Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, March 23, 2009
Melayu Pulau Pinang sedar ke tidak kuasa politik mereka makin terhapus?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Antara SEDAR atau tidak, orang Melayu Pulau Pinang seharusnya BUKAK MATA bahawa mereka sudah pun hilang kuasa politik dalam 'KABINET' Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan.. Walaupun ada dua tiga orang EXCO Melayu, namun itu hanyalah jawatan untuk bercakap sahaja tanpa kuasa untuk 'melaksanakan' atau untuk 'mendesak' kepimpinan kerajaan negeri.. Dengan kata lain, suara orang Melayu sudah pun tenggelam dalam masa setahun selepas Pulau Pinang berjaya diambil alih oleh 'Kerajaan DAP' (Kita jangan lupa istilah 'Kerajaan UMNO' yang disebut oleh Ketua Menterinya semasa berdebat dengan TS Koh Tsu Koon di Dewan Bahasa dahulu)
Kita tidak tahu setakat mana timbul KESEDARAN orang Melayu Pulau Pinang tentang hak-hak mereka di negeri tersebut.. Mungkin mereka jugak sama dengan orang-orang Melayu di KL yang sudah LALAI dengan kehidupan dunia dan hampir lupa asal-usul mereka.. Kalau Melayu Pulau Pinang meletakkan diri mereka sama taraf dengan mereka yang bukan penduduk asal negeri itu, kita tak boleh nak kata apa-apa le.. Setakat mana Melayu Pulau Pinang mempunyai kefahaman bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berasal dari Melaka, bukannya anak jati Pulau Pinang? Adakah Melayu Pulau Pinang berfikiran sebegitu terbuka sampaikan semua hak mereka boleh diserahkan bulat-bulat kepada orang lain? Entahla.. Macam orang BORIA aje..
Alasan Timbalan Ketua Menteri Satu yang meletak jawatan KONONnya untuk sambung belajar adalah alasan BODOH lagi cuba memperBODOHkan rakyat.. Kalau nak sambung belajar pasal tak cukup ILMU, jangan jadi Wakil Rakyat! Rakyat tak mengundi orang yang lebih mementingkan hasrat peribadi lebih daripada kehendak rakyat.. Kita tak menghalang mana-mana YB nak sambung belajar.. Almaklumlah, dalam Parlimen pun memang ada YB Pembangkang terutamanya seorang YB PAS dari Kedah yang kita ragui ada sijil SPM atau tidak.. Namun, bukankah tugas sebagai wakil rakyat membuatkan mereka terpaksa bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa? Ini sepatutnya dipertimbangkan lebih awal lagi sebelum masuk bertanding pilihanraya..
Kita dah nampak di peringkat Kerajaan Persekutuan bagaimana Perdana Menteri yang berasal dari Pulau Pinang telah membuktikan beliau hanya sekadar pandai bermain kata-kata dan 'menjenamakan semula' agenda serta projek-projek yang diwarisinya daripada kepimpinan terdahulu.. Begitu jugak dengan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat yang tak habis-habis beRETORIK dan menunjukkan dirinya begitu KEMARUK nakkan kuasa untuk jadik Perdana Menteri.. Itulah contoh Melayu Pulau Pinang yang bersikap 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA'.. Mungkin Melayu Pulau Pinang tak rasa sangat tapi Melayu di negeri-negeri yang beraja atau bersultan nih sangat-sangat terkesan dengan perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang tuh..
Sepatutnya Melayu Pulau Pinang menjadi contoh terbaik bagaimana orang Melayu boleh maju dan pada masa yang sama, mengekalkan kuasa politik mereka.. Namun, hakikatnya orang Melayu Pulau Pinang atau Tanjong hanya pandai bersikap'Pi mai pi mai tang tu' sahaja hinggakan dah hilang kuasa politik pun masih tak sedar lagi? Sepatutnya mereka sebagai rakyat dan jugak pengundi ada kuasa pendesak untuk memastikan kerajaan menjaga hal ehwal mereka dan memastikan kebajikan mereka terpelihara.. Cuba lihat bagaimana kaum Cina di Selangor, Johor dan Perak bermain politik dan berjaya menjadi kuasa pendesak terhadap kerajaan negeri masing-masing.. Malangnya Melayu kat Pulau Pinang pulak jadik terbalik pulak dah..
Wallahualam..
"Melayu Pulau Pinang sedar ke tidak kuasa politik mereka makin terhapus?"-
ReplyDeleteKuasa politik Melayu Pulau Pinang sudah lama terhapus. Kuasa politik yang ada sebelum ini - PRU12 -pun atas dasar perkongsian dengan kaum-kaum lain dlm Perikatan dan Barisan Nasional.
Pilihanraya Umum 12 membuktikan betapa rapuhnya kekuasan politik yang ada pada orang Melayu. Melayu Pulau Pinang samada penyokong UMNO mahupun simpatisan UMNO sememangnya faham benar dengan hakikat ini. Cuma Melayu-melayu benak yang menyokong PAS dan PKR sahaja yang tidak memahami akan hakikat ini.
Malayu yang sokong PAS merasakan mereka memperjuangkan Islam bersama PAS.Mereka memikirkan dengan menyokong PAS mereka sebenarnya mempertingkatkan ketaqwaan mereka terhadap ALLAH swt. Mereka tidak sedar bahawa tindakan ini hanya melumpuhkan kekuatan bangsa dan agama.
Melayu yang sokong PKR pula adalah kebanyakan mereka yang kecewa tidak mendapat tempat dan kedudukan dalam UMNO. Kebencian terhadap UMNO/BN yang diterap oleh kepimpinan PKR yang berfikiran liberal dan gilakan kuasa untuk diri sendiri.Kesanggupan untuk mepergadaikan bangsa jelas dalam tindakan mereka.
Namun begitu hakikat yang perlu disedari oleh ramai adalah bahawa di Pulau Pinang bangsa Melayu adalah bangsa Minoriti. Kuasa politik yang ada pada orang Melayu sebelum ini telah disedari oleh bangsa-bangsa lain. Mereka sedari bagaimana satu bangsa yang minoriti mempunyai kuasa majoriti. Kesedaran inilah yang menyebabkan perubahan sokongan terhadap BNdlam PRU12.UMNO kalah 3 dari 14 kerusi yang ditandingi. Kesemua kerusi UMNO dalam kawasan majoriti Melayu menunjukkan bahawa orang Melayu Pulau Pinang masih sedar perlunya UMNO terus mendapat tempat dalam kerajaan Pulau Pinang.Kesemua kerusi komponen BN yang lainnya tewas.Ini adalah manifestasi kesedaran bangsa lain terhadap kuassa politik Melayu. Hanya dengan menewaskan komponen BN, UMNO akan hilang kuasa politik, secara lansung menumpaskan kuasa politik Melayu.
Ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malah berlaku di Selangor,Perak, Negeri Sembilan dan Johor.Ini adalah hakikat yang perlu disedari oleh semua bangsa Melayu;bukan hanya di Pulau Pinang.
Perletakkan jawatan Fairus tidak memberi kesan lansung terhadap kuasa politik Melayu dalam Kerajaan Pulau Pinang hari ini. Ada atau tiada representasi Melayu dalam kabinet negeri tidak memberi apa-apa impak terhadap kepentingan orang Melayu kerana dasar kesamarataan kerajaan DAP Pulau Pinang dan penolakan DEB.
Pengunduran Fairus sudah tentu akan diisi oleh seorang lagi Exco Melayu untuk menunjukkan kerajaan Pulau Pinang tidak meminggirkan Melayu dan kepentingan bangsa Melayu.
Keangkuhan tuan dalam menyalahkan orang Melayu Pulau Pinang adalah sesuatu yang cukup mengecewakan. Kebanggaan tuan berasal dari negeri Beraja amat memualkan. Tulisan tuan samada tuan cuba ber'reverse psychology" atau memang sebenarnya tuan seorang yang bodoh dan angkuh.
Pujian tuan terhadap kaum Cina di Johor dan Perak adalah suatu penghinaan kepada bangsa Melayu.Kaum Cina Perak juga telah berjaya membuktikan bahawa kausa politik Melayu di Perak juga rapuh. Bagaimana mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan UMNO/BN di Perak dapa PRU lapas. Situasai yang sama di Pulau Pinang. Hanya Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang menghalang orang Cina menjadi MB. Situasi yang sama juga berlaku di Selangor dan negeri-negeri lain tidak juga terkecuali.
Guan Eng memang dari Melaka. Guan Eng menjadi KM Pulau Pinang kerana partinya berjaya membentuk kerajaan atas sokongan bukan Melayu di Pulau Pinang. Nampaknya tuan tidak berpengetahuan tentang komposisi kaum di Pulau Pinang. Orang Cina Pulau Pinang sanggup berKeTUA MENTERIkan orang luar asalkan BN/UMNO tdak lagi membentuk Kerajaan di Pulau Pinang.
Boleh tuan jelaskan peranan dan kuasa EXCO MELAYU dalam Kerajaan Seangor atau kerajaan Perak sebelum perubahan kerajaan.
Bukan hanya Melayu Pulau Pinang perlu sedar kehakisan kuasa politik Melayu tetapi seluruh umat Melayu dalam negara ini perlu sedar bahawa kuasa politik Melayu sudah terhakis malah hampir terhapus. Bukan sekadar kuasa politik Melayu yang dicabar oleh bangsa lain bahkan keseluruhan aspek dan institusi Melayu tercabar akibat kemerosotan kuasa politik bangsa Melayu.
Mengembalikan kekuatan kuasa politik Melayu adalah satu-satunya cara untuk menjamin kelansungan bangsa Melayu.Dan untuk ini berjaya bangsa Melayu mesti bersatu. Situasi semasa memberi gambaran orang Melayu dipecah belahkan kepada Melayu UMNO,Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu Johhor, Melayu Perak, Melayu Kelantan dan pelbagai jenis Melayu lagi termasuk Melayu Liberal yang banyak bersekongkol dengan musuh-musuh Melayu untuk melemahkan Melayu sendiri. Jika kita terus dengan cara kita hari ini , usaha mengembalikan kuasa politik Melayu ini akan menempuhi kegagalan..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteApabila melayari Blog anda http://matangsaga.blogspot.com/ rasanya anda nih memang jenis TOTOK yang tak mahu mendengar pandangan orang lain atau memang anda gagal memahami realiti yang berlaku dan merelakan sahaja apa yang berlaku tanpa mencari jalan penyelasaian.. Mungkin anda LAYAk mewakili Melayu yang tidak tahu asal-usul sendiri atau dah lupa siapa susur galurnya..
Dalam Blog saya hanya satu baris sahaja saya menyebut bahawa Melayu negeri-negeri lain lebih prihatin kepada nasib Melayu Pulau Pinang berbanding Melayu Pulau Pinang sendiri.. Dengan satu baris itu sahaja dah pandai nak kata orang ANGKUH macam anda? hehehe
Saya tidak memuji pun bangsa lain khususnya bangsa Cina kerana mereka berjaya mempertahankan kuasa politik mereka di Perak Selangor dan Johor.. Adalah jelas sekali saya menyarankan agar bangsa Melayu meniru atau belajar bagaimana bangsa lain mempertahankan hak mereka di negeri-negeri terbabit.. Adakah saya yang tak tahu tentang komposisi kaum di setiap negeri atau anda yang MALAS nak menyemak data-data berkenaan? atau anda memang cuba nak 'SPIN' perkara yang jelas lagi nyata?
Oh ye, dalam Blog anda http://matangsaga.blogspot.com/ itu lebih anda cuba tulis sendiri apa yang anda ingin suarakan.. Itu jauh lebih baik daripada anda 'cut and paste' daripada blog orang lain..
Wallahualam..