Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, April 15, 2009
Apabila tak ada seSIAPA pun peduli melihat generasi muda kita 'diMUSNAHkan'..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apabila membaca tulisan Tun Dr. Mahathir dalam Blognya tentang 'The Generation Gap', Blog ini ingin menyatakan SETUJU dengan pandangan beliau seperti yang dinyatakan.. Ya, memang wujud apa yang dikatakan sebagai 'The Generation Gap'dikalangan generasi muda kita dewasa ini.. Ini sebenarnya adalah lumrah kehidupan di mana perubahan akan berlaku di antara satu generasi dengan generasi yang lain.. Namun, dalam KONTEKS negara kita yang berbilang kaum, agama, budaya dan juga cara hidup, perubahan yang dibawa hendaklah tidak memusnahkan nilai-nilai sedia ada yang telah pun WUJUD semenjak negara ini ditubuhkan..
Dewasa ini kita melihat generasi muda kita seolah-olah hilang arah tuju atau matlamat hidup.. Mereka dilekakan dengan budaya yang di'IMPORT' sama ada dari Barat, Singapura, Taiwan, Pakistan atau pun Tamil Nadu.. Bagi mereka yang menyanjungi budaya BARAT, mereka akan lebih tertumpu kepada HIBURAN dan GAYA HIDUP BEBAS.. Mereka lebih peka terhadap perkembangan semasa namun sebahagian besar mereka GAGAL untuk menilai apa yang BURUK dan apa yang BAIK daripadanya.. Mereka yang gagal membuat penilaian akan menjadi LALAI dan LUPA asal-usul mereka.. Malah ada yang lupa tentang di bumi mana mereka berpijak.. Bagi generasi muda yang menyanjung budaya HIBURAN dari Taiwan, Korea atau Singapura pula, mereka akan terikut-ikut dengan dengan 'TREND' fesyen atau penampilan diri.. Bagi yang bukan Melayu pula, mereka terikut-ikut dengan rentak 'politician' yang berperangai KIASU atau sanggup bergasak untuk memperjuangkan 'KIASUISME' mereka..
Generasi muda kita yang terikut BUDAYA dari Tamil Nadu pula hanya tahu menyanjung atau menjadikan bintang-bintang Bollywood sebagai IDOLA hidup mereka.. Malah, segala yang dilakukan oleh bintang-bintang Bollywood akan cuba diikut walaupun hakikatnya mereka melakukan dalam LAKONAN FILEM semata-mata.. Segala aksi memberontak, pukul polis, melawan pihak berkuasa dan memusnahkan prasarana awam akan dicontohi kerana terlampau TAKSUBkan kepada apa yang idola mereka lakukan dalam filem.. Akibatnya, kedengaranlah suara-suara SUMBANG kononnya mereka tidak dilayan secara adil, ditindas dan diketepikan dalam negara ini.. Ada ke patut? Bagi mereka yang menjadikan lebai-lebai di Arab atau Pakistan sebagai idola pula lebih teruk.. Selain gemar berFATWA menggunakan kepala lutut, mereka juga cenderung mengHALALkan apa yang HARAM dan mengHARAMkan apa yang HALAL demi kepentingan politik sempit mereka.. Malah kegemaran utama mereka adalah mengKAFIRkan orang yang seagama dengan mereka sendiri dan menyanjung suku-sakat umat Nabi Luth AS sebagai pemimpin dewasa ini..
Sungguh malang muda-mudi Malaysia kerana hanya mampu menjadi 'PENGIKUT' bukannya 'PENCETUS' kepada budaya yang diIMPORT ini.. Hakikatnya peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung hanya menjadi ayat belajar Bahasa Melayu di sekolah sahaja.. Mereka gagal mencipta atau cuba menjadi IDOLA kepada generasi muda dikalangan mereka sendiri.. Mereka lebih sanggup hilang IDENTITI atau JATI DIRI bangsa daripada memeliharanya kerana beranggapan perbuatan sedemikian membuatkan mereka dilihat KOLOT dan 'out of date'.. Jadilah mereka generasi muda yang sering anda lihat kat depan Maybank Plaza Sungai Wang, dalam Berjaya Times Square, Pavillion, One Utama, Mid Valley, Sunway Pyramid dan juga di taman-taman KLCC.. Salah siapakah ini?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan