Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, November 26, 2008
Kesian pulak dengan DS Nazri Aziz semalam HE!HE!HE!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Semalam TV3 dan RTM menyiarkan bagaimana aksi Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat memanggil DS Nazri Aziz sebagai 'COWARD' ketika membantah keputusan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang enggan merujuk DS Nazri kepada Jawatan Kuasa Integriti Parlimen..
"Coward! Semua coward! Coward paling BESAR kat sebelah sana! Hei!You!STAND-UP and apologise like a man!"
Begitulah lebih kurang jeritan Gobind Singh dalam Parlimen yang disiarkan oleh TV3 dan RTM semalam.. Aku yakin ramai yang tergelak melihat aksi ahli-ahli Parlimen kita yang mengingatkan kelakuan kita semasa di sekolah rendah!KAH!KAH!KAH!
Sekalung SIMPATI untuk DS Nazri kerana diAIBkan sedemikian rupa dalam Parlimen.. Penggantungan 2 hari tu tak bawa kesan apa pun terhadap Gobind Singh tu.. Lusa dia masuk Dewan Rakyat balik, dia 'menyalak' lagi!Reaksi DS Nazri pulak amatlah tidak wajar.. Hanya sekadar buat sidang akhbar tak bawa erti apa-apa pun..
DS Nazri sebenarnya hanya di'KAMBING HITAM'kan aje.. 'SCAPE GOAT' kalau dalam bahasa orang putih.. Apabila isu-isu yang ternyata tidak memihak kepada kerajaan seperti isu bekas ketua hakim, isu pemberian biasiswa JPA sebanyak 45% kepada bukan Bumiputera dan lain-lain pasti akan diserahkan kepada 'SCAPE GOAT' ini untuk jadi 'Punching Bag' kepada ahli-ahli Parlimen lain..
Kita ambil contoh isu pemberian biasiswa JPA sebanyak 45% kepada bukan Bumiputera.. Keputusan ini dikatakan KONONnya keputusan kerajaan.. Ketua Kerajaan dah tentulah DS Abdullah Ahmad Badawi.. Mustahillah perkara ini boleh dikemukakan dalam Parlimen tanpa 'endorsement' darinya.. Siapakah yang berLAGAK jaguh dalam Parlimen dan di depan umum dengan 'berLAKON' seolah-olah membantah keputusan sebegini dan ingin mempertahankan hak Bumiputera? Siapa lagi kalau bukan Ahli Parlimen dari Rembau yang
'sangat terkenal' itu.. Hasilnya DS Nazri jadila 'KAMBING HITAM' atau 'Punching Bag' untuk membolehkan orang tu berLAKON sebagai JAGUH mempertahankan hak Bumiputera demi karier politiknya..
Bukan DS Nazri aje yang pernah kena begini.. TS Rafidah Aziz pun pernah kena masa isu AP dahulu.. Sedangkan antara orang yang dapat AP adalah individu yang ada hubungan kekeluargaan dengan 'orang itu' jugak! Sebenarnya, inilah TAKTIK terbaik Dolah untuk 'menyingkirkan' mereka yang dijangka menyulitkan hasrat karier politik 'orang itu'.. Jadik, selamat jadi 'KAMBING HITAM'la ye.. HE!HE!HE!
Wallahualam..
Kasihan kat DS Nazri. Apa pun saya tetap sokong Pakcik saya ni. Apa boleh buat, dalam politik penuh dgn sepak terajang.
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteHa.. Itula pasal.. Benda ni sebenarnya ramai orang dah tahu pun.. Harap nasihatkanlah Pak Cik awak supaya berhati-hati sebelum buat kenyataan walaupun dia tuh menteri.. Semak dulu kenyataan tuh asal dari mana..
Wallahualam..
Zaid punya pasal la ni. Menyusahkan org je. Lebih elok kalau Zaid keluar ke UMNO masuk PKR. Apa pun mmg tak bijak kalau tak semak sebelum buat statement.
ReplyDelete