Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, November 10, 2008
LAWAK Pemilihan UMNO yang memalukan ahlinya sendiri
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
3 Hari terakhir pemilihan UMNO menyaksikan beberapa LAWAK JENAKA yang terbukti menggelakkan hati musuh-musuh UMNO yang menyaksikan, mendengar atau membaca tentangnya.. Kenapa begini jadinya UMNO? Adakah ini semua dapat membantu memulihkan imej UMNO yang terjejas teruk akibat ditolak rakyat semasa PRU-12 sebelum ini? Hanya orang DUNGU sahaja yang percaya UMNO semakin pulih ketika ini..
Jom kita tengok antara LAWAK JENAKA yang menjadi bahan bualan sensasi ketika ini..
1)INSIDEN BALING KERUSI MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SEREMBAN
Insiden yang paling memalukan UMNO.. Nampak sangat ahli-ahli UMNO mengamalkan undang-undang rimba semasa memilih pemimpin.. Dah tak nampak jalan muafakat ke? Adakah ini yang dikatakan ahli UMNO berdisiplin dan peka dengan perjuangan parti? Adegan 'Royal Rumble' ini telah disiarkan dengan meluas oleh media kita.. Ini akan dipergunakan sebaik mungkin oleh pihak lawan untuk memburukkan UMNO di mata rakyat.. Cuma Pak Lah aje yang masih berkata sambil tersenyum kambing dalam TV semalam bahawa KONONnya mereka yang terlibat akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Parti.. Rilek aje nampak?
2) PERTANDINGAN 3 PENJURU TIMBALAN PRESIDEN PARTI
Ada orang kata ini melambangkan demokrasi dalam UMNO subur.. Entahla.. Rasanya orang yang kata sebegini patut menjalani pemeriksaan perubatan dulu kot!Dalam sejarah UMNO,belum pernah ada pertandingan 3 penjuru untuk jawatan no.2 parti.. ramai orang melihat, pertandingan jawatan no.1 yang memecah-belahkan parti.. Sebenarnya, tidak ramai yang tahu sebenarnya pertandingan jawatan no.2 lah yang memecah-belahkan parti.. Apabila Ku-Li melawan Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden namun kalah, bibit perpecahan mula timbul bila Musa Hitam tak puas hati Ku-Li dikekalkan oleh Tun Mahathir dalam kabinetnya.. Kemudian Musa Hitam jugaklah yang bertanding jawatan no.2 melawan arwah Tun Ghafar Baba tahun 1987 hingga menyebabkan perpecahan UMNO.. Kemudian tahun 1993 menyaksikan bagaimana Tun Ghafar diketepikan oleh DS Anwar bin Ibrahim hasil perancangan teliti dan tipu muslihat "Sumpah saya tak akan lawan En Ghaffar"nya.. Sekarang ni kalau 3 penjuru, dapatkah anda bayangkan apa yang bakal terjadi?
3) PAK LAH KEKAL KETUA UMNO KEPALA BATAS
Apabila Tun Mahathir bersara, dia tak de pun mengekalkan jawatan Ketua UMNO bahagian Kubang Pasu? Datuk Joe Baharum pulak mengambil-alih jawatan tersebut.. Kenapa Pak Lah yang KONONnya dikatakan bakal 'bersara' pada Mac 2009 tidak berbuat demikian? Ikhlaskah Pak Lah sebenarnya untuk bersara?
4)AGENDA DS KHIR TOYO, KEPENTINGAN SENDIRI ATAU DEMI UMNO?
Dipetik daripada:-
http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_81571df4-7f000010-1ab7a890-1ba042c0
Wah!Kes berat nampaknya DS Khir Toyo kali ini? Dia kata dia bertanding jawatan Ketua Pemuda semata-mata nak menebus maruahnya kerana kekalahan BN di Selangor.. seperti Pak Lah yang dikatakan penyebab BN gagal dapat 2/3 di Parlimen, DS Khir Toyo pulak dikatakan penyebab utama BN sekadar menang 20 DUN aje di Selangor.. Satu pencapaian yang amat memalukan dalam rekod pemerintahan BN di Selangor.. Kalau semata-mata nak tebus air mukanya aje, dia tak perlu kaitkan UMNO sekali? Malah satu laman web yang terbukti pro kepada Khairy Jamaluddin seperti di bawah:-
http://www.kulitpisang.com/
menyatakan DS Khir Toyo menerima bonus RM100 ribu dari PKNS.. Wow! kalau betul, lumayan tuh! HE!HE!HE!
Masih ada 4 bulan lebih untuk 28 Mac 2009.. Masih banyak masa untuk buat LAWAK JENAKA dan biarkan UMNO manjadi bahan LELUCON pihak lawan untuk dipertontonkan kepada rakyat.. Ayuh! Teruskanlah LAWAK JENAKA sedemikian semoga UMNO terus cemerlang, gemilang dan terbilang!
Wallahualam
Salam,
ReplyDelete:) Dari forum singgah ke blog saudara...