Wednesday, April 08, 2009

Anda tahu kenapa 'UMNO' kalah? Kerana 3 sebab seperti......


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walau apa pun alasan yang TIMBUL, Blog ini ingin sangat-sangat nak kemukakan 3 alasan ini sebagai penyebab utama UMNO kalah.. Kita harap sesiapa yang bukak Blog nih baca habis-habis apa yang ditulis dan sesiapa yang rapat dengan pucuk pimpinan parti, harap tolong sampaikan terutamanya kepada Tun M, TS Muhyiddin atau Datuk Mukhriz.. Anda kena tahu bahawa mereka mengHASUT menolak UMNO 100% bukan komponen BN yang lain..

1) SABOTAJ AHLI-AHLI UMNO SENDIRI
Bukan semua ahli-ahli UMNO mengalu-alukan kembalinya Tun Mahathir ke dalam UMNO.. Bukan semua ahli-ahli UMNO gembira Tun M kembali ke dalam UMNO.. Ini kerana mereka tidak mahu aspirasi Tun M meguasai UMNO atau mengembalikan kekuatan UMNO seperti sebelum ini.. Anda seharusnya MAKLUM bahawa golongan yang 'CARI MAKAN' menerusi UMNO atau 'GOLONGAN LALAT TAIK' sangat-sangat tidak suka Tun M kembali ke dalam UMNO.. Mereka juga tidak mahu pemimpin yang pro Tun M seperti TS Muhyiddin, DS Rais Yatim dan ramai lagi kembali menguasai UMNO.. Ini akan menyukarkan mereka gunakan UMNO sebagai platform 'CARI MAKAN'.. Sebab itulah usaha para pemimpin ini akan DISABOTAJ termasuklah semasa berkempen untuk UMNO ketika pilihanraya kecil!

Anda juga kena MAKLUM bahawa Tun Abdullah takdenya nak BERSARA kalau kedudukan 'ORANG TU' tidak KUKUH dalam UMNO! Ini yang orang-orang UMNO gagal nampak.. Sebenarnya, Tun M dah banyak kali kena SABOTAJ oleh orang UMNO sendiri.. Tahun 1999 ada usaha nak sabotaj borang pencalonan PRU dia, tahun 2006 orang UMNO yang sabotaj Tun M untuk jadi perwakilan UMNO, tahun 2009, Datuk Mukhriz disabotaj oleh Pemuda UMNO dan kali nih, usaha Tun M berkempen telah disabotaj pulak.. Anda harus ingat 'ORANG TU' memang nak jadik PM termuda.. Oleh sebab itu, jalan terbaik untuk dia mencapai cita-citanya hanyalah dengan menSABOTAJ orang yang akan jadi penghalang macam Tun M, TS Muhyiddin, DS Najib dan ramai lagi.. DS Najib wajib bersihkan UMNO dan kabinetnya dari orang macam nih!

2)PENGUNDI DAN ORANG MUDA MENOLAK UMNO
Ada lagike yang menafsirkan pengundi muda adalah mereka yang lahir atau membesar semasa 22 tahun Tun jadik PM? SALAH tuh.. Mereka yang dimaksudkan rata-rata dah berumur hujung 20an atau awal 30an dah sekarang.. Orang muda yang menolak UMNO sebenarnya adalah mereka yang berumur awal 20an terutamanya yang baru lepas grad tuh.. Mereka ni dah jadi penyokong TEGAR DSAI pasal mereka tak kenal siap dia.. Almaklumlah, semasa tahun 1998 dulu, mereka masih lagi dok menghadapi SPM atau PMR lagi.. Mana mereka tahu sangat sebab-musabab kenapa DSAI dipecat dari UMNO..

Selepas kemenangan besar UMNO tahun 2004, UMNO telah mengabaikan golongan ini sebaliknya UMNO sibuk dok lalaikan mereka dengan agenda hiburan yang diimport dari Singapork oleh orang-orang tertentu.. Habis mereka semua jadik lupa asal-usul.. Habis lupa sejarah bagaimana Tok nenek diorang sanggup bergolok-gadai untuk meMERDEKAkan negara.. Malah ada yang dah pandai menyanjung komunis, HINDRAF dan pertubuhan HARAM lain.. Setengah tuh sanggup jadi habuan SEKS kepada pemimpin politik PKR semata-mata nak memenuhi keinginan nak main politik HE!HE!HE!

Sepatutnya pergerakan BELIA dan sebagainya kena mainkan peranan agar orang muda nih ada jati diri dan sayangkan bangsa, agama dan negara.. Namun, anda tengoklah sendiri siapa yang menerajui pertubuhan BELIA sekarang? DS Ali Rustam, DS Khir Toyo, Reezal Merican, Azeez Rahim, Stephen Doss.. Semuanya hasil pengatur-caraan 'ORANG TU' yang gunakan pertubuhan BELIA untuk mengejar pangkat dalam UMNO.. Macam mana kita nak orang muda sokong UMNO? Sokong 'ORANG TU' ye la.. HE!HE!HE!

3) PENGUNDI BUKAN MELAYU JADIK PENENTU
Entah sejak bilala UMNO kena menyembah bukan Melayu untuk menang.. Kat Bukit Gantang dan Bukit Selambau, dua-dua majoriti Melayu tapi UMNO gagal nak tarik sokongan Melayu 100%? Banyak kali dah kita bagitau, pengundi bukan Melayu terutamanya pengundi Cina dan India tak akan sama sekali bagi undi kat UMNO.. Ini bukan main sedap hati aje nak cakap tapi fakta SEJARAH! Tahun 1999 mereka bagi undi kat MCA dan MIC pasal tak nak bagi kuasa politik Melayu terlampau kuat antara UMNO dan PAS.. Sekarang diorang dah ada 'bargain' politik yang cukup kuat.. Dengan kata lain, kalau Sultan sekali pun masuk pilihanraya, maunya Sultan pun kalah!

Pengundi muda keturunan Cina dan India lagila tak boleh dipujuk.. Adakah mereka tahu sejarah negara kita macam Prof. Khoo Kay Kim? Adakah diorang 'masyarakat berbilang kaum oriented' macam TS Lee Lam Thye? Sesetengahnya ada yang bersikap KIASU ala-ala Singapura.. Kita tunggu aje masa hasil fahaman LIBERAL yang melampau pasti mengakibatkan Singapura akan 'merge' dengan Malaysia! Masa tuh Melayu ke Islam ke apa ke sekadar perkataan yang tertera dalam kad pengenalan aje la kot..

Wallahualam..

6 comments:

  1. Spin apa pulak ni. Sah penyokong Chedet ni.

    Calon kalah pemilihan bahagian dicalonkan untuk pilihanraya macamana nak menang. Lain kali jangan dipaksakan calon ke atas pengundi. Buat pemilihan teliti, jangan nak jaga puak saja, inilah jadi. Umum awal-awal apa untungnya, tak faham-faham lagikah, Kuala Terengganu pun jadi macam tu.

    Lalat taik sentiasa ada jika ada benda busuk.Bab cari makan jangan sebutlah, semua oportunis ambil kesempatan cari makan. Zaman mana pun ada kaki kipas dan kaki jilat.Kepala sabotaj tentu berpengaruh dan kuat sampai boleh sabotaj Tun Mahathir, DS Najib, TS Muhyiddin, Mukhris dan lain-lain juga. Layaklah dia jadi kepala kalau sebegitu kuat dan banyak pengaruh. Tentulah dia cukup kuat sampai cita-cita Mukhris tak kesampaian, bapak tolong kempen pun dia tiarap juga.Boleh atur itu dan atur ini.Belia pun dia boleh atur ke? Hebat dia ni, siapa dia ni? Kalau orang Kubang Pasu tak undi Chedet jadi perwakilan dulu heran juga tu, mantan PM pun depa tak sokong. Takkan dengan RM200 saja depa tolak mantan PM. Mungkin jugak 22 tahun jadi PM orang Kubang Pasu tak merasa hasil perjuangan kut? Ada jasa orang kenang juga, Melayu macam tu. Elok juga kalau dah pencen elok juga dok rumah lebihkan amalan untuk akhirat.Jangan sampai orang meluat.

    Baru sedar ka Cina India dah tolak Melayu. kuasa politik takkan kembali lagi kepada Melayu kalau mengharap undi Cina dan India. Elok juga ada kesedaran.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Adalah lebih mulia jadik penyokong Chedet berbanding penyokong 'MAIN BELAKANG' atau penyokong ' POLITIK WANG'..

    Antara bapak yang takde kuasa yang entah ye ke tidak tolong kempen (bila masa pulak ye?) Atau dengan bapak mertua yang tak henti-henti KEMPEN, siapa yang lebih teruk?

    Jangan BONGOK sangat, kalau benar Tun Mahathir nak kempenkan anak dia, tak perlu pun Datuk Mukhriz kena tunggu berpuluh tahun! Tak macam sorang tuh yang begitu 'opportunist' pakai gelaran menantu!

    Kalau cina dan india dah tolak Melayu, samalah jugak dengan nasi Lebai PAS tuh.. Adakah mereka pun ada kuasa pemutus?

    Kalau BODOH tuh BODOH jugaklah.. Mangkuk macam ko tak payah pakai nama Melayu la!

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  3. When you write nonsense without credibility, at least be accountable for your doings: read what others wrote:

    Posted by ai'dil

    http://editorialblog.blogspot.com/2009/04/bn-kalah-tun-m-harus-dipersalahkan.html

    Kami, para editor kanan MSM memang hormat Tun. Kami bertugas sejak Tun jadi PM. Kami sayang Tun, tetapi kami dapati Tun sekarang hanya merosakkan BN dan Umno. Hilang rasa hormat kami kepada Tun sekarang.

    Bagi kami Tun kini tidak perlu lagi cakap berdegar-degar dan membuka pekung orang Umno atau memburuk-burukkan peribadi orang Umno, kerana ia akan memberi peluang kepada orang luar untuk menangguk di air keruh, menunggu masa melepaskan geram.

    Sepatutnya Tun sekarang duduk di rumah dan bermain dengan cucu-cucu dan bersembahyang banyak-banyak kerana Tun akan disoal dalam kubur dan di akhirat nanti mengenai rasuah pada zaman Tun.

    Jadi, yang menyebabkan BN kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau sekarang ialah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

    Another one by anak mami commenting in www.parpukari.blogspot.com

    Bila Pak Lah mengistiharkan beliau akan mengundur diri. Maka Mamak Mahathir mengistiharkan akan pulang kembali ke UMNO semula. Dalam blognya mempublisitikan bahawa beliau anti rasuah. Beliau amat meluat kegiatan rasuah hingga tercetusnya perpecahan UMNO. Kemasukkan balik UMNO adalah membasmikan rasuah…. Tidak kurang izinkan Najib menghalau dan menghalang Khairy giat dalam UMNO. Tetapi secara diam diam mahukan satu kerusi menteri untuk anaknya….kronisma, nepotisma nampaknya.

    Hingga pilihanraya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mamak Mahathir telah turun padang beserta dengan penyokong penyokongn bodohnya meraihkan populariti semoga dapat menarik perhatian dan simpati rakyat, Sibuk kempen sana sini. Memberitahu rakyat dirinya masih berkeupayaan, masih berkuasa, nampaknya Mamak Mahathir bagai tin kosong yang berbunyi kosong. Tidak terima oleh rakyat . Kalah tetap kalah, datanglah Mamak Mahathir, datang lah Najib , datang lah sesiapa dari UMNO pun. Kalah tetap Kalah. Mamak Mahathir patutlah mengakui dirinya bagai kuda nyanyok yang hanya mengayun ekor menampar lalat sahaja.

    Mamak Mahathir haruslah menerima kenyataan, rakyat tidak menerima kedatangan kau di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, Kau bagai mayat yang bernyawa, Rakyat menghina kau sebagai mahafiraun, mahazalim, Mahatipu enggan mempercayai cakapan kau. Rakyat persendakan kau sebagai kitab buruk. Cuma puak puak UMNO bodoh sombong sahaja yang mengganggap kau akan melakukan ajaib, tetapi harapan cuma harapan, reality tetap reality. Terimalah suara rakyat . Rakyat akan sejarahkan kau hingga ke cucu cicik, rakyat akan meninggalkan sejarah hitammu dalam sejarah Malaysia.

    Akur lah… Mamak Mahathir, Suara rakyat suara keramat, kegagalan UMNO/BN dalam pilihanraya kecil ini bukanlah kebijaksanaan Anwar atau kecekapan pihak pembangkang,. Pihak pembangkang cuma memberitahu rakyat tentang perkembangan suasana politik, rasuah, skandal …. Keputusannya pemilihan tetap terletak ditangan rakyat. Siapa kah yang lebih berkuasa??

    ReplyDelete
  4. Nampaknya anda masih mentah dalam politik.

    Rais Yatim dalam krisis UMNO 1987 bersama Team B pimpinan Tengku Razaleigh menentang Mahathir. Kemudiannya menyertai Semangat 46 yang ditubuhkan Kuli. Rais Yatim ini yang 'MEMBAKAR JAMBATAN' APABILA MENYERTAI SEMANGAT 46. Dibawa balik ke UMNO oleh Dolah Badawi dan dijadikan Menteri Kabinet.Lebih kurang Mahathir juga perjalanan politiknya.Keluar UMNO, hentam UMNO kemudian patah balik.

    Mukhris baru berapa hari dalam UMNO secara aktif. Mokhzani lebih awal dalam Pemuda apabila dilantik Hishamuddin menjadi Bendahari Pemuda UMNO.

    ReplyDelete
  5. Sebab yang ke 4. Orang Cina rata rata bukan saje di Perak DR, mahu tanah free.
    changkat lobak.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Punya takut dengan Tun mengalahkan takut kat Tuhan..

    Mungkin pasal beliaulah satu-satunya penyimpan 'RAHSIA' aktiviti MAIN BELAKANG yang masih hidup?

    Tun Mahathir bukannya ada 'ROLE' pun dalam kerajaan mahu pun parti tapi puak-puak DUNGU macam anda lebih takut dengan dia daripada takut kepada kerajaan? HE!HE!HE!

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan