Sunday, November 08, 2009

Selepas berpecah kepada UMNO & PAS, sekarang ini umat Islam berpecah pulak kepada WAHABI & bukan WAHABI? Apa ni?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita bukan ALIM atau ilmu tinggi sangat untuk berbicara soal agama Islam.. Malah, kita hanya umat Islam biasa yang kekadang tu terlalai jugak mengerjakan apa yang dituntut oleh Islam.. Namun, selagi kita mengamalkan rukun Islam 5 perkara dan pecaya kepada Rukun Iman 6 perkara, kita berhak mengambil tahu dan menyuarakan pandangan kita terhadap perkembangan terkini soal agama Islam di negara ini..

Ini kerana Islam satu-satunya agama yang toleran dan tidak pernah meletakkan 'KASTA' kepada umatnya untuk membicarakan soal-soal agama.. Hanya sifat UJUB, RIYA dan TAKBUR dalam sesetengah golongan yang merasakan diri mereka 'LEBIH ALIM DARI ORANG LAIN' atau 'LEBIH UTAMA UNTUK MASUK SYURGA' itu yang merosakkan.. Sedangkan Islam itu sendiri tidak pernah mengatakan sedemikian.. Namun, inilah DEFINISI baru yang cuba dibawa oleh satu golongan dalam negara kita terhadap agama Islam ini.. Malah, golongan ini pulak dilihat menguasai banyak institusi agama Islam dan Majlis Agama Islam di negara ini..

Selepas penangkapan Dr. Asri di Hulu Klang kerana berceramah tanpa TAULIAH baru-baru ini, antara tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau adalah KONONnya Dr. Asri dikatakan cuba mempelopori ajaran WAHABI di negara ini.. Malah, tuduhan beliau dan beberapa ulama konvensional mengamalkan WAHABI bukannya perkara baru yang pernah dilemparkan terhadpa mereka.. Kita letak TEPI dahululah soal Dr. Asri ini WAHABI atau tidak.. Itu biar beliau sendiri menjawabnya.. Yang UTAMAnya kenapa WAHABI ini harus 'DILABELKAN' seolah-olah macam ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin?

Antara negara yang mengamalkan ajaran WAHABI adalah negara di mana terletaknya KIBLAT umat Islam dan makam Rasulullah SAW iaitu Arab Saudi.. Negara yang sepatutnya menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam di dunia ini.. Ajaran WAHABI digambarkan sebagai ajaran Islam yang bercorak 'KERAS' berbanding ajaran lain.. Namun, ini tidak bermakna Malaysia tidak mengiktiraf Arab Saudi.. Malah, setiap tahun puluhan ribu umat Islam negara ini solat berimamkan imam Arab Saudi di Kota Suci Mekah.. Mana kita tahu kalau ada antara imam tersebut ialah pendokong WAHABI?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hubungan_Malaysia_-_Arab_Saudi

Inilah yang menyebabkan Dr. Mashithah Ibrahim menyatakan seperti di bawah:-

"Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah...tak sah, habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita,”


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1105&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm&arc=hive


Malah, MAJLIS FATWA KEBANGSAAN pun tidak pernah mengeluarkan fatwa fahaman WAHABI sebagai SESAT setaraf dengan ajaran Ayah Pin? Jadik? Apa yang jadik masalahnya hinggakan kita berpecah dan berbalah sesama sendiri kerana tuduhan me'WAHABI'kan orang Islam lain?

SIKAP 'PELACUR' AGAMA ISLAM DALAM INSTITUSI AGAMA ISLAM & MAJLIS AGAMA ISLAM YANG MELABELKAN ORANG LAIN SEBAGAI WAHABI DAN SEBAGAINYA HINGGA MENIMBULKAN PERPECAHAN SESAMA UMAT ISLAM DI NEGARA INI ADALAH SANGAT MEMALUKAN DAN MENJIJIKKAN!!

Nabi SAW sendiri tidak pernah meninggalkan banyak cabang atau aliran Islam kepada umatnya.. Hanya satu jenis sahaja Islam yang ditinggalkan oleh Nabi SAW.. Kenapa kita tidak cuba mempertahan yang satu jenis itu sebaliknya SIBUK nak memecah-belahkan yang Islam yang satu ini kepada banyak jenis? Bukankah kita sendiri yang MEROSAKKAN Islam itu sendiri? Tidak MALUkah kita jika melihat Islam dipersendakan oleh bukan Islam kerana SIKAP kita yang suka 'MELABEL'kan sesama Islam?

BLOG INI BUKAN PENYOKONG SESIAPA BAIK WAHABI MAHUPUN BUKAN WAHABI.. CUMA MELUAT DENGAN GELAGAT MEREKA YANG MEMAKAI 'TITLE' DALAM AGAMA ISLAM TETAPI SIBUK MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM DARIPADA MEMPERTAHANKANNYA!

Bukankah permuafakatan, mufarakah atau perbahasan secara ilmu sangat dituntut dalam Islam demi menyatu-padukan umatnya? Kenapa langkah sebegini tidak dititik-beratkan? Bersatulah kita sesama umat Islam sempena musim HAJI ini..

Wallahualam..

3 comments:

  1. kita tentang wahabi bukan pasal perbedaan masalah feqah furu etc..kita tentang wahabi sebab dia org yg datang nak label org kafir la, org sesat la..ko cari dulu siapa dulu yg labelkan org tu sesat, org tu bidaah, etc.. jgn nak semborono ingat org suka2 tentang wahabi..lagi satu sebab ajaran mereka yg suka mentajsimkan Allah..yg dok bunuh2 org islam kat luar hanya kerana perbedaan mazhab ni puak wahabi le..dia org sibuk nak jatuhkan hukum syirik, bidaah, atau sesat kat org tapi rakyat islam yg makin hari makin teruk dan jauh pada islam sebab tenggelam dalam maksiat dan gila duniawi, dia org tak sibuk nak bising pegi dakwah..yg tahu org tu sesat.. org ni syirik.. pecahkan semua islamic historical site termasuk rumah nabbi dilahirkan ..rumah asal nabi dan isterinya khadijah dijadikan toilet jer oleh puak wahabi ni..sebab apa? bahaya konon kalau biar.. nanti syirik.. pirrahhh..nabi pun dia org tak hormat.. org mcm ni yg tok kenali dok tentang dulu.. sebab tu ada wujud kaum muda dan kaum tua.. kaum tua seperti tok kenali menentang habis habisan kemasukan ajaran kaum mudah ke tanah melayu sebab tak nak perpecahan ler..dia org tau siapa wahabi/kaum muda ni..takkan tok kenali tu bangang atau suka tengok perpecahan pulak??

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Di zaman ini pemikiran anda sangat JUMUD dan hanya menimbulkan perpecahan sesama umat Islam.. Fakta anda hanya dikutip daripada ceramah tepi jalan atau daripada 'orang tak sekolah' macam Lebai PAS seperti Mahfuz atau mat Sabu!

    Soalnya kenapa apa yang berlaku di negara Arab sana cuba di samakan dengan apa yang berlaku di sini? Adakah mereka yang didakwa sebagai Wahabi di sini melakukan sama seperti yang dinyatakan? Jika TIDAK, kenapa mereka dipanggil Wahabi tanpa BUKTI yang SAHIH?

    Untuk makluman orang yang DUNGU macam anda, Tok Kenali bukannya KAUM TUA mahu pun KAUM MUDA.. Jika nak bagi FAKTA, bagi cara orang pergi sekolah seperti di bawah:-

    http://al-fikrah.net/News/print/sid=286.html

    Kenapa harus di bawa pertelingkahan KAUM MUDA dan KAUM TUA yang telah menjadi lipatan SEJARAH ke zaman ini? Kenapa perlu menimbulkan perpecahan dari aspek yang sebenarnya boleh pun diselesaikan secara MUSYAWARAH seperti yang dituntut oleh Islam?

    Untuk DUNGU macam anda, perbanyakkan lagi membaca buku-buku tentang perpecahan umat Islam kerana Islam itu agama yang menggalakkan penerokaan ilmu, bukannya agama yang menghukum berdasarkan dengar cakap orang semata-mata!

    Lagi satu, kalau anda berani menegakkan pendapat, jangan berselindung disebalik 'Anonymous'!

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan.

    Syabas dan tahniah kepada tuan empunya blog diatas ketelusan fikrah dan keberanian menegakkan yang makruf dan membanteras yang mungkar!

    Kebenaran itu mestilah dinyatakan secara tegas demi menyelamatkan keadilan!

    Good job with your answer or comment at Che Det's!

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan