBANGANGan dua PIHAK.. Satu pihak ialah mereka yang PERCAYA terhadap KELENTONG tak menjadi Che'gu Bard.. Satu pihak lagi ialah juak-juak UMNO yang BONGOK dan cuba membela 'Menantu B' sedangkan dia sendiri pun tak ambil KISAH malah tak buat laporan POLIS pun untuk dirinya? Sebaliknya dia mengGUNAkan pulak 'RUMOURS' video seksnya ini untuk mencari PUBLISTI ala-ala ARTIS.. Kiranya dia nak orang NAMPAK dia macam Justin Timberlake ke, Paris Hilton ke atau Britney Spears la tuh.. Almaklumlah, 'Menantu B' nih mana boleh hidup tanpa PUBLISTI ala-ala ARTIS nih! KAH!KAH!KAH!

Jadik, setakat mana pulak 'RUMOURS' video seks 'Menantu B' ini akan menJEJASkan UMNO/BN hinggakan juak-juak UMNO yang diMAKSUDkan bersungguh sangat nak buat laporan POLIS? Adakah UMNO akan KALAH pilihanraya akibat video seks 'Menantu B' ini? Atau pun pasaran SAHAM Negara akan jatuh menjunam? Atau harga MINYAK dunia akan NAIK? Atau nilai RM akan SUSUT? Atau juak-juak UMNO tuh saja je nak tolong bagi PUBLISITI untuk 'Menantu B' agar nanti dapat le merasa apa-apa 'FULUS' darinya?

Kalau dalam kes video seks pemimpin kanan PKR atau 'LELAKI Y' menyebabkan Penasihat PKR mengGELABAH habis dan cuba menyembunyikan PERIHAL jam Omega yang diKATAkan tertinggal selepas 'LELAKI Y' selesai 'PROJEK' dengan 'China Doll', AGAKnya apa pulak KESAN atau BUKTI yang ditinggalkan oleh 'Menantu B' dalam video seksnya? Jam Rolex? Jam Citizen? Atau Jam'B-A-N'? Mungkin Che'gu Bard boleh kemukakan agar kita semua pakat-pakat boleh TENGOK juak-juak UMNO yang 'SAYANG' sangat dengan 'Menantu B' nih menggelupur untuk membela 'BOSS' mereka tuh? Atau pun mungkin 'Menantu B' akan menggelupur seperti Penasihat PKR yang MARAHkan WARTAWAN yang berTANYAkan pasal jam Omeganya semasa sidang medianya sendiri hari ini? HE!HE!HE!

Che'gu Bard jugak boleh menDEDAHkan video seks tersebut kepada pihak media samada di Carcosa atau di Kondo Damansara.. Tak kisahlah kalau mereka kena berKELUBUNG atau pakai PURDAH untuk menonton video seks tersebut.. Nak 'UPLOAD' dalam internet pun OK! DiFAHAMkan Che'gu Bard mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Penasihat PKR melalui perkahwinan dengan anak-menakannya.. Nak tanya – Tak MALU ke TONTON aksi 'LELAKI Y' yang dikatakan Pak Menakannya sendiri dalam video seks tersebut bersama-sama 'DATUK T'? Patutle Pak Menakan dia asyik meLETUP sakan aje apabila disoal WARTAWAN semasa sidang MEDIA hari nih? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS