ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
HE!HE!HE!
Kat sini kita petik dua laporan berita.. Satu KOMEN DS Najib pasal PPSMI daripada BERNAMA dan satu lagi KOMEN Tun Dr. Mahathir daripada Utusan Malaysia.. Cuba kita TELITI satu-satu KOMEN tersebut.. Anda PERASAN tak apa yang DS Najib FAHAM pasal PPSMI adalah KONTRADIK dengan apa yang Tun Dr. Mahathir maksudkan? HE!HE!HE!
Kita mulakan dengan KOMEN DS Najib dahulu..
Matlamat Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris Masih Sama - Najib
PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata matlamat untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara masih sama walaupun kaedah pelaksanaannya berbeza apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.
Perdana Menteri berkata usaha pemantapan itu akan dibuat melalui penambahan waktu pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris, penambahan guru bahasa Inggeris serta memperkenal makmal bahasa itu.
"Jika keadaan mengizinkan, kemungkinan kita akan jadikan kelulusan dalam bahasa Inggeris sesuatu yang wajib di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Ini semua menggambarkan kerajaan amat prihatin tentang betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris yang amat baik untuk menentukan kita boleh bersaing dalam era globalisasi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke-9 di sini Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet semalam menggantikan PPSMI dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Najib berkata kerajaan sedar betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris yang baik untuk masa depan negara cuma perbezaannya adalah dari segi kaedah pelaksanaannya.
"Kita memikirkan dengan tambahan waktu dalam bahasa Inggeris dan pengenalan kesusasteraan Inggeris adalah cara yang lebih baik daripada mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
"Itu sahaja bezanya tetapi matlamatnya adalah sama. Matlamatnya adalah sama iaitu menguasai Bahasa Inggeris adalah perlu bagi masa depan. Ini diiktiraf oleh kerajaan," katanya.
Ketika ditanya mengenai gesaan bahawa PPSMI patut dijadikan pilihan, Najib berkata ia perlu dirujuk kepada Kementerian Pelajaran dahulu dan biar mereka menilai sama ada ia berdaya maju atau sesuatu yang perlu dipertimbang.
"Cadangan ini (untuk mengubah PPSMI) telah dikaji oleh menteri pelajaran sebelum ini dan para profesional dalam kementerian itu memberikan cadangan ini bahawa kita patut pergi kepada asas tempoh hubungan masa yang panjang dalam Bahasa Inggeris dan pengenalan kesusteraan Inggeris adalah cara terbaik untuk mencapai kecekapan dan seterusnya menguasai bahasa Inggeris," katanya.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=424057
Ini pulak KOMEN Tun Dr. Mahathir pasal penghapusan PPSMI dari Utusan Malaysia hari ini..
Saya sedih - Dr. Mahathir
PUTRAJAYA 8 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih atas keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran beliau enam tahun lalu.
Bekas Perdana Menteri menjelaskan langkah memansuhkan dasar itu tidak dirundingkan dengan beliau sebaliknya kerajaan telah membuat keputusan lebih awal.
''Kerajaan telah membuat keputusan, saya hanya diberikan taklimat dan maklumat tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.
''Saya ada mencadangkan supaya dasar itu dikekalkan bagi peringkat sekolah menengah tetapi itu pun ditolak, mereka tidak terima sama sekali, jadi itu bukan runding tapi hanya taklimat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau memberikan reaksi demikian terhadap keputusan kerajaan hari ini memansuhkan PPSMI berkuat kuasa pada 2012.
Dr. Mahathir berkata, pemansuhan PPSMI akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila mereka tidak dapat mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik pada masa depan.
Beliau turut mempertikaikan alasan pemansuhan dasar tersebut bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan kerana penggunaan semula bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik hanya melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan.
Sedangkan, katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut.
Mengenai masalah guru Sains dan Matematik yang tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu berbahasa Inggeris.
''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.
''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.
Mengenai langkah kerajaan mahu melatih lebih ramai guru bahasa Inggeris, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang baik.
''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi masa depan anak-anak kita," katanya.
Sebenarnya, kata beliau, dasar PPSMI tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kerajaan pernah menukar pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
''Pada masa itu tidak ada bantahan sedangkan ketika itu ramai guru tidak fasih berbahasa Melayu tetapi akhirnya mereka berjaya menguasai bahasa kebangsaan.
''Jadi, pada masa ini kalau kita guna bahasa campur-campur pun tak apa tetapi pada masa yang sama kita perbaiki prestasi guru," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
JADI sekarang anda nampak tak apa dia perBEZAan pemahaman antara DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir berhubung dengan PPSMI? HE!HE!HE!
DS Najib :- PPSMI bermatlamat untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara!
Tun Dr. Mahathir :- Tujuan beliau memperkenalkan PPSMI ialah untuk memBOLEHkan generasi akan datang mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik seterusnya menguasai TEKNOLOGI pada masa depan demi kebaikkan NEGARA..
Nampak tak perBEZAan pemahaman tentang PPSMI antara dua TOKOH ini? Jadik sekaligus kita TAHU siapa yang patut diperSALAHkan dalam soal penghapusan PPSMI.. Tak gitu? HE!HE!HE!
DS Najib tuh pernah jadik Menteri Pelajaran, takkan pemahaman sebegini pun payah nak 'tangkap'? Takkanlah DS Najib tak boleh jumpa dengan Tun Dr. Mahathir sendiri untuk mendapatkan INPUT tentang OBJEKTIF sebenar PPSMI? Kalau tak pun, cubalah dapatkan INPUT dari pihak yang sepatutnya seperti guru-guru, pelajar sendiri dan banyak pihak lagi..
MALANG BETUL PM MACAM NI...
Wallahualam..
Profound analysis bro, memang benar pemahaman Najib dan Dr Mahathir mengenai PPMSI berbeza.
ReplyDeleteI hope Dr Mahathir will knock some sense into Najib before its too late. Kita mesti selamatkan PPSMI untuk generasi muda kita akan datang.
Mahathir merupakan neo colonialist. dan generasi Mahathir tidak boleh lari dari kesan psikologi.
ReplyDeleteSama seperti negro yang menjadi hamba di US mereka mahu diterima oleh bangsa penjajah dengan menggunakan bahasa penjajah.
Tidak ada sebab guna bahasa Inggeris untuk kira2. Ini semua otak orang anglophile.
Orang melayu cerdik dan pandai. kita boleh bina ilmu sendri macam orang indonesia.
Dunia mengharap kepada melayu untuk memajukan rumpun melayu.
Mahathir tidak sayang bahasa melayu. Mahathir mengkayakan cina Kuok 70 billion, ananda 40 billion, lim goh tong 20 billio dan lain. YTL, Vincent tokeh judi kawan baik dia dan keling Lingam peguam Mahahtir.
Melayu dia?
Haprak.. hanya untuk mengkayakan anak dia mohkazni melayu terkaya.
Dia hanya nak perkuda melayu supaya dia nampak pandai di mata mat salleh.
Melayu mengharap kepada mahathir selepas 13 Mei tapi dia hanya nak senangkan keluarga dia dan tunjuk pandai diri dia. Orang Melayu halau dia kerana lupa daratan selepas 22 tahun tak nak berhenti dan tidak ada agihan kekayaan yang adil di bumi Melayu.
Bagi UMNO itulah perlembagaannya untuk memertabatkan bahasa dan bangsa Melayu. Sesiapa yang tak setuju dengan perlembagaan UMNO boleh lah buat parti sendiri, parti Negara ke haha.
Sekarang nak jual idea dah terlambat. What has Mahathir done for the Malays? Dont forget the Malays drove Mahathir out of UMNO precisely for his PPMSI!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteKepada yang bernama 'merdeka kita!'
Tak kisahlah siapa pun yang anda mahu pilih sebagai pemimpin anda.. Cuma lebih baik anda NAMAkan disini siapa pemimpin pilihan yang anda SUKA?
Adakah DSAI?
Adakah Nik Aziz?
Adakah Lim Kit Siang?
Adakah Husam Musa?
Adakah Karpal Singh?
Adakah Khairy Jamaluddin?
Namakan siapa saja..
CUMA harapnya janganlah pulak anda HANTUK KEPALA ke DINDING jika aku DEDAHkan'SIAPA SEBENARNYA PEMIMPIN PUJAAN ANDA TERSEBUT!'HE!HE!HE!
Ada BERANI?
Diharapkan rakan-rakan BLOGGERS sebarkan tentang tahap 'PEMAHAMAN' DS Najib terhadap dasar kerajaan seperti PPSMI.. Ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk memilih pemimpin dikemudian hari..
Wallahualam..