Thursday, November 20, 2008

Dilema Wanita UMNO - Kak Fidah VS Kak Ijat



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya Wanita UMNO pun tak lari daripada pergolakkan sesama ahli.. Ingatkan Wanita UMNO kukuh pasal kalau dibandingkan dengan Pergerakan Pemuda UMNO yang huru-hara, Wanita UMNO selalu diberi pujian terutamanya dengan keberanian mereka setiap kali berlaku pilihanraya kecil.. Tak sangka jugak hanya dengan isu peralihan kuasa aje, Wanita UMNO pun lebih kurang dengan Pemuda UMNO jugak..

PM janji selesaikan kemelut Wanita bila kembali ke tanah air

Daripada ZAINI HASSAN

TASHKENT (Uzbekistan) 18 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan ‘menyelesaikan’ kemelut dalam pergerakan Wanita parti itu sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air dari lawatan rasminya ke dua buah negara di Asia Tengah.

Katanya, beliau tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak “kerana tidak mahu mengganggu mereka”, namun beliau tidak mahu masalah itu akan membawa kepada perpecahan hingga pergerakan itu menjadi lemah.

“Saya dengar ada berlaku perebutan dan persaingan di dalam pergerakan itu. Mereka yang bagi undi kepada calon-calon ini mungkin nak biar semua ini berlaku, tapi saya berharap janganlah berlaku perpecahan,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasminya ke negara ini, di sini semalam.

Kemelut dalam Pergerakan Wanita UMNO timbul selepas salah seorang Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim menyatakan hasrat untuk tetap bertanding bagi jawatan Naib Ketua selepas melayakkan diri, manakala penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kini dalam dilema sama ada kekal dengan jawatannya sekarang sehingga Jun 2009 atau bertanding jawatan Ketua Wanita.

Shahrizat mendapat 73 pencalonan untuk bertanding dengan penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua Wanita, dan 113 pencalonan untuk jawatan Naib Ketua.

Ditanya adakah beliau mahu memberi kata dua kepada para pemimpin pergerakan itu yang sedang bercakaran, Abdullah berkata: “Nantilah saya balik tengok (jumpa) mereka.”

Diminta nasihatnya pula, katanya: “Saya tidak mahu perpecahan, pergaduhan hingga jadi lemah. Wanita bukan pergerakan yang cetek dan bukannya baru.”

Katanya, beliau berjanji akan mencari penyelesaian bagi memelihara kekuatan pergerakan itu.

Abdullah berkata, UMNO tidak menentang demokrasi (dengan membenarkan persaingan) “tapi jika bergaduh dan berpecah tidak baiklah.”

– Utusan


----------------------------------------------------------------------------------

Shahrizat sahkan lawan Rafidah

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan beliau akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini, Shahrizat berkata, beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding sekali gus melawan penyandang Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.

“Wanita UMNO mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan itu. – Utusan.


Sebenarnya ada beberapa faktor yang patut kita perhatikan dengan 'HATI YANG TERBUKA' bukan dengan 'HATI YANG TERLUKA' tentang peralihan kuasa Wanita UMNO ini..

1) Rafidah merupakan Ahli Parlimen yang menang dalam plihanraya Umum ke-12 sedangkan Shahrizat pula ditewaskan oleh Nurul Izzah Anwar Ibrahim di Lembah Pantai.. Setujukah ahli-ahli UMNO sekiranya Ketua Wanita UMNO diketuai oleh orang yang kalah semasa pilihanraya?

2) Rafidah bertegas mahukan peralihan kuasa pada Jun 2009 dengan alasan yang kabur.. Peralihan kuasa dan jawatan Ketua Wanita UMNO boleh dilakukan (lebih baik dilakukan) pada Mac 2009 serentak dengan Perhimpunan Agung UMNO..

3) Sekiranya Shahrizat menerima tawaran Rafidah, beliau hanya bergelar 'PEMANGKU' Ketua Wanita sahaja.. Beliau hanya boleh diSAHkan sebagai Ketua Wanita hanya jika dicalonkan ketika Pehimpunan Agung UMNO yang berikutnya..

4) Shahrizat akan dicabar oleh Kamilia Ibrahim untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO sekiranya beliau memilih untuk menerima pelan peralihan kuasa tersebut.. Sebaliknya jika beliau memilih untuk mencabar Rafidah, beliau akan kehilangan segala-galanya sekiranya kalah.. ADAKAH DIA MAHU MENCABAR ATAU DICABAR? (Pak Lah pulak pernah kata "JANGAN CABAR SAYA!" HE!HE!HE!)

5) Berdasarkan jumlah pencalonan, Shahrizat mungkin mampu menewaskan Kamilia dan meneruskan pelan peralihan kuasa, Rafidah juga mampu menewaskan Shahrizat dan membatalkan pulak pelan peralihan kuasa.. Yang benar-benar 'lemas' ketika ini sebenarnya Shahrizat dan para juak-juaknya dalam Wanita UMNO.. Namun, jika perkara sebaliknya berlaku, Rafidah tak rugi apa-apa kerana beliau cuma 'berhenti' 3 bulan lebih awal sahaja.. Begitu juga dengan Kamilia sekiranya ditewaskan oleh Shahrizat..

Kita hanya mampu berdoa agar terdapat satu kesepakatan dan muafakat dalam isu ini.. UMNO dah tak larat dah nak berpecah.. Dah le Pemuda UMNO macam hampeh, Wanita UMNO pulak buat masalah?

Wallahualam..

2 comments:

  1. Apa2 pun kita tetap akan jadi TUKANG DOK PEGHATI...hehehehe

    Kembara Politik

    ReplyDelete
  2. moga shahrizat menang..kepada Tuhan kita memohon..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan