DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, December 07, 2014

SEJARAH - ESOK berMULAnya PERANG DUNIA ke-2 atau PERANG PASIFIK di Kota Bharu..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sedikit fakta SEJARAH.. Mungkin RAMAI yang tahu bahawa perang PASIFIK (Pacific War) adalah antara pentas peperangan terHEBAT semasa Perang DUNIA ke-2 selain 'Kempen Eropah' oleh Jerman dan penaklukkan Utara Afrika oleh Itali.. Malah, Malaysia patut berBANGGA kerana Kota Bharu adalah tapak bermulanya perang PASIFIK.. Kita terbaca sebuah BLOG yang mana pemiliknya menDAKWA serangan Jepun ke atas Kota Bharu jugak boleh diIKTIRAF sebagai perMULAan sebenar Perang 'DUNIA' ke-2.. ->KLIK<- data-blogger-escaped-a="a">

LOGIK yang dipakai oleh para pengKAJI SEJARAH ini ialah,

"It became a world war – the Second World War – when Japan attacked Kota Bharu (Malaya, Eastern Hemisphere, British territory) and Pearl Harbor (Western Hemisphere, US territory). The attacks brought Britain and the USA into the war in Asia. It meant the Axis were battling the Allies in both hemispheres – making it a worldwide war."

Kita berSETUJU dengan HUJAHnya kerana perang PASIFIK adalah perMULAan perang skala BESAR yang meLIBATkan antara NEGARA Timur dan Barat berbanding di Eropah yang meLIBATkan sesama NEGARA Eropah dan Afrika Utara yang cuma beREBUTkan tanah JAJAHan.. Ianya boleh diSAMAkan dengan penaklukkan tentera Mongol diKETUAi oleh Genghis Khan merentasi benua Asia dari China hingga ke perBATASan Romania di Eropah.. Seharusnya pada hari ini kerajaan kita patut mengIKTIRAF fakta sebegini sebagai fakta SEJARAH yang tidak boleh diNAFIkan keBENARannya dari segi fakta..

Walaupun media BARAT mengAGONGkan Hawaii sebagai tapak perMULAan peperangan hingga menerbitkan FILEM Pearl Harbour, dari segi fakta jelas sekali nama Kota Bharu yang patut diangkat sebagai dalam KONTEKS yang diMAKSUDkan.. Tidak kurang jugak ramai di kalangan generasi MUDA di NEGARA kita yang PERCAYA propaganda menerusi FILEM tersebut tanpa menyedari faktor Geografi yang menyokong Kota Bharu sebagai tapak perMULA peperangan Pasifik dan Perang DUNIA ke-2 seperti berikut..

"The dates of the attacks mislead one to the conclusion that Pearl Harbor – which was attacked on 7 December 1941 – was attacked first, and Kota Bharu – which was attacked on 8 December 1941 – was attacked one day later. The difference in dates is a result of the International Date Line being located between Pearl Harbor and Kota Bharu. Kota Bharu being in the Eastern Hemisphere at longitude 102°E is 8 hours ahead of GMT, and Pearl Harbor being in the Western Hemisphere at 158°W is 10 hours behind GMT. Separated by 260° of longitude, the two are in time zones 18 hours apart. At the time of the attacks, which were planned to be simultaneous, it was already 8 December 1941 at Kota Bharu – but still 7 December 1941 at Pearl Harbor."

Ya.. Inilah dia faktor Geografi iaitu Garisan Tarikh Antarabangsa.. Sesiapa yang 'TRAVEL' dari Barat Lautan Pasifik ke Timur Lautan Pasifik dengan menaiki kapal atau kapal terbang pasti 'FAMILIAR' dengan faktor yang menjadi penyebab mereka terpaksa memperBETULkan jam mereka.. Malah, sesiapa yang pernah memBACA karya Jules Verne berTAJUK ' Around the World in 80 days' jugak akan menyedari faktor sedemikian memainkan peranan dalam menentukan jalan CERITA novel tersebut..

Oleh itu, sepatutnya kerajaan cuba mengIKTIRAF Kota Bharu seperti mana Georgetown dan Melaka yang mendapat pengIKTIRAFan UNESCO.. Ini jugak sepatutnya menjadi sebahagian usaha UMNO/BN jika benar-benar mahu menDAPATkan Kelantan.. Kalau setakat JANJI bekalan air BERSIH dan mengHAPUSkan cukai BAKUL, belum tentu RAKYAT Kelantan akan terpikat pasal mereka TAHU berapa KERAT sangat pemimpin UMNO Kelantan minum air di sana atau kena bayar cukai BAKUL untuk jual Nasi Kerabu.. Itulah yang menjadi MODAL PAS selama ini untuk memBURUKkan UMNO!

Wallahualam..

Saturday, December 06, 2014

Apabila kePINCANGan MEDIA kerajaan di DEDAHkan dan diBANTAI oleh MEDIA milik PR..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

IRONInya, MEDIA milik kerajaan lebih MUDAH diSERANG berBANDING dengan MEDIA milik MUSUHnya.. KeBANYAKkan ISU ini TIMBUL kerana adanya 'MUSUH dalam SELIMUT' di kalangan AGENSI MEDIA yang pro-kerajaan tersebut.. Sebagai CONTOHnya.. ->KLIK<-


SOALnya, apakah BERITA yang diPAPARkan ini hanya sekadar 'GOSSIP' atau sememangnya ada ASASnya? Dalam KONTEKS ini, ini bukanlah pertama kali 'GOSSIP' dan 'RUMOURs' sebegini WUJUD.. Ianya akan sentiasa WUJUD kerana ada MASALAH pengurusan di dalam ORGANISASI itu..


Sebelum ini pun dah ada KISAH yang sebegini terpapar dalam MEDIA milik PR.. ->KLIK<-


Malah. BEKAS MENTERI KKMM sendiri pernah menDEDAHkan perkara yang hampir SAMA di dalam BLOGnya seperti berikut.. ->KLIK<-

ORGANISASI milik kerajaan bukanlah MILIK perSENDIRIan atau pun mana-mana INDIVIDU boleh menentukan perJALANannya seolah-olah macam HARTA TOK NENEK dia.. Ianya patut diURUSkan secara PROFESIONAL untuk menepati OBJEKTIF penubuhannya.. 

  • Mereka yang memBUAT DUIT untuk diri sendiri dengan CARA menJUAL NAMA ORGANISASI kerajaan jugak seharusnya diSIASAT dan diDAKWA secara sepatutnya.. 
  • Begitu jugak dengan pengurusan yang PECAH AMANAH dan mengaut keUNTUNGan untuk memBUNCITkan PERUT sendiri seharusnya diSINGKIRkan.. 
  • ORGANISASI kerajaan jugak bukanlah untuk para PEGAWAI mana-mana keMENTERIan yang dah PENCEN berSARANG mengaut 'FULUS' selagi HAYAT di kandung BADAN.. 
  • PerLANTIKkan PEGAWAI dan pengurusan jugak seharusnya secara PROFESIONAL, mengIKUT keLAYAKan dan PENGALAMAN bukannya kerana ada 'CABLE' atau RAPAT dengan 'BOSS' tertentu..

Oleh itu, pihak keMENTERIan yang berKENAan WAJAR menyiasat segala DAKWAan ini secara BEBAS tanpa perlu terIKAT dengan UGUTan mana-mana PEGAWAI yang bertahap KSU atau TKSU di mana-mana keMENTERIan sekalipun.. Kerajaan seharusnya SEDAR bahawa mengUGUT mana-mana pihak yang cuba menDEDAHkan sebarang SALAH-LAKU atau penyelewengan TIDAK akan memBANTU memBERSIHkan IMEJ kerajaan pun.. Lagi TERUK, mereka ini akan menyalurkan keTIDAK-PUASan HATI mereka kepada pihak lain untuk diPOLITIKkan dan memBURUKkan IMEJ kerajaan.. Apakah ini jugak terMASUK dalam STRATEGI 'BLUE Ocean' kerajaan jugak? HE!HE!HE!

Wallahualam..

Friday, November 28, 2014

PerBEZAan yang dialami apabila berSALAM dengan keDUA-DUA TOKOH di dalam UMNO ini..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..


BerJABAT TANGAN dengan YB KJ di PWTC sempena PAU 2014 tadi terasa KUAT sungguh GENGGAMannya.. Dari segi FIZIKAL dan SOSOK TUBUH, kita SETUJU bahawa YB KJ ini LAYAK sebagai 'BOSS' Pemuda UMNO.. Namun begitu, dari SUDUT peRANCANGan, BUDI BICARA dan INTERAKSI, ada yang kita TIDAKlah SETUJU pun.. Patut diINGATkan bahawa Pemuda UMNO bukan sahaja perlukan FIZIKAL yang MANTAP tetapi pemikiran yang MATANG dan berPANDANGan JAUH sebagai PEMIMPIN.. Pemuda UMNO patut TAHU bahawa jika POLITIK itu ialah pePERANGan, Pemuda UMNOlah yang patut berada di BARISan HADAPAN sana..

Namun, Pemuda UMNO HARI ini TIDAK MAHU pun berada di keDUDUKan yang sepatutnya.. HARI ini apabila beberapa NGO HARAM memBUAT KECOH di PWTC hanya beBERAPA MUKA Pemuda UMNO yang dikeTAHUi 'GEDEBE' sahaja BERANI ke HADAPAN.. Orang cuba menCEROBOH KUBU sendiri pun dok LEPAK lagi ke?


IRONInya, MUSUH TIDAK langsung beRASA GERUN dengan UMNO ini apabila Pemuda UMNOnya hanya pandai meROKOK di kawasan ber'AIR-COND' selepas berSIDANG dan meLEPAK di Riverside Cafe atau di LOBI HOTEL berDEKATan.. 


Semalam kita jugak berPELUANG bukan sahaja berSALAM dengan MB Kedah DATUK Paduka Mukhriz, siap berGAMBAR lagi dengannya.. Berapa RAMAIkah di kalangan AHLI-AHLI UMNO sendiri mengetahui bahawa DATUK Mukhriz ini boleh berCAKAP dalam BAHASA Jepun dengan FASIH? Mungkin bagi sesetengah pihak, ianya TIDAK ada pun untuk perJUANGan UMNO.. Namun, untuk menumpaskan MUSUH, ILMU perlulah diKUASAi.. Untuk menguasai ILMU, penguasaan BAHASA itu amatlah PENTING.. Semakin BANYAK BAHASA yang kita KUASAi, semakin BANYAKlah ILMU yang boleh kita perolehi untuk berHADAPAN dengan MUSUH..

SIKAP LEMAH LEMBUT DATUK Mukhriz dan keMESRAan yang diTUNJUKkannya memBUATkan kita SUKAkannya.. Walaupun kita TAHU adalah 'PUAK' dalam UMNO yang tak SUKAkan dia dan sering memBURUK-BURUKkan keDUDUKan beliau sebagai MB, mereka patut TAHU bahawa mereka seUMPAMA menikam KAKI sendiri jika berBUAT demikian.. UMNO pun NAMPAK BURUK.. Kalau ada orang UMNO macam DATUK Mukhriz buat BAIK sekalipun, orang tetap tak akan SOKONG UMNO pasal MELUAT dengan 'PUAK' tadi yang memperLEKEHkan dia.. INGAT UMNO ni cuma dapat UNDI PRU daripada 3.4 JUTA AHLI UMNO aje ke?


OTAK kena ada, FIZIKAL kena SIHAT, KERJASAMA perlu ada dan jangan dok berTIKAM seSAMA sendiri hanya kerana 'FULUS'.. Itulah CIRI-CIRI kePIMPINan MASA HADAPAN yang RAKYAT MAHUkan dan LAYAK untuk diUNDI.. Ini kalau kat keMENTERIan dan Kerajaan NEGERI cuma LETAK orang yang dok menyalurkan 'FULUS' pada NAMA sekian-sekian, tak ke jadi RAKYAT MELUAT? Namun begitu, adakah perkara sebegini diTEKANkan pada PAU 2014 kali ini? Secara JUJURnya, SEMANGAT yang sepatutnya ada dalam setiap diri AHLI-AHLI UMNO dah makin HILANG.. Kalau takat mampu berSORAK macam tengok BOLA, siapa pun boleh! 

Wallahualam..

MOHON BANTUan kepada WARGA UMNO di PWTC untuk menolong PESAKIT SEL-SEL OTAK yang TIDAK berHUBUNG ini..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selain menDENGAR sedikit SELINGAN LAWAK semasa perBAHASan PAU 2014 ini, apa KATA kalau kita turut memBACA jugak TULISan berUNSURkan JENAKA di dalam UTUSAN Malaysia di dalam WAWANCARA dengan seseorang yang kita pernah GAMBARkan yang SEL-SEL OTAKnya TIDAK berHUBUNG.. ->KLIK<-


UTUSAN: Ada bertanyakan mengapa barisan Exco dan ketua pemuda negeri tidak 'seghairah' ketuanya (Khairy) yang kelihatan begitu agresif dan lebih terampil?

KHAIRUL AZWAN: Bagi saya, Pemuda mesti melahirkan peneraju pemikiran (opinion leader) seperti mana KJ yang sendiri telah ke depan bergerak ke arah itu. Jadi, apabila kepemimpinan Pemuda berjaya menghasilkan peneraju ini, mereka sekali gus boleh berhujah dan menjadi nilai tambah untuk parti. Itu yang dimaksudkan era politik progresif.Pemuda era dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikatakan lebih berketrampilan berbanding Pemuda UMNO sekarang. 


Benarkah telahan ini? Pemuda era sekarang berbeza. Sekarang, ramai anak muda lebih tertarik pada pengisian, iaitu idealisme baharu. Andai kalau Pemuda leka dan tidak mampu mendepani perkara ini, maka mereka (orang muda di dalam dan luar parti) akan memilih parti yang boleh menjiwai mereka. Di sini, saya tidak malu untuk akui bahawa lebih ramai pemuda berada di pihak sebelah sana (pembangkang).


UTUSAN: Barangkali barisan Exco dan ketua pemuda negeri tidak boleh 'mengendeng' atau terlalu bergantung setiap masa pada Khairy yang kelihatan dia sendiri secara solo pun boleh melangkah jauh?

KHAIRUL AZWAN: KJ memang sudah popular. Kita sebenarnya boleh melahirkan lebih ramai KJ. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya hampir menyamai KJ. Jadi, kalau nak lahirkan Pemuda sebegini, kesungguhan untuk berbuat demikian perlu datang daripada pucuk pimpinan. Kalau tidak diketengahkan (ditampilkan) Pemuda contohnya sebagai Senator atau beri sesuatu supaya generasi muda nampak mereka dihargai, saya tidak nampak ada anjakan untuk survival parti.


Dalam hal ini, saya suka sebut tentang peluang dan ruang diberikan untuk Pemuda  mengisi barisan pembuat dasar kabinet, jabatan kerajaan, barisan legislatif dan ahli lembaga pengarah GLC (syarikat milik kerajaan). Kelihatannya ketika ini ia didominasi bekas penjawat awam, ahli politik dan lain-lain yang berusia lebih 50-an. Saya kini berusia 38 tahun dan agak-agaknya bila sampai masanya saya 'berpeluang', saya sudah pun menjangkau umur 50 tahun.  

HE!HE!HE! SEL-SEL OTAKnya masih GAGAL lagi untuk berHUBUNG.. Patutlah 2 HARI lepas Pemuda UMNO lepas aje perSIDANGan pakat HISAP ROKOK kat LALUan BILIK MEDIA tuh.. HISAP ROKOK kat kawasan ber'AIR-COND' dalam BANGUNan? Kalau SEL-SEL OTAK mereka nih berHUBUNG, agak-agak ada ke keSEDARan SIVIK untuk menghalang mereka dari berBUAT demikian? 
Kita patut TANYA kat TS Muhyiddin kenapa KRONIK sangat SEL-SEL OTAK TIMBALAN 'BOSS' Pemuda UMNO ini untuk berHUBUNG? Mungkin TS Muhyiddin patut ULANG semula 'JAWAPAN' yang pernah diSEBUT semasa SESI peRASMIan pemBUKAan perSIDANGan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2014?


43. Bagi saya, kita perlu membuktikan bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang lesu. UMNO bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya ampu sana ampu sini. UMNO adalah parti yang berwibawa, parti yang ada idealisme, parti yang ada masa depan, parti pilihan anak-anak muda. Ingatlah, orang muda hari ini tidak suka jadi pak turut. Mereka naik geli dengan budaya ampu. Mereka benci budaya sabo. Mereka tolak budaya cah keting. Jika kita boleh buang semua budaya negatif ini jauh-jauh, saya yakin UMNO akan menjadi parti pilihan orang muda.

46. Saya kadang kala terfikir adakah sudah tidak ada keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan? Adakah sudah tidak ada nilai pengorbanan dalam politik? Adakah pengikut menilai pemimpin semata-mata berdasarkan kemampuan mereka untuk tabur kemewahan? Adakah pemimpin mengukur kesetiaan pengikut berdasarkan harga yang mereka bayar? Bagi saya, budaya ugut dan tabur ini amat bahaya kepada parti kita. Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti. Pengikut yang terima wang akan suka. Mereka puji pemimpin yang boleh beri sesuatu kepada mereka. Tetapi jangan kita lupa. Rakyat di luar sana tak suka politik wang. Mereka curiga bila lihat orang politik hidup mewah. Tak setimpal dengan pendapatan. Apatah lagi jika ada yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan. Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap UMNO. Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hiraki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita. ->KLIK<-

Oleh itu, kita berHARAPlah kepada SEMUA WARGA UMNO yang berKUMPUL di PWTC itu supaya turutlah SAMA memBANTU memperBETULkan SEL-SEL OTAK TIMBALAN 'BOSS' Pemuda UMNO ini supaya ianya dapat kembali berHUBUNG.. Janganlah asyik nak ber'SHOPPING' aje.. Sekali-sekali patut jugak BUAT KHIDMAT MASYARAKAT dengan memBANTU mereka yang menghadapi MASALAH SEL-SEL OTAK seperti dia tadi.. KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

Wednesday, November 26, 2014

PerHIMPUNan AGONG UMNO 28/11/2014 - Sambil kami 'PEGHATI', sambil kami berSELOKA..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..


PerHIMPUNan AGONG UMNO berMULA sudah;
PWTC yang SURAM diHIAS INDAH;
PerJUANGan Melayu sebagai AMANAH;
Jika terLEKA NESCAYA membawa PADAH


Mak Cik-Mak Cik WANITA UMNO memang SETIA;
Setiap perHIMPUNan merekalah yang berIYA-IYA;
BerHIMPUN mereka dengan WAJAH yang CERIA;
Lepas ni pakat 'SHOPPING' macam nak beRAYA


BEZAnya Pemuda UMNO dalam dan luar DEWAN;
Keluar DEWAN terus meROKOK dengan KAWAN;
LALUAN yang ber'AIR-COND' pun sudah TIDAK NYAMAN;
Memang BETULlah mereka nih JENIS tak MAKAN SAMAN!


Tuan Puteri pakat berKUMPUL bawah TANGGA;
Sambil ber'GOSSIP' pasal ARTIS dan KELUARGA;
Nanti ke DEWAN apa FESYEN nak diPERAGA;
Sambil berHARAP ada yang tumpang berBANGGA


Di RIVERSIDE Cafe RANCAK berSEMBANG;
Tanpa RISAUkan kerajaan yang bakal TUMBANG;
Apa nak MALU dengan LAGAK yang SUMBANG;
Kot la bila nak berBISNES nanti adalah LUBANG! 

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS