DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, March 31, 2010

Presiden MIC dan Mursyidul AM PAS sebenarnya perangai mereka SAMA sahaja..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

APA bezanya antara kedua TOKOH POLITIK ini? Seorang adalah Mursyidul AM PAS merangkap MB Kelantan iaitu Pok Nik 'ALAIHISSALAM', sementara seorang lagi adalah Presiden MIC sebuah parti KOMPONEN dalam BN yang KONONnya mewakili kaum India bernama Samy Vellu.. Apakah BEZA antara mereka berdua? Jawapannya adalah mereka berdua SAMA baik dari segi keANGKUHan, 'ARROGANT' mahu pun suka MAIN lepas cakap tanpa memikirkan sedikit pun AKIBATnya.. Itulah dia dua TOKOH POLITIK yang saling menghancurkan kaum masing-masing dengan kenyataan MULUT mereka..

Samy Vellu dilihat begitu menDESAK agar kerusi Parlimen Hulu Selangor yang KOSONG diwakili oleh Timbalannya G.Palanivel yang sebenarnya telah pun KALAH dalam pilihanraya UMUM baru-baru ini.. Malah, dia meminta atau 'MEMAKSA' pula agar sokongan diberikan kepada CALON pilihannya walaupun orang yang SAMA telah diTOLAK oleh pengundi semasa pilihanraya umum lalu.. Dia menyatakan KONONnya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.. KeANGKUHan pemimpin parti komponen sebegini adalah LAZIM dalam BN.. SOALnya, sekarang INI siapakah yang masih PERCAYAkan kata-kata Samy Vellu sedangkan KAUMnya sendiri pun tak SOKONG dia??

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Inilah DILEMA yang harus dihadapi oleh UMNO sebagai penaraju utama dalam BN.. UMNO terpaksa meminta pengundi-pengundi Melayu agar memberikan SOKONGAN kepada rakan-rakan KOMPONEN seperti MCA dan MIC yang langsung tidak pula memberikan KERJASAMA sebaliknya kepada UMNO.. HAKIKAT ini sebenarnya disedari oleh majoriti pengundi Melayu yang selama ini menyokong UMNO.. Malah, keadaan ini menjadi lebih BURUK apabila UMNO dilanda gejala POLITIK WANG yang dibawak oleh Ketua Pemudanya hingga menyebabkan orang Melayu rasa MELUAT nak bagi undi kepada UMNO.. Ini menyebabkan parti komponen seperti MCA dan MIC menyalahkan UMNO kerana mereka TIDAK lagi menerima sokongan seperti sebelumnya..

Kita cukup YAKIN kemelut ini akan berterusan dalam BN.. Ini kerana orang Melayu merasakan UNDI mereka telah diKHIANATI oleh pemimpin-pemimpin yang TIDAK sepatutnya dalam BN.. Manakala parti komponen dalam BN yang selama ini menerima sokongan orang Melayu untuk MENANG pilihanraya pulak menyalahkan UMNO kerana orang Melayu TIDAK mengundi mereka.. Dijangkakan SLOGAN '1 MALAYSIA' tidak mampu menyelesaikan masalah INI kerana selama ini pun hanya orang Melayu yang terpaksa menghayati slogan tersebut.. Kaum-kaum atau para pemimpin bukan Melayu dalam BN pulak memperlatakan SLOGAN ini untuk terus 'MENEKAN' orang Melayu melalui TUNTUTAN yang bukan-bukan..

****************************************************

Kita berbalik pulak kepada seorang lagi TOKOH POLITIK yang sama tahap dengan Samy Vellu dalam bab MERAPU nih.. Pok Nik 'ALAHISSALAM' telah sekali lagi dengan JAYAnya terpilih kembali sebagai Mursyidul AM PAS baru-baru INI.. Walaupun Pok Nik sendiri menyatakan DIA sudah tak LARAT lagi nak melaksanakan TUGASnya atas faktor kesihatan, Lebai-lebai PAS tetap memilihnya jugak.. Sedangkan Nabi SAW pun pernah suruh Sayyidina Abu Bakar ganti jadi Imam SOLAT semasa baginda UZUR.. Fidel Castro pun bila dah tak larat suruh ADIK dia ganti jadik Presiden CUBA..Sebelum INI bukan MAIN lagi Lebai PAS mengata Tun Mahathir KONONnya ingin jadi PM sampai akhir HAYAT, rupanya Pok Nik JAUH lebih HEBAT lagi.. Silap-silap dah masuk ICU pun masih dipilih jugak oleh Lebai PAS..

APA pun, samada Pok Nik 'ALAHISSALAM' dilantik semula atau TIDAK, ianya langsung TIDAK mengubah PERSEPSI bahawa Lebai PAS memang DUNGU pun.. Pasal DUNGU nih memang bawaan sendiri dan bukannya salah IBU mengandung pun.. Kita jugak TIDAK mengharapkan Pok Nik akan berubah atau menjadi ULAMA sejati yang menganjurkan kepada perpaduan sesama UMAT Islam.. Sudah tentu ianya TIDAK akan berlaku.. Kerana KUASA atau NAFSU POLITIK, orang boleh lupa hatta ibu mereka sendiri.. Apatah lagi Pok Nik yang lebih 20 tahun bergelumang dengan KUASA dan NAFSU POLITIK sebagai MB Kelantan..

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25752:bantu-saya-jayakan-misi-bersama-pakatan-rakyat-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Tambahan PULAK Pok Nik sendiri menyatakan DIA mahu menjayakan MISInya bersama PR untuk mengejar KUASA.. Ye la.. Peranan Pok Nik dalam PR ni pun bukannya KECIK.. Besar tu peranan dia:-

-> ADUN Bukit Lanjan yang BERSEKEDUDUKAN pun boleh dia 'BERSIH'kan?
-> Orang KAFIR baca Al Quran untuk memperlekehkan orang Islam LAIN pun dia BENARkan?
-> Penasihat PKR yang terlibat KES 'menJUBOR' pun dia BELA?
-> Nama ALLAH SWT pun Pok Nik relakan untuk diKONGSI dengan orang KAFIR yang ingin meMURTADkan orang Islam?
-> Itu tak masuk lagi kebenaran untuk bersekutu dengan SETAN, HAK boleh tentukan siapa ke SYURGA atau NERAKA, siapa KAFIR atau ISLAM dan banyak lagi..
-> Apa dah JADIK agaknya dengan Hukum HUDUD, Syariah dan lain-lain?

Seluas-luas dunia Islam, memang tak akan JUMPA orang macam Pok Nik nih.. Pasal, kalau kat Pakistan, Afghanistan atau mana-mana negara Timur Tengah, dah lama dah jadik sasaran PENGEBOM berani mati..

Wallahualam..

Monday, March 29, 2010

Apa mesej TERSIRAT yang UMNO perlu faham menerusi Perhimpunan Agung PERKASA dan Pemilihan MCA..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PERKASA baru sahaja selesai mengadakan Perhimpunan Agung mereka yang PERTAMA di PWTC semalam.. Hari ini pulak, MCA yang merupakan rakan UMNO dalam BN sejak sebelum MERDEKA lagi telah sekali lagi mengadakan pemilihan baru untuk kepimpinan parti mereka.. Kedua-dua pertubuhan INI masing-masing menghimpunkan ahli-ahli mereka dan mereka jugak SEBENARnya cuba menyampaikan sedikit MESEJ tersirat kepada UMNO dan rakan-rakan parti lain dalam BN sebenarnya..

PERHIMPUNAN AGUNG PERKASA

Kejayaan PERKASA menghimpunkan seramai 10 ribu lebih ahlinya di PWTC sebenarnya amat mengagumkan.. Malah, jelas sekali PERKASA berjaya mencapai OBJEKTIFnya untuk menyatu-padukan orang Melayu dan Bumiputera di bawah satu pertubuhan NGO.. Walaupun kedengarannya agak JANGGAL terutamanya pada ahli-ahli UMNO, namun kalau dibandingkan dengan kaum CINA yang ada DONG JIAO ZHONG atau kaum INDIA yang ada HINDRAF yang jugak berselindung disebalik nama NGO, maka kewujudan PERKASA seharusnya dialu-alukan oleh orang Melayu..

Jika UMNO boleh TUNDUK kepada NGO-NGO bukan Melayu untuk memenuhi tuntutan berasaskan KAUM mereka sendiri, apakah SALAH pulak jika NGO-NGO Melayu pulak bersatu dan menuntut agar mereka tidak 'DITUNDUKKAN' hanya kerana hendak memenuhi desakan kaum-kaum tertentu? Seharusnya itu adalah tugas UMNO yang kena mempertahankan kepentingan Melayu? Malangnya, sejak UMNO 'DICEMARI' oleh golongan-golongan yang menDEWA-DEWAkan lulusan OX-BRIDGE walaupun mereka hanya lulusan Sains Politik aje.. Pendekatan 'ALA-Penjajah' yang dibawak oleh mereka menyebabkan UMNO semakin jauh daripada HATI orang Melayu sendiri..

TEPAT sekali nasihat Tun Dr. Mahathir bahawa UMNO jangan mengetepikan orang Melayu.. Malah saranan Presiden PERKASA yang meminta agar UMNO tidak meMUSUHi PERKASA jugak seharusnya dipandang serius oleh pucuk-pimpinan UMNO.. Kita YAKIN ramai dalam UMNO yang tidak menganggap PERKASA sebagai MUSUH.. Namun, kita jugak menjangkakan ada ahli-ahli UMNO yang jenis 'CARI MAKAN' melalui parti dan pengamal POLITIK WANG yang akan memusuhi PERKASA.. Terpulang kepada UMNO sendiri samada nak ikut kehendak yang dua tiga KERAT ini atau UMNO dipinggirkan oleh orang Melayu..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

PEMILIHAN SEMULA PARTI MCA

Walaupun MCA telah selesai mengadakan pemilihan semula kepimpinannnya, kita menJANGKAkan MCA akan terus bergolak.. INI kerana keMENANGan yang diperolehi oleh pihak yang MENANG adalah TIPIS dan masih lagi melambangkan MCA masih berpecah-belah sesama sendiri..

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=486013

Malah pemilihan Presiden Baru MCA yang pernah menghadapi KES Video SEKSnya dijangka akan menyukarkan rakan-rakan dalam BN untuk menunjukkan yang BN bersih dari AKTIVITI tidak berMORAL.. Walaupun pada KAUM yang menyokong MCA, mereka beranggapan KES seksual seseorang pemimpin mungkin lebih REMEH berbanding dengan KES penyelewengan melibatkan DUIT seperti KES PKFZ, tetapi pada pandangan rakyat, dua-dua KES ini sama aje.. Rakyat menilai MORAL seseorang pemimpin, jadik seseorang pemimpin seharusnya 'BERSIH DAN KELIHATAN BERSIH'..

JIKA sebelum ini, MCA boleh menyalahkan UMNO kerana menyimpan pemimpin yang berSALAH POLITIK WANG dalam parti hingga menyebabkan kaum-kaum yang selama INI menyokong MCA dan MIC menolak terus BN.. Maka kali ini UMNO mungkin boleh angkat kepala sedikit dengan MCA pasal mereka pun 2X5 jugak bab pilih pemimpin parti sendiri.. Agaknya, SIAPA lagi yang boleh UMNO harapkan sebagai rakan dalam BN? MIC? Gerakan? PPP? Kesemuanya mempunyai PEMIMPIN yang bermasalah dan diketahui RAKYAT yang mereka memang bermasalah..

UJIAN pertama selepas ini untuk BN dan Pakatan Rakyat(PR) adalah pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.. Inilah masanya untuk kedua-dua belah pihak menguji SENTIMEN rakyat terhadap kumpulan masing-masing.. SENARIO politik ketika INI jelas bercelaru dan TIDAK menyebelahi mana-mana pihak.. TIDAK ada satu PIHAK pun yang boleh mendakwa mereka lebih 'BERSIH' atau lebih 'BERMORAL' berbanding lawannya.. Yang kasihannya ialah RAKYAT le.. Terpaksa bergantung kepada NGO untuk membela mereka mengikut KAUM masing-masing..

Wallahualam..

Saturday, March 27, 2010

Nampaknya BN akan masuk gelanggang PRK Hulu Selangor tanpa membuang sikap ANGKUH, tidak MESRA dan gila PUBLISITI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

AL-FATIHAH untuk arwah MP Hulu Selangor Dato Zainal Abidin..

Akhirnya berlaku lagi pilihanraya KECIL(PRK) yang ke-10.. Setakat ini keputusan PRK antara BN dan Pakatan Rakyat(PR) adalah 1-8.. PR menang 8 PRK dan BN hanya menang satu di DUN Bagan Pinang.. Selepas KALAH banyak kali, sudah tentu BN mahu mengulangi kemenangannya untuk menjadikan keputusan 2-8.. APA pun BN harus memikirkan percaturan terBAIK untuk memenangi pilihanraya KALI ini..

Merujuk kepada peratusan pecahan PENGUNDI, Parlimen Hulu Selangor mempunyai peratusan pengundi Melayu seramai 53.9%, diikuti pengundi Cina seramai 26.7%, pengundi India seramai 19% dan selebihnya lain-lain kaum.. Hulu Selangor seHARUSnya menjadi kawasan MUDAH untuk BN memenanginya.. Calon BN pada pilihanraya UMUM lepas, G. Palanivel hanya KALAH dengan perbezaan UNDI sebanyak 168 undi sahaja.. Malah, 3 DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dikuasai oleh BN.. Jadik, secara CONGAKkan di atas kertas, BN tidak bermasalah untuk merampas kembali kerusi Parlimen tersebut..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/26/nation/20100326123650&sec=nation

Namun, itu hanya CONGAKkan di atas kertas dan secara rambang.. Apa pun pilihanraya, faktor ISU dan SENTIMEN pasti akan menentukan keputusan.. SOALnya kali ini, faktor tersebut memihak kepada SIAPA? BN atau PR? Malah, kalau komposisi KAUM diambil kira, nyata sekali pengundi di sana mahukan calon bangsa Melayu dari UMNO mewakili mereka.. Jadik, mahukah MIC yang sebelum ini meletakkan calonnya bertolak-ansur dan memberikan ruang kepada UMNO yang dilihat lebih 'BERKEMAMPUAN' untuk memenangi Parlimen Hulu Selangor?

Kalau diLIHAT daripada kenyataan 'ANGKUH' Presiden MIC dan Ketua Pemudanya, nampaknya sekali lagilah UMNO kena telan KELENTONG mereka.. MIC dilihat mendesak agar kerusi Parlimen tersebut diberikan kepada mereka walaupun setakat ini, MIC tidak pernah dilihat berjaya mengembalikan sokongan KAUM India terhadap BN.. Malah, kaum-kaum lain semakin MELUAT dengan melihat keANGKUHan kepimpinan MIC yang kuat berlagak, cakap BESAR dan tidak berpijak di bumi nyata.. Inilah BAHAYA yang menanti BN di sana..

Tambahan pulak, ramai masih lagi mengingati bagaimana sikap para pemimpin MIC yang sebegitu MUDAH menghina pemimpin KAUM lain khususnya pemimpin Melayu yang banyak JASA seperti Tun Dr. Mahathir.. Jangan kita LUPA kenyataan para pemimpin MIC seperti di bawah:-

1) Kenyataan Presiden MIC terhadap Tun Dr. Mahathir:
http://detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=3765

2) Kenyataan Timbalan Presiden MIC terhadap Tun Dr. Mahathir:
http://besonline.rtm.gov.my/details.php?id=1721&pageno=79&field=na_Title&order=DESC&title=National

3) Kenyataan Ketua Pemuda MIC terhadap Tun Dr. Mahathir:
http://www.mmail.com.my/content/13440-stop-being-mouthpiece-mic-youth-chief-told

IBARAT kata pepatah Melayu - Diberi SUSU dibalas TUBA.. Inilah SIKAP Pemimpin MIC yang mahukan mereka diberi pengiktirafan sebagai pemimpin oleh kaum-kaum LAIN? Adakah mereka INI mampu mengembalikan sokongan KAUM lain terhadap calon parti mereka sedangkan kaum mereka sendiri pun ENGGAN menyokong mereka?

Sebab itu ramai yang MELIHAT bahawa ada yang masih belum BERES dalam BN.. Mampukah DS Najib 'mengawal' mereka yang di luar KAWALAN ini? Sedangkan Ketua Pemuda UMNO yang jelas mengamalkan POLITIK WANG dalam partinya sendiri pun GAGAL diambil tindakkan oleh kepimpinan UMNO bahawa DS Najib? Jangan fikir slogan 1 MALAYSIA boleh menyelesaikan ISU pemimpin yang berMASALAH dan memberikan MASALAH.. Itu yang RAKYAT tengah dok perhatikan..

BN sebenarnya GAGAL memahami apa yang tersirat melalui kemenangan di DUN Bagan Pinang.. Apa yang dimahukan oleh RAKYAT sebagai pengundi ialah seorang wakil atau pemimpin yang PRIHATIN, mesra rakyat, berwibawa dan TIDAK angkuh.. Bukannya pemimpin yang dok sibuk cari PUBLISTI murahan, gila GLAMER, kumpul harta dan jarang tunjuk MUKA di kawasan sendiri.. Inilah PERSEPSI yang rakyat nampak terhadap para pemimpin BN.. Tok sah dok kata dalam parti komponen aje, dalam UMNO sendiri pun masih ada lagi jenis PEMIMPIN macam tu..

Sehingga hari ini, BN gagal menguruskan dan memperbaiki PERSEPSI sedemikian terhadapnya.. INI kerana SALAH dipihak BN sendiri yang ENGGAN menolak para pemimpin sedemikian RUPA semasa pemilihan peringkat parti masing-masing.. Malah mereka nih dipilih pulak sebagai pemimpin parti?

Wallahualam..

Thursday, March 25, 2010

TAKTIK basi 'KEPALA' Geng ERDOGAN nak lagakan sesama UMNO dengan melantik Ku Li sebagai jururunding?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

ADA dua orang pemimpin 'generasi baru' yang sebenarnya sudah 'OBSOLETE' dan diTOLAK oleh rakyat, namun masih cuba diberi NAFAS baru oleh para pemimpin parti masing-masing KONONnya atas dasar 'TERHUTANG BUDI' kepada mereka atau salah seorang AHLI keluarga mereka.. Dua orang yang kita MAKSUDkan itu adalah Ketua Pemuda UMNO dan 'KEPALA' GENG ERDOGAN yang KALAH ditangan Ustaz Nasharuddin semasa pemilihan PAS untuk jawatan Timbalan Presiden yang lalu.. Ketua Pemuda UMNO tuh macam yang kita TAHU, keSIALan dia masih lagi terlekat kepada UMNO sampai hari ini tetapi KALI nih kita nak cerita pasal 'KEPALA' GENG ERDOGAN..

Alkisahnya, seperti yang semua sedia MAKLUM, 'KEPALA' GENG ERDOGAN nih bukannya SETIA pun kepada PAS.. Tugas dia dalam PAS adalah untuk menyelewengkan pemikiran LEBAI-lebai PAS yang sudah semulajadi DUNGU menjadik semakin DUNGU dan jauh daripada ISLAM.. Sebab itulah sejak akhir-akhir INI kita sering mendengar 'FATWA' ikut sedap mulut daripada para pemimpin PAS terutamanya DEWATA RAYAnya iaitu Pok Nik 'ALAHISSALAM'.. Kesetiaan 'KEPALA' GENG ERDOGAN ini sebenarnya lebih kepada Penasihat PKR, bukannya kepada mana-mana pemimpin PAS pun..

KALI ini, 'KEPALA' GENG ERDOGAN ini cuba mencari PUBLISITI murahan sepertimana yang sering dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO.. Isunya kali ini ialah tentang 'ROYALTI' minyak negeri Kelantan.. Dia dilihat cuba menJUARAi isu 'ROYALTI' minyak negeri Kelantan KONONnya dia mewakili rakyat Kelantan.. Malah, bermacam cara diCUBAnya untuk menaikkan ISU ini sekaligus kembali memPOPULARkan dirinya.. Namun, nampaknya semakin hari semakin kurang orang Kelantan sendiri yang berMINAT dengan penjelasannya.. Pasal rata-rata rakyat Kelantan nampaknya dah tak PERCAYA terutama sekali apabila mereka melihat keMEWAHan yang dimilikki 'KEPALA' GENG ERDOGAN ini..

Bak kata orang filem dulu-dulu, kalau DAH kepala PENYAMUN tuh, kepala PENYAMUN jugaklah.. Siapa NAK percayakan dia dalam isu 'ROYALTI' minyak negeri Kelantan sedangkan selama 20 tahun lebih PAS meemrintah, yang KAYA-RAYAnya cuma YB-YB PAS seperti 'KEPALA' GENG ERDOGAN ini? Dia ingat dia BOLEH bodohkan rakyat Kelantan? KeGAGALan 'KEPALA' GENG ERDOGAN memainkan isu ini jelas terBUKTI apabila menyaksikan PAS hampir KALAH di DUN Manek Urai semasa PRK lalu.. Bukankah dia yang bersungguh memainkan ISU ini semasa berKEMPEN di sana?

Kali ini, dia cuba mengetengahkan Ku-Li sebagai jururunding bagi pihak kerajaan PAS untuk dalam rundingan tuntutan 'ROYALTI' minyak dengan Kerajaan Pusat..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm

Kalau kita INGAT baliklah, dahulu semasa parti Semangat 46 'BERPISAH' dengan PAS, 'KEPALA' GENG ERDOGAN inilah antara yang menghentam Ku-Li kerana kembali kepada UMNO.. Sekarang demi survival POLITIKnya, kali ini terpaksalah buat MUKA tak malu.. KONONnya agar rakyat Kelantan nampak seolah-olah dia nih memperjuangkan NASIB mereka..

Pendirian Ku-Li yang agak bertentangan dengan pendirian Kerajaan Pusat berhubung isu 'ROYALTI' minyak ini dilihat memberi sedikit keLEBIHan kepadanya.. KONON-kononnya, dapatlah dia memperlihatkan kepada UMNO yang Ku-Li ini bersekongkol dengannya.. Setakat INI kita tak TAHU lagilah apa keputusan Ku-Li, namun jangan LUPA bahawa baru-baru INI, Ku-Li telah pun menyatakan pendiriannya untuk 'MATI DALAM UMNO'..

http://www.bharian.com.my/articles/KuLibertegaskekaldalamUmnosampaimati/Article/

Jadik, samada Ku-Li akan menuruti kehendak 'KEPALA' GENG ERDOGAN ini atau menolaknya, belum lagi kita TAHU.. Namun, rasanya Ku-Li jugak TAHU bahawa dia sebenarnya telah pun diperalatkan oleh 'KEPALA' GENG ERDOGAN yang bukannya IKHLAS pun.. Tak tahulah pulak kalau Ku-Li sendiri RELA membiarkan dirinya diperalatkan sekali LAGI oleh PAS melalui keLICIKkan 'KEPALA' GENG ERDOGAN ini..

Rakyat Kelantan sendiri seharusnya memahami bahawa 'KEPALA' GENG ERDOGAN ini jugak terang-terang sedang MENIPU mereka dalam isu 'ROYALTI' minyak Kelantan ini.. Jangan LUPA bahawa 'KEPALA' GENG ERDOGAN ini pernah menyatakan bahawa DIA ingin membawa isu 'ROYALTI' minyak Kelantan ini ke mahkamah..

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=478644

Malah semasa sidang DUN lalu, para YB BN pun menyatakan persetujuan untuk bawa isu ini ke mahkamah..

SOALNYA, ADAKAH BENAR 'KEPALA' GENG ERDOGAN INI TELAH BUKAK FAIL KES INI DIMAHKAMAH?

Atau sekadar nak berLAKON wayang kulit aje depan rakyat Kelantan?

Wallahualam..

Tuesday, March 23, 2010

Apabila Presiden PAS sendiri memBUKTIkan dirinya dan partinya JAHIL tentang Islam..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya keSESATan PAS telah diBUKTIkan sendiri oleh pengakuan Presidennya yang mahukan Rukun Negara yang pertama dipinda selepas kalimah Allah semakin diterima pakai oleh penganut bukan Islam.. Dia mengatakan:

"Saya meminta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada Tuhan kepada percaya kepada Allah.. Kita menerima secara positif, apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerangkan kekeliruan yang timbul itu,”

katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

Akhirnya terbuktilah keSESATan Lebai PAS dengan kenyataan Presidennya kali ini.. Kenapa kita katakan mereka SESAT? Sebenarnya orang bukan Islam langsung TIDAK keliru seperti yang diMAKSUDkan oleh Presiden PAS ini.. Sebaliknya, orang Islamlah yang akan diKELIRUkan dan diSESATkan oleh PIHAK yang ingin meMURTADkan orang Islam.. Ini kerana selama INI orang Islam TIDAK pernah 'MEMINJAM' perkataan 'ALLAH' untuk Tuhan sebaliknya inilah perkataan yang wujud sejak Nabi SAW mula menerima wahyu..

TAHUkah anda tentang sejarah penyembahan BERHALA? Kenapakah orang menyembah BERHALA dan menganggap BERHALA berfungsi untuk menjadi Tuhan? Sedangkan pada asalnya mereka memang menyembah ALLAH SWT sebagai Tuhan yang Satu.. Malangnya, kerana turutkan NAFSU dan hasutan IBLIS, maka mereka ingin 'MENJELMAKAN' Tuhan ke dalam satu bentuk yang boleh diLIHAT dan diSENTUH.. Objek yang mereka sendiri CIPTA, mereka anggap sebagai Tuhan..

SAMAlah jugak dengan nama ALLAH ini apabila dipakai untuk orang bukan Islam, kita TIDAK tahu apakah mereka BERIMAN dengan ALLAH Tuhan umat Islam atau ALLAH Tuhan mereka yang diCIPLAK namanya.. Apa akan JADIK jika ada umat Islam yang MURTAD tetapi masih mengatakan bahawa mereka masih menyembah ALLAH SWT dalam bentuk lain? Mereka MURTAD kerana menolak rukun Islam dan enggan percayakan rukun Iman, tetapi mengatakan mereka TIDAK kafir kerana beranggapan ALLAH itu Tuhan sama seperti Tuhan agama lain? MAHUkah PAS bertanggung-jawab ke atas DOSA BESAR ini?

Rukunegara yang PERTAMA adalah untuk memBEZAkan orang yang beragama dengan fahaman KOMUNIS atau ATHEIS yang menolak agama sama sekali.. Orang yang berfahaman KOMUNIS atau ATHEIS tidak akan ragu memperalatkan kepercayaan orang lain seperti MP Taiping yang mempermainkan ayat Al Quran tanpa berIMAN dengannya.. Pasal mereka dah tak percaya atau takde IMAN, maka ayat Al Quran pun mereka anggap SAMA macam ayat yang mereka ucapkan ketika MABUK aje la.. Lebai PAS pulak menyanjung orang-orang sebegini KONONnya sebagai 'TIDAK MEMUSUHI ISLAM'? DUNGU betul..!! Tapi kalau dah JAHIL agama sendiri, nak kata macam mana..

Seharusnya MAJLIS FATWA KEBANGSAAN tidak perlu berasa RAGU untuk memgKATEGORIkan PAS sebagai SESAT dan lari dari ajaran Islam apabila membaca sendiri kenyataan Presiden PAS dan sebelum ini kenyataan Mursyidul AM yang berlagak kononnya jadi NABI.. Presiden PAS mengatakan Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam kenyataannya di atas.. Adakah penganut agama LAIN akan rela mengakui bahawasanya walaupun mengaku Tuhan mereka ALLAH, merekalah umat yang diBINASAkan dan dimasukkan ke NERAKA seperti yang dinyatakan dalam Al Quran?

Surah Al Kafirun pun tak FAHAM maksud, ada hati nak mengaku LEBIH Islam dari orang Islam LAIN? Cheh!!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS