Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, January 12, 2010
UMNO kata mereka JUARA RAKYAT, tapi rakyat tengok Ketua Pemuda UMNO kata UMNO juara 'RA**AH'?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Salah satu 'PENYAKIT' para pemimpin UMNO semenjak pemerintahan PM ke-5 lagi ialah mereka SUKA sangat menCIPTA SLOGAN yang mereka sendiri TIDAK faham dan tidak tahu pengISIannya.. Entah kenapa mereka suka sangat berbuat demikian, kita pun tak tahu? Kali INI, sekali lagi UMNO telah menCIPTA satu SLOGAN yang sebenarnya MUDAH UNTUK DILAFAZKAN TETAPI SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN.. Rasanya tak mana pun SLOGAN nih..
UMNO JUARA RAKYAT..
Itulah satu lagi SLOGAN terbaru ciptaan UMNO.. Nampak macam GAH, hebat, berSEMANGAT dan ada motivasi.. Namun, untuk siapa SLOGAN ini diKHUSUSkan? Untuk orang UMNO sendiri atau untuk RAKYAT? Siapa 'TARGET' bagi slogan ini? RAKYAT? Rakyat mana? Rakyat Malaysia ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, orang Asli dan lain-lain.. Jadik UMNO nih juara RAKYAT yang mana? KeSEMUA rakyat? Kalau BETUL, kenapa UMNO nyaris tumbang pilihanraya LEPAS? Takkan rakyat masa tu tak TAHU yang UMNO nih sentiasa jadik JUARA kepada rakyat?
ATAU..........
Adakah ini SATU lagi SLOGAN yang diILHAMkan oleh Ketua Penerangan UMNO yang mendapat IDEA semasa berlakon sebagai PENOREH GETAH di Manek Urai tahun lepas? Almaklumlah.. Kalau BAB bagi cadangan MENGARUT atau memBODOHkan rakyat, takde sapa lagi dah dalam UMNO selain dia ketika ini.. Mampukah dia memberi penjelasan apa yang diMAKSUDkan dengan slogan tersebut?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive
TERUS-terang katalah.. Rakyat TAK nampak pun UMNO sebagai JUARA RAKYAT.. Tambah pulak bila LIHAT gelagat Ketua Pemuda UMNO pesalah POLITIK wang dan KONCO-konconya bermaharajalela dalam UMNO dan kerajaan, rakyat makin meluat dan semakin sukar nak mempercayai UMNO sebagai juara rakyat.. PERSEPSI rakyat terhadap UMNO tidak banyak berubah.. Malah diKHUATIRI jika UMNO terus berSLOGAN seperti ini, ianya pasti akan 'BACKFIRE' balik nanti..
Kalau UMNO ingin menjadi JUARA RAKYAT, pertama sekali UMNO harus berani berubah dan membersihkan parti sendiri daripada unsur-unsur TIDAK sihat contohnya seperti POLITIK WANG yang menyebabkan rakyat meluat.. Jika benar UMNO mahu menjadi JUARA rakyat, SILAlah 'HUMBAN KELUAR' para pesalah POLITIK wang daripada UMNO! Ada BERANI? Itu yang rakyat mintak jika UMNO ingin menjadi juara mereka!
UMNO tak perlu pun berSAING dengan pembangkang melalui penciptaan slogan ala-ala IKLAN sabun kat TV! Rakyat dah tahu menilai dan ramai rakyat yang jauh lebih CERDIK berbanding segelintir pemimpin UMNO ketika ini.. Terlampau banyak masalah dan isu-isu yang UMNO harus tangani jika ingin menampilkan diri sebagai juara RAKYAT.. Malah, masalah-masalah tersebut bukan daripada rakyat sebaliknya berpunca daripada keLEMAHan dan keALPAan UMNO sendiri.. Jika ini semua ditangani, tak payah SLOGAN pun rakyat akan mengiktiraf UMNO sebagai juara mereka..
Setakat ini, rakyat melihat UMNO sendiri menentang dasar-dasar mereka yang selama ini memperlihatkan mereka sebagai juara RAKYAT semasa kepimpinan 4 PM terdahulu.. Orang Melayu melihat hak-hak mereka yang diperjuangkan UMNO selama ini telah diABAIkan dan dilupuskan atas alasan demi menjaga kepentingan bukan Melayu.. Namun, sokongan bukan Melayu terhadap UMNO tak banyak berubah pun? Rakyat mana yang UMNO kata mereka jadik JUARA nih?
Nak jadik JUARA rakyat bukan senang oiii!!! Tak percaya, tanya SUPERMAN, SPIDERMAN, BATMAN, CICAKMAN dan apa-apa 'MAN' lagi! KAH!KAH!KAH!
HARI TUH YB-YB UMNO NAK MASUK PARLIMEN MENGUNDI LULUSKAN BAJET KERAJAAN PUN MALAS DAN LIAT, HARI NIH DAH KATA JADIK JUARA RAKYAT? KAH!KAH!KAH!
Wallahualam..
Pergfhhh, panas dan pedas, ur the best writer sir!
ReplyDeleteMemang dasyat betul artikel tuan ni, saya selalu ambil artikel tuan, harap tuan tak kisah sebab apa yang ada dalam hati saya itulah yang selalu ditulis tuan!
Tuan adalah yang terbaik, kalau ada masa sila email saya di parpukari@yahoo.com
selagi UMNO tak singkirkan pesalah politik wang yang masih berada dalam pentadbiran skrg ni...selagi itulah UMNO akan jadi " JUARA RASUAH" dan jangan berangan-angan Mat Jenin untuk jadi juara Rakyat....nak muntah aku
ReplyDeleteyang kata juara rakyat tu umno, utk umno, sapa2 yg bukan member dok diam2. tengok saja tunggu pru13.k
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteKalau betul UMNO juara RAKYAT, mereka seharusnya tak PILIH isu untuk membantu rakyat..
Ambik saja kes pijak kepala lembu kat Shah Alamn sebagai contoh.. Atas alasan apa UMNO berdiam diri sedangkan UMNO pun tahu mereka yang berdemonstrasi tu MARAH pasal kuil yang status asalnya kuil haram dipindahkan berhampiran kediaman mereka?
Malah, TV3 pun tak perlu ada rancangan baru 'ADUAN RAKYAT' untuk mereka kemukakan masalah rakyat jika UMNO benar-benar JUARA rakyat..
Cuba tengok sekarang ini Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan Wanita UMNO.. Adakah kita melihat mereka 'AKTIF' dan 'PEKA' terhadap kesusahan rakyat atau hanya mengikut musim dan sekali-sekala prihatin bila ada publisiti oleh media?
Wallahualam..