Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, July 01, 2009
Meh nak bagitau cara agar UMNO boleh menang di DUN Manek Urai..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Blog ini ingin mengucapkan TAHNIAH kerana terpilih sebagai calon dan SELAMAT BERJAYA kepada Tuan Aziz Tuan Mat, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan.. Walaupun semasa nama beliau diUMUMkan, ada suara-suara SUMBANG rakan-rakan UMNOnya yang memperlekehkan LAWAN beliau iaitu Haji Mohd. Fauzi Abdullah yang mewakili PAS dengan GELARAN Tokey Ikan, tidak berpelajaran tinggi dan sebagainya, namun kita harap beliau tidak berSIKAP sedemikian rupa dan cuba menjauhkan diri daripada rakan-rakan UMNO yang membawa ELEMEN NEGATIF sedemikian..
Sekiranya UMNO ingin MENANG di DUN Manek Urai, kita haraplah perkara-perkara di bawah di ambil perhatian oleh mereka yang berKEMPEN dan jugak calon yang diKEMPENkan..
1) Jangan sesekali menghina calon PAS bernama Haji Mohd. Fauzi Abdullah.. Beliau hanyalah menjadi calon kepada PAS.. Jangan samakan beliau dengan beberapa pemimpin PAS yang diketahui sanggup menjadi petualang kepada agama Islam dan bangsa Melayu.. Sebarang cubaan untuk menghina Haji Mohd. Fauzi atau memperlekehkan beliau hanyalah umpama menghancurkan sokongan terhadap calon UMNO sendiri.. Haji Mohd. Fauzi sangat dikenali oleh masyarakat Manek Urai dan beliau seorang yang mudah mesra, selalu bercampur dengan masyarakat, latar-belakang keluarga yang baik dan seorang peniaga ikan yang berjaya.. Profiliti beliau yang dipandang tinggi sebegini jika diperlekehkan oleh juruKEMPEN UMNO hanya merosakkan keadaan dan peluan calon UMNO aje!
2) Persetankan atau tidak ambil kisah dengan segala kenyataan Mursyidul Am PAS.. Walaupun kita tahu banyak kenyataan beliau MERAPU dan selalu sangat diselewengkan daripada maksud asal, namun jangan ambil peduli atau 'IGNORE' kan sahaja.. Anggaplah beliau cuma seorang tua yang dah kurang daya MEMORInya dan selalu uzur.. Apa gunanya anda mencari MUSUH dnegan orang tua sebegini? Anda hanya akan dipandang keji sahaja oleh masyarakat sekitar sementara orang tua tu semakin mendapa SIMPATI..
3) Jika nak sangat serang PAS, serang sahaja GENG ERDOGAN atau golongan PUAK LEBAI ILLUMINATI dalam PAS.. Serang mereka sepenuh hati dan jangan sesekali kasihankan mereka.. Mereka sendiri tahu mereka adalah LIABILITI kepada PAS.. Malah mereka jugaklah golongan yang mengHALALkan apa yang HARAM dan mengHARAMkan apa yang HALAL.. Mereka bukannya golongan ulama mahu pun alim atau ilmuwan yang perlu diHORMATI.. Tidak perlu ada rasa HORMAT kepada mereka yang mana mereka juga seperti sesetengah ahli UMNO yang mengejar keMEWAHan atau keKUASAan sehingga sanggup bertindak matlamat menghalalkan cara!Segala isu yang ditimbulkan oleh GENG ERDOGAN dan PUAK LEBAI ILLUMINATI ini harus dijawab segera dan jangan dibiarkan ianya menjadi isu setempat..
4) Tumpukan 100% jentera propaganda atau perang saraf UMNO terhadap Penasihat PKR yang sedang menghadapi KES MAHKAMAH berhubung dengan JENAYAH MENJUBORnya.. Jangan TAKUT untuk menDEDAHkan segala bentuk KLIP VIDEO, KLIP AUDIO, RISALAH, BUKTI BERGAMBAR dan jugak selalulah ulang-tayangkan tayangan VIDEO yang menunjukkan mangsa JUBORnya bersumpah laknat dengan nama Allah SWT - Sesuatu yang Penasihat PKR ini tidak sanggup lakukan.. MenJUBOR berani pulak dia? Dedahkan juga bagaimana LAKONAN terhebat ISTERI dan jugak anak perempuannya yang jadi YB Lembah Pantai tuh.. Malah, untuk memBUKTIkan bagaimana mereka semua ini jenis manusia 'DEPAN LAIN, BELAKANG LAIN'! Juga digalakkan pendedahan tentang bagaimana SIKAP mereka semua ini semasa Penasihat PKR berada dalam UMNO dan sikpa sebaliknya apabila beliau dipecat dari UMNO..
5) Akhir sekali, UMNO jugak perlu menutup MULUT Ketua Pemuda UMNO yang jelas menyertai KEMPEN UMNO hanya untuk memPOPULARkan dirinya disamping mencari PUBLISITI MURAH untuk memudahkan dia mengejar jawatan dalam UMNO di kemudian hari.. Apa perlunya muka dia nih dijaja merata tempat KEMPEN sedangkan seluruh manusia yang waras amat memBENCIkan perangai BURUK dia? Apa gunanya UMNO menunjukkan calon yang BERSIH, berKUALITI atau ada sifat-sifat MURNI sedangkan Ketua Pemuda UMNO adalah manusia yang KORUP, rakus mengejar cita-cita PERIBADI, petualang DURI DALAM DAGING kepada UMNO dan bangsa Melayu, malah dia adalah pesalah POLITIK WANG? Inilah keLEMAHan utama UMNO yang menyebabkan UMNO tak pernah MENANG pilihanraya kecil.. Inilah penyebab UTAMA rakyat tak nak sokong UMNO.. Tak reti-reti lagi ke?
Sanggupkah UMNO melakukan perkara-perkara di atas demi memberi kemenangan kepada calon UMNO di Manek Urai? HE!HE!HE!
Rasanya UMNO tetap UMNO..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan