Tuesday, December 02, 2008

Kuala Lumpur bakal jadi Bandaraya PENGEMIS?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila kita keluar bersiar-siar di Bukit Bintang, Pasar Seni, Petaling Street atau Masjid India, pasti kita akan terserempak dengan mereka ini.. Mereka juga sering berada di pasar-pasar malam sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.. Mereka akan tunjukkan apa yang patut seperti kemahiran bermain muzik, bernasyid atau yang paling dahsyat adalah menunjukkan bahagian-bahagian tubuh yang ada penyakit.. Mereka akan duduk di kaki lima sepanjang hari sambil menunjukkan muka meminta simpati.. Siapakah mereka ini? Merekalah golongan PENGEMIS yang berkeliaran di sekitar kawasan yang dinyatakan..

Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa mereka berkeliaran merata-rata tempat dalam ibu kota.. Kita pasti ingin tahu kenapa terjadi begini.. Seharusnya apabila kita dikatakan menuju ke arah negara maju, seharusnya perkara sebegini tidak berlaku.. Seolah-olah negara kitan tidak menjaga kebajikan golongan sebegini dan lebih memetingkan kepada pembangunan bersifat material semata-mata.. Kita juga tertanya-tanya apa fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementierian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Imigresen (menangani pengemis warga asing) dalam usaha menyekat kegiatan sebegini.. Dr Ng Yen Yen dah jadi Naib Presiden MCA.. Datuk Shahrizat pulak bakal jadi Ketua Wanita UMNO kalau menang.. Namun kedua orang Menteri bertanggung-jawab terhadap hal sebegini macam kurang PEKA aje?

Kalau kita lihat di negara maju, kita dapati golongan pengemis mereka tidak seperti di negara kita.. Tidak ada yang berpakaian compang-camping menadah tangan, membawa anak-anak kecil atau menayangkan penyakit atau kecederaan yang dialami untuk mintak simpati.. Sebaliknya, golongan pengemis di sana lebih kepada membuat pertunjukkan seperti demonstrasi kraftangan, persembahan muzikal atau tunjuk bakat seni lukis dan sebagainya.. Tak akan ada kelihatan seorang mak cik tua bawak anak kecil yang masih menyusu tadah gelah plastik mintak duit seperti di negara kita.. Ini sebenarnya memalukan dan menunjukkan bahawa negara kita masih terkebelakang dalam aspek menjaga kebajikan warganegaranya sendiri..

Selagi pemimpin politik dan kerajaan kita suka TIDUR, selagi itulah masalah sebegini akan berlanjutan tanpa ada sebarang penyelsaian.. Mustahil untuk berharap kepada badan-badan NGO kerana mereka biasanya tidak ada peruntukkan.. Tambahan pula, bukannya NGO yang masuk pilihanraya dan diundi oleh rakyat! Patut ke pihak berkuasa dalam kerajaan TIDUR LENA tapi NGO yang kena buat kerja?

Nabi SAW pernah berSABDA:

KEMISKINAN ITU MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN..

Wallahualam..

1 comment:

  1. pengemis xkan wujud kalau orang awam tidak beri wang sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan