Friday, March 13, 2009

SETUJU dengan Datuk Ibrahim Ali - IMUNITI ahli Parlimen patut ditarik balik pasal rakyat tak pilih 'LOTONG' atau 'BERUK' sebagai Ahli Parlimen


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini bersetuju dengan saranan Datuk Ibrahim Ali agar 'KEKEBALAN' atau 'IMUNITI' Ahli Parlimen kita ditarik balik dan mereka harus dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan seperti orang awam walaupun dalam Parlimen.. Kita sebagai rakyat mesti ingat bahawa setiap kali pilihanraya, kita memilih seorang wakil untuk menyuarakan perihal masalah yang kita hadapi sebagai rakyat.. Dengan kata lain, rakyat tak pilih LOTONG atau BERUK untuk menjadi jurucakap mereka atau berbahas bagi kepentingan mereka.. Adalah memalukan sekiranya para Wakil Rakyat yang seharusnya mendokong Rukunegara ketiga iaitu KELUHURAN PERLEMBAGAAN suka bertekak dan saling mengata sesama sendiri dalam Parlimen macam kelakuan LOTONG dan BERUK di zoo!

Semalam dua orang ahli Parlimen telah digantung oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.. Seorang kerana menyebut perkataan 'NGAM', seorang lagi kerana cubaan mengaitkan pemimpin tertinggi kerajaan dengan satu kes bunuh warga asing yang perbicaraannya masih berlangsung di mahkamah.. Sepatutnya Ahli Parlimen tersebut yang jugak merupakan seorang peguam boleh dikenakan Tindakan Menghina Mahkamah, namun kerana IMUNITI Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, beliau hanya dikenakan tindakkan keluar dewan yang langsung tak memberi kesan apa-apa pun.. Malah Speaker Dewan Rakyat yang mengenakan tindakkan tersebut turut diperlekehkannya.. Sebelum ini BAPAK kepada Ahli Parlimen yang sama pernah dikenakan tindakkan keluar dewan.. Malah BAPAKnya jugak pernah mencetuskan kekecohan dalam Dewan Rakyat dengan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya di dalam Dewan Rakyat kepada seteru politiknya.. BAPAK BOREK ANAK RINTIK..

Persoalannya, adakah rakyat memilih mereka untuk bersikap seperti LOTONG atau BERUK dalam Dewan Rakyat? Adakah ini kesalahan RAKYAT yang memilih mereka atau kesalahan mereka yang tidak menunaikan TANGGUNG JAWAB terhadap rakyat? Seharusnya ada satu undang-undang khusus untuk menghukum mereka yang bersikap seperti ini.. Tindakkan Speaker Dewan Rakyat yang hanya mampu menggantung Ahli Parlimen atau mengeluarkan mereka dari persidangan sebenarnya macam cikgu sekolah yang denda budak nakal dengan suruh lari keliling padang aje.. Zaman CYBER nih, budak sekolah pun boleh TERAJANG cikgu atau pukul cikgu hinggakan cikgu pun teragak-agak nak ambil tindakkan disiplin terhadap mereka.. Adakah dengan membiarkan perlakuan sebegini dalam Parlimen, negara kita dilihat mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih KETERBUKAAN atau TELUS seperti yang sering diwar-warkan oleh bakal mantan PM kita?

Kita KECEWA jugak dengan RESPON hambar yang diberikan oleh Ahli Parlimen kerajaan terhadap cadangan Datuk Ibrahim Ali ini seperti yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 semalam.. Ada yang menyifatkan cadangan tersebut akan membuatkan status mereka yang bersidang macam bersidang kat kedai kopi atau mesyuarat cawangan UMNO aje.. Malang sungguh kerana mereka tidak melihat punca cadangan tersebut dikeluarkan adalah disebabkan SIKAP mereka sendiri yang masuk Parlimen menjadikan status Parlimen kita macam 'Ahli Majlis Mesyuarat Tingkap' di kedai kopi!Rakyat yang hanya mampu melihat kelakuan Ahli Parlimen melalui TV pun dah naik JELAK dengan adegan sebegini.. Memang untung jadik Ahli Parlimen kerana walaupun hanya sepenggal dan berkelakuan seperti ini, mereka boleh menerima PENCEN sampai mati.. Rakyat yang menonton kelakukan mereka dalam Parlimen pulak mati pun kena berhutang!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan