Monday, April 20, 2009

Kerajaan kena PRIHATIN dan memantau sektor perkhidmatan awam


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Antara punca ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan adalah kerana kegagalan kerajaan menyediakan sektor perkhidmatan yang baik dan benar-benar boleh dipercayai kepada rakyat.. Kerajaan gagal mengawal-selia kakitangan mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan seperti di kaunter-kaunter seperti di KWSP, LHDN, SOCSO dan banyak lagi.. Malah kerajaan juga dilihat gagal mengawalselia GLC-GLC atau kontraktor yang berkhidmat bagi pihak kerajaan untuk sektor-sektor seperti pengangkutan awam, tenaga, telekomunikasi, utiliti dan banyak lagi..

Kita tak tak payah pergi jauh.. Kita lihat aje di sekeliling KL ini dah cukup.. Anda boleh lihat bagaimana kontraktor-kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan gagal melaksanakan tugas seperti yang dijanjikan.. Contohnya anda boleh lihat bagaimana kontraktor yang ditugaskan mengangkut sampah tidak mengutip seperti yang dijadualkan.. Kontraktor yang dibayar kontrak untuk mengubahsuai Taman Tasik Datuk Keramat KL membiarkannya terbengkalai selama bertahun-tahun dan juga anda boleh lihat bagaimana kontraktor yang diupah untuk memnjaga tanaman-tanaman hiasan disepanjang jalan raya hanya membiarkan tumbuhan tersebut mati kering dan hanya siram air sekali-sekala sahaja..

Sikap GLC dalam sektor perkhidmatan juga amat mengecewakan.. Rakyat masih dibebani dengan bayaran bil yang mahal dan tidak setimpal.. Perkhidmatan selepas jualan atau khidmat pelanggan samada di kaunter atau menerusi talian langsung juga amat mengecewakan.. Contohnya anda cubalah buat panggilan tentang kerosakan talian telefon kepada Telekom Malaysia.. Berapa lama agaknya masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah anda? 5 Minit? 10 Minit? Rasanya mengambil masa berhari-hari walaupun mungkin kerosakkan boleh diselesaikan hanya dengan cabut wayar sahaja.. Begitu juga dengan GLC yang terlibat dalam sektor pengangkutan awam.. Bukan perkara luar biasa anda terpaksa menunggu bas Rapid KL di hadapan Perpustakaan Negara atau di mana-mana tempat hampir setengah jam semasa waktu puncak, waktu 'lunch hour' atau pun waktu balik kerja..

Inilah yang membuatkan rakyat marah.. Tidak ada pemantauan dari pihak kerajaan untuk memastikan mereka benar-benar melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan atau sekadar nak sapu kontrak kerajaan lepas tu buat kerja sambil lewa.. Pihak-pihak dalam kementerian atau pihak berkuasa tempatan pula hanya sekali-sekala turun padang, itu pun apabila didedahkan oleh media atau pun ada pihak-pihak yang ada 'cable' mengalami sendiri masalah seperti yang dinyatakan.. Macam mana rakyat tak marah dengan kerajaan?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan