Tuesday, December 01, 2009

Tun Mahathir dah bagi WARNING dah.. UMNO masih LALOK lagi ke?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa REAKSI anda terhadap tulisan terbaru dalam BLOG Chedet yang menyatakan tentang tahap sokongan terhadap UMNO tidak banyak mencerminkan perubahan sejak DS Najib mengambil-alih kepimpinan UMNO?Adalah lebih BAIK ahli-ahli UMNO mengambil berat apa yang diperkatakan dalam tulisan tersebut kerana memang ada keBENARan yang cuba ditunjukkan..

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html#more

Benarkah UMNO sudah PULIH seperti yang diwar-warkan oleh media pro-BN? Benarkah keputusan pilihanraya DUN Bagan Pinang membuktikan UMNO kembali mendapat sokongan rakyat seperti yang diMOMOKkan oleh media? Jika ditakdirkan pilihanraya DUN Kota Siputeh berlangsung, mampukah UMNO mengekalkan sokongan di sana?

Sebenarnya UMNO kena sedar tahap sokongan terhadap mereka tidak banyak berubah.. Walaupun rakyat bukannya sukakan DAP, PKR dan PAS, namun mereka lebih meluat dengan UMNO kerana merasakan undi yang mereka berikan kepada UMNO setiap kali pilihanraya DIKHIANATI dengan terpilihnya beberapa pemimpin yang mementingkan 'PERUT BUNCIT' masing-masing dalam parti.. Adakah UMNO merasakan mereka diterima oleh golongan seperti:-

1) GOLONGAN MUDA PROFESIONAL

Golongan ini merupakan golongan terpelajar dan rata-rata mereka berusia sekitar 20 hingga 40an.. Ramai di antara mereka adalah profesional yang bekerja di sektor minyak dan gas, pembinaan, kejuruteraan dan kedoktoran.. Namun, anda jangan terkejut jika mendapati sebahagian besar mereka tidak menyenangi kerajaan sekarang dan tidak ragu-ragu untuk memberikan sokongan kepada bukan UMNO pada pilihanraya berikutnya.. Mereka tidak berMINAT dengan UMNO kerana UMNO cenderung meminggirkan golongan ini..

2) GOLONGAN PENDIDIK, PENGAJAR DAN INSTRUKTOR

Golongan ini sebenarnya rapat dengan kerajaan terutamanya dalam soal perlaksanaan dasar.. Namun, mereka juga amat rapat dengan RAKYAT terutamanya apabila mereka melihat sendiri nasib rakyat yang berhampiran dengan tempat mereka bertugas.. Malah, golongan ini mempunyai idealisme mereka sendiri terhadap UMNO dan mampu pula mempengaruhi pihak yang menimba ilmu dengan mereka untuk menolak UMNO..

3) GOLONGAN DALAM SEKTOR PERUNDANGAN

Golongan ini sebenarnya boleh dikatakan tidak pernah 'KAMCENG' dengan UMNO.. Walaupun ada beberapa peguam dalam UMNO, namun itu kerana kepentingan untuk menjalankan bisnes guaman mereka, bukan kerana mereka ingin memperjuangkan apa yang UMNO perjuangkan.. Tahap intelektual golongan ini membuatkan mereka dihormati oleh golongan kelas pertengahan di bandar-bandar seperti KL, Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya.. Sebab itu UMNO tidak mendapat sambutan di sini..

Namun, tidak KETERLALUAN jika dikatakan UMNO sangat-sangat MEMENTINGkan golongan dinyatakan berikut ini walaupun mereka ini sebenarnya cuma beberapa kerat sangat dalam UMNO:-

4) GOLONGAN KONTRAKTOR, 'BISNESMAN' DAN 'BROKER' CARI MAKAN MELALUI KONTRAK KERAJAAN

Inilah golongan yang membuatkan UMNO dipandang SINIS dan tidak disenangi rakyat.. Jika anda beranggapan golongan ini adalah usahawan yang dilahirkan menerusi dasar-dasar UMNO seperti DEB, anda SILAP.. Golongan usahawan DEB sebenarnya sudah lama DIPINGGIRkan dalam UMNO! Golongan ini sebenarnya lebih ramai mengkagumi SINGAPURA dan syarikat-syarikat asing di mana mereka bernaung untuk mendapatkan KONTRAK kerajaan.. Golongan inilah yang banyak meMUSNAHkan kredibiliti agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan(GLC) seperti BERNAS dan BERNAMA TV.. Golongan ini lah yang menguasai HIERARKI atau 'KASTA' kepimpinan dalam UMNO sekarang ini!

5) GOLONGAN ARTIS DAN PENGHIBUR

Apabila ada keMEWAHan, adalah HIBURAN.. Malah bukan asing lagi untuk dikatakan jika UMNO menjadi PLATFORM untuk mencari POPULARITI atau 'GLAMOUR' untuk diri sendiri.. Rasanya tanpa UMNO, payah golongan ni nak cari makan.. Bukankah Ketua Pemuda UMNO sendiri yang menjadi 'MODEL FESYEN SAMBILAN' merupakan salah seorang daripada mereka ini? KAH!KAH!KAH!

Kita tidak mahu mengajar UMNO.. Biarkan UMNO menentukan nasibnya sendiri.. JIKA DITAKDIRKAN UMNO MENJADI SI LUNCAI YANG TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN! Ini kerana apa yang kita mahukan hanya menyampaikan suara rakyat dan apa persepsi rakyat terhadap UMNO yang telah diamanahkan dengan undi rakyat.. Kita tahu yang jadik PENYAKIT dalam UMNO bila ada beberapa orang yang masuk UMNO tapi PERASAN macam mereka tuh dah BERJASA besar.. Golongan ini anda boleh jumpa dalam forum-forum POLITIK tertentu.. Namun, semuanya terpulang kepada UMNO sendiri.. Kot TENGGELAM nanti, jangan SALAHkan rakyat pulak!

Wallahualam..

1 comment:

  1. Salam,
    Saya meyokong 100% apa yang tertulis di blog saudara. Begitulah juga apa yang berlaku di tempat saya, UMNO ni sekarang boleh dikatakan sedang nyawa-nyawa ikan.Rata-rata rakyat tidak menerima kepimpinan sekarang walaupun bermacam-macam janji dan perubahan yang dilakukan. Sebenarnya rakyat amat merindui kepimpinan yang lalu yang rasanya tidak akan ditemui lagi dalam masa yang terdekat ini.

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan