Friday, November 13, 2009

Bukan MB Kelantan aje, KM Melaka pun 2X5 jugak dalam bab MERAPU depan rakyat nih..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selama ini kita asyik diDEDAHkan dengan kisah Pok Nik, MB Kelantan yang kuat MERAPU hinggakan beliau nak pergi HAJI pun KONONnya dipertikaikan pembiayaannya.. Namun, kali ini apa kita lihat pulak kisah seorang Ketua Menteri(KM) daripada BN di sebuah negeri yang bersejarah.. KM ni sekali tengok memang pandai mentadbir negerinya yang kecil tu.. Namun, kalau kita tengok berkali-kali, kita akan dapati tahap MERAPUnya pun memang tidak KALAH berbanding Pok Nik kita..

Utusan Malaysia 12 November melaporkan semasa sidang DUN Melaka, KMnya mahukan pembinaan jambatan merentasi Selat Melaka bernilai RM44 bilion diteruskan.. Apa yang mengejutkan kita adalah kenyataan KM tersebut seperti di bawah:-

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ini kerana kos projek itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta yang melaksanakan pembinaan jambatan sejauh 52 kilometer melalui pinjaman kewangan dari China iaitu Axim Bank.

Katanya, tiada sebab ada pihak mempertikaikan rancangan pembinaan jambatan tersebut kerana pulangan projek itu mampu meningkatkan pembangunan sosial ekonomi di kedua-dua wilayah tersebut.

''Saya tidak faham mengapa pihak pembangkang mempersoalkan keupayaan Melaka untuk mempunyai jambatan ini dan membandingkan kemampuan Melaka mempunyai projek mega itu dengan Singapura.

''Ini kerana menurut mereka, Melaka tiada standard untuk projek mega seperti ini," katanya pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm


Kita tidak tahu sekaya mana negeri Melaka itu.. Adakah Melaka sekaya Selangor, Johor dan Pulau Pinang? Atau Melaka lebih kaya daripada negeri-negeri yang disebutkan? Jika tidak kaya sangat, janganlah sampai nak berHUTANG RM44 bilion semata-mata untuk membina jambatan yang kita sendiri pun tidak tahu apa fungsinya?

- Adakah tujuan pembinaan jambatan tersebut untuk mengatasi kesesakan lalu lintas seperti kes Tambak Johor? Atau sekadar nak kutip TOL sahaja?

- Apa bukti pembinaan jambatan tersebut KONONnya mampu mampu meningkatkan pembangunan sosial ekonomi di kedua-dua wilayah tersebut? Apa yang hendak dicapai jika caj tol setiap kenderaan boleh dikenakan antara AS$75 hingga AS$85? Bukan ke itu aje akan meningkatkan kos pengangkutan / perjalanan? Rakyat ke yang dapat kutip TOL?

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=433797

- Adakah Melaka selama ini tidak maju dan tidak terkenal kerana tiada jambatan menghubungkan Sumatera? Adakah orang tidak akan pergi ke Melaka kerana tidak ada jambatan?

SALAH SATU PERANGAI KM MELAKA YANG MEMBUATKAN ORANG MELUAT IALAH KERANA BELIAU SUKA 'QUOTE' KONONNYA APA YANG DIA LAKUKAN ATAS 'SOKONGAN' PEMIMPIN TERTENTU.. SAMA JUGAKLA SEMASA BELIAU BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN UMNO AWAL TAHUN INI KONONNYA 'DIRESTUI' OLEH PRESIDEN PARTI KETIKA ITU? DAH JADIK 'TREND' PULAK DAH PAKAI NAMA ORANG LAIN UNTUK MENJAYAKAN AGENDA SENDIRI!

Sebagai rakyat, adakah anda YAKIN projek jambatan yang dimaksudkan benar-benar memberi MANFAAT kepada rakyat khususnya rakyat negeri Melaka sedangkan orang yang beriya-iya mahukan jambatan ini dibina pernah dicemari dengan KESALAHAN POLITIK WANG semasa pemilihan partinya sendiri? Apa akan jadi jika jambatan dibina tetapi rakyat yang menanggung HUTANG dengan pihak luar yang membiayai kos tersebut?

Apabila Tun Mahathir membatalkan pembinaan jambatan tersebut tahun 1998, beliau meletakkan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi.. Apa gunanya jika rakyat menanggung HUTANG untuk melaksanakan sesuatu pembangunan? APAKAH KITA MAHU SATU LAGI PROJEK YANG GAGAL SEPERTI PKFZ?

Wallahualam..

3 comments:

  1. Bila dah siap nanti jambatan tu senang la lanun dari indon tu dok bermaharaja lela di tengah tengah jambatan sana. Sampai di tengah tengah jambatan je,, samun, kalau awek/bini orang/yang lawa tu rogol dulu , lepas tu bunuh dan campak ke laut bagi jerung makan. Hilang kes dan bukti. Kalau orang malaysia nak gi indon ikut jambatan tu, konform bawa duit yang banyak kan. ha kan senang geng gen indon,,, tak yah la kerja di malaysia lagi. jadi penyamun di jambatan tu je... kan kan kan

    ReplyDelete
  2. PM tak bace peper ke ?
    Kalau PM lulus jambatab ni, PRU13 bungkus lah nanti !!!

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Apa yang patut difikirkan ialah 'HUTANG RM44 BILION' yang kena ditanggung rakyat Melaka nanti jika jambatan tersebut dibina..

    Orang tak siuman pun boleh cakap swasta biaya tak pakai duit rakyat KONON!

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan