Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, October 02, 2009
Apa yang BAGUS sangat dengan 'EX-LEVEL 4 BOYS' itu?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Akhirnya berita yang kurang menyenangkan telah pun diketahui dua hari lepas.. Seorang bekas 'BUDAK TINGKAT 4' atau 'LEVEL 4 BOYS' telah dilantik untuk menjadi seorang Non-Executive Director kepada Syarikat Petroleum Negara - PETRONAS.. Seorang yang berasal daripada sebuah syarikat KONSULTAN yang berperanan 'BELAKANG TABIR' untuk menjual saham-saham GLC negara kepada orang asing telah pun dilantik sendiri oleh PM kita menjawat jawatan penting dalam PETRONAS.. Apa SUDAH jadik?
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/30/business/4810097&sec=business
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/09/omar-ong-slipped-into-petronas.html
Apakah PM kita yang sepatutnya menjamin kebebasan PETRONAS dalam menguruskan khazanah minyak negara seolah-olah menganggap PETRONAS sebagai HARTA PUSAKA arwah ayahandanya hingga melantik seseorang yang begitu KONTROVERSI memegang jawatan penting di PETRONAS?
Dari segi kelayakkan dia pun kita masih boleh pertikaikan lagi.. Apa kelebihan dan pengatahuan dia dalam industri minyak dan gas? Apa kelayakkan atau sijil yang dia dapat dari OXFORD untuk melayakkan dia memegang jawatan sebegitu tinggi dalam PETRONAS? Kalau setakat kelulusan bidang ekonomi, di Malaysia ini berlambak lagi lulusan sedemikan yang jauh lebih berpengalaman dan berkelayakkan.. Malah dia ini pernah menolak untuk berkhidmat dengan PETRONAS? Bukankah banyak lagi mereka yang pernah ditaja pembelajaran oleh PETRONAS layak? Apakah hanya kerana pada sijil dia terdapat COP OXFORD maka beliau dilihat lebih LAYAK? HEY! Ini bukan zaman FEUDALlah!!
PETRONAS bukan sekadar organisasi yang tahu jual minyak dan gas sebaliknya bertanggung-jawab menguruskan simpanan dan bekalan bahan api ini agar dapat menampung keperluan negara.. Apa akan jadi jika ada MALAUN yang cuma tahu istilah 'JUAL DAPAT DUIT' diberi kuasa dalam lembaga pengarah PETRONAS? Kerajaan di bawah PM DS Najib nampaknya masih belum belajar keMARAHan rakyat berkaitan isu penjualan saham MV Agusta kepada Gevi-SPA, penjualan saham Pantai Hldg kepada TEMASEK, isu pembinaan LCCT di Labu, isu penswastaan Institut Jantung Negara dan baru-baru ini isu saham BERNAS terlepas kepada syarikat Hong Kong.. RASAnya jelas semua maklum siapa yang menjadi KEPALA BROKER PEMAKAN KOMISEN atau KONSULTAN dalam isu-isu yang dinyatakan..
Rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan khazanah negara yang sepatutnya ditadbir-urus dengan baik demi generasi masa hadapan dibiarkan terlepas ke tangan PENYAMUN atau PEROMPAK daripada BEKAS BUDAK Tingkat 4.. Sudah cukuplah berbilion RM wang negara dibazirkan akibat kerja-kerja pemulihan agenda BUSUK para PENYAMUN dan PEROMPAK ini.. Tidakkah nampak lagi agenda mereka semua ini hanya bertujuan untuk MEMENUHKAN KANTUNG SEORANG LAGI GRADUAN OXFORD DALAM UMNO YANG BERNAFSU UNTUK MENJADI PM MALAYSIA TERMUDA? Lupakah DS Najib dengan NASIHAT Tun Dr. Mahathir tentang agenda mereka ini dalam BLOG beliau?
http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/10/tingkat-empat-najib.html
KALAU DS NAJIB DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO LUPA, RAKYAT SEPERTI KAMI AKAN 'INGATKAN' ANDA SEMUA DENGAN 'PERINGATAN PALING KERAS' DI BAGAN PINANG NANTI..
Wallahualam..
Setuju dengan pendapat saudara.
ReplyDeletePada saya, terdapat implikasi keselamatan negara yang serius dalam perlantikan Omar. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir di Putrajaya, tetapi teguran Tun Mahathir sudah jelas memberi isyarat bahawa ada yang tidak baik dalam perlantikan itu. Mungkin Tun memberi isyarat bahawa yang tidak baik itu adalah terjejasnya keselamatan negara. Kita para blogger patut berusaha untuk mencungkil sebab sebenar perlantikan itu.
Sila baca pendapat saya mengenai isu ini di blog saya: http://alizul2.blogspot.com.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteEn Alizul,
Perlantikkan seperti ini dilihat sebegitu mudah dan jelas sebagai amalan KRONISMA..
Sampai bila masalah ini nak selesai?
Wallahualam..