Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, January 19, 2010
Menantu Pok Nik VS Menantu Pak Lah :- Siapa menCONTOHi siapa?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
HE!HE!HE!
HE!HE!HE!
HE!HE!HE!
Kekadang tu KELAKAR jugak bila kita baca tentang KISAH menantu Pok Nik MB Kelantan nih.. Ye la.. Dalam pada kita dok mengata dan mengutuk menantu Pok Nik, kita jangan LUPAkan pulak tentang kisah menantu Pak Lah, bekas PM ke-5 yang jugak merupakan pesalah POLITIK WANG dalam pemilihan UMNO yang lepas.. Bukan apa, jika kita teliti 'KELICIKKAN' mereka berdua 'memperKUDAkan' pak mertua masing-masing, memang SAMA, SERUPA dan SEBIJIK 100%.. Ini siapa belajar dengan siapa nih? KAH!KAH!KAH!
Seorang penulis BLOG telah mendedahkan tentang bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan telah 'MEMBELI SEMULA' lot aras bawah Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta selain menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar untuk pembinaan bangunan berkenaan sedangkan ukuran sebenar tapak bazar itu hanya 0.6hektar.. Dengan KATA lain, kerajaan negeri Kelantan telah keluar duit dua kali untuk Bazar Tok Guru ini sahaja.. Almaklumlah, bukan duit Pok Nik sendiri.. Duit kerajaan negeri(duit cukai rakyat) katakan..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
Namun, kita ingin menarik perhatian anda SEMUA tentang MODUS-OPERANDI yang sama yang dikaitkan dengan menantu Pak Lah pulak.. CUBA anda ingat kembali tentang bagaimana 31% saham-saham Pantai Holdings yang telah dijual kepada Parkway Holdings kemudiannya dibeli kembali oleh agensi pelaburan negara.. Penjualan tersebut dikaitkan dengan peranan ECM-LIBRA yang mana menantu Pak Lah merupakan salah seorang pemegang saham utama.. BUKAN KE MODUS-OPERANDINYA SAMA AJE? HE!HE!HE!
http://harakah.hizbi.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=283:bagaimana-khairy-membeli-saham-ecm-libra&catid=1:utama&Itemid=50
Bukan itu sahaja, penjualan MV Augusta kepada GEVI-SPA, usaha untuk membina LCCT baru di Labu, Negeri Sembilan dan penswastaan IJN jugak antara isu-isu yang dikaitkan dengan menantu Pak Lah yang mengundang kritikkan dan cemuhan maha dahsyat oleh para blogger sepanjang tahun 2007 dan tahun 2008.. Ada yang berjaya 'diGAGALkan', dan ada jugak yang berjaya dilaksanakan seperti kes penjualan MV Augusta sebanyak 1 Euro.. Yang NYATAnya urusniaga yang dilaksanakan turut melibatkan kepentingan rakyat melalui GLC-GLC tertentu di mana duit rakyat dilaburkan menerusi agensi-agensi pelaburan kerajaan yang melabur ke dalam GLC-GLC tersebut..
Kita tak tahulah samada menantu Pok Nik mencontohi menantu Pak Lah atau sebaliknya.. Namun, tindak-tanduk mereka ini jelas sekali meRUGIkan kerajaan yang dipimpin pak mertua masing-masing dan seterusnya rakyat.. Rakyat mengAMANAHkan kuasa kepada pemimpin, MALANGnya pemimpin pulak sewenang-wenangnya 'MENYERAHKAN' kuasa kepada ahli keluarga mereka yang TIDAK pun dipilih rakyat.. Yang jadik MANGSA adalah rakyat.. Adakah rakyat patut bertolak ansur lagi dengan kelakuan si menantu para pemimpin yang macam hantu ini?
TAK SANGKA KEBETULAN ADA PERSAMAAN ANTARA MEREKA BERDUA.............
Wallahualam..
kah..kah..padan muka aku
ReplyDelete