Thursday, March 05, 2009

Lagi pasal PPMSI - FAQ dan sebab mereka menentangnya

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kat bawah ni adalah petikan FAQ dari Forum Kelab Chedet dan petikan kisah kenapa puak-puak GMP tu cuba menentang PPMSI hingga macam tahap menentang NAJIS DADAH dari Forum KMU.NET.MY untuk dikongsi bersama..

Petikan dari Forum Kelab Chedet:-

Persoalan PPSMI di Jawab - FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang-bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan dan lain-lain. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals yang terdapat dalam bahan-bahan rujukan ini sekaligus dapat menguasai bidang tersebut.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, ianya menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas dalam bidang yang dirujuk. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang mana akan membawa kegagalan dalam menguasai konsep dan asas bidang-bidang tersebut. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu tersebut.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Oleh kerana kita adalah pengguna, kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi.Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Ini kerana kita jauh lebih kehadapan dalam teknologi. Malah kita akan dihormati. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Mrk tak perlu PPSMI untuk berjaya.

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi lagi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan didalam transistor yang membawa kpd penghasilan transistor radio (walkman).

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya telah mempunyai banyak kekangan. Maka kini wujudlah teori-teori baru seperti CNT (carbon nano-tube) based transistor untuk menggantikan silicon. Malah kajian juga telah dibuat terhadap RNA dan DNA based semiconductor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru.Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ?

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil sekiranya sejak dari darjah satu didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikut keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.


Yang ini pula adalah petikan daripada seorang forumer KMU.NET.MY tentang sebab-musabab kenapa PPMSI ditentang mengalahkan menetang NAJIS DADAH!

Petikan dari forum KMU.NET.MY:-

Pandangan Page

Apa yang mendorong Page bertindak?

Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong. Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris.

Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir. Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara.

Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi. Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak. Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan.

Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?

Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus.

Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik dan Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.

Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik?

PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan.

Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris.

Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya.

Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris?

Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu.

Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu 'dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon. Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi.

Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI?

Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif.

Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan.

Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek 'PIERS' untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris.

Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama.

Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page?

Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang. Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid Darjah Satu dan Tingkatan Satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di Tingkatan Satu. Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI.

Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap Darjah Lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016.

Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri?

Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan. Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris.

Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna. Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris?

Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu.

Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page):

Apa yang mendorong Page bertindak?

Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong. Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris.

Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir. Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara.

Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG Kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi. Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak. Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan.

Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?

Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus.

Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik, Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala Bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.

Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik?

PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan.

Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris.

Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya.

Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris?

Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu.

Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu 'dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon. Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi.

Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI?

Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif.

Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan.

Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek 'PIERS' untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris.

Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama.

Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page?

Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang. Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid darjah satu dan tingkatan satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di tingkatan satu. Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI.

Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap darjah lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016.

Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri?

Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan. Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris.

Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna. Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris?

Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu


Mintak MAAF le panjang SIKIT tapi LENGKAP dengan penerangan dan penjelasan.. Kot dah memang baka pemalas tuh, memang lambat 'pick-up' le jawabnya.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan