Tuesday, March 02, 2010

Negara semakin MAJU, rakyat pulak semakin menjadi JAHILIYYAH..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Baru memasuki bulan ketiga tahun 2010, terlampau BANYAK berita yang memaparkan keKEJAMan orang kita terhadap BAYI dan kanak-kanak.. Malah, ada di antara keKEJAMan itu sangat sukar diTERIMA dan sukar untuk dipercayai bahawa di zaman ini masih berlaku lagi perbuatan JAHILIYYAH sedemikian rupa.. APA sudah jadi? Apakah yang telah berlaku ke atas rakyat negara ini?

- Kita dok kata ZIONIS bunuh anak-anak Palestin tapi orang KITA sendiri sanggup BAKAR bayi yang baru lahir dalam TONG sampah..

- Kita dok kata Arab Jahiliyyah TANAM anak perempuan hidup-hidup tapi orang KITA pulak sanggup 'FLUSH' bayi yang baru LAHIR dalam lubang jamban..

- Kita dok kata orang Barat suka GUGURkan anak tapi orang KITA pulak tak GUGURkan sebaliknya kasi beranak lepas tuh lempar dalam parit..

- Kita kata Jepun masa perang dulu KEJAM tapi orang KITA pun zaman la ni 2X5 jugak KEJAMnya sampaikan sanggup REMBAT kepala budak umur 3 tahun dengan KAKI yang pakai 'BOOT' bola?

Apa yang diPAPARkan di atas anda boleh CARI sendiri dalam akhbar-akhbar PERDANA sekitar 3 bulan yang lepas.. Sungguh menakutkan, KEJI dan menyedihkan.. Nak kata kita semua berada di zaman peperangan atau DARURAT macam Kemboja zaman Pol Pot, TAK jugak? Kenapa jadik BEGINI?

Adakah semakin NEGARA ini memburu keMAJUan maka semakin RAMAI orang kita kembali menjadi umat JAHILIYYAH atau pun orang zaman batu? Kenapakah kita GAGAL menyeimbangkan KEMAJUAN yang dicapai dengan sikap-sikap yang menunjukkan kita ini orang yang berTAMADUN dan ada TATA-SUSILA?

APA yang TAK kena ini?

ANAK adalah anugerah Tuhan.. Namun, anugerah itu bukan berMAKNA kita berhak dapat bila-bila masa.. Sebab itulah untuk mendapatkan anugerah itu kita kena ada IKATAN perKAHWINan dan keKELUARGAan.. Baik apa BANGSA sekalipun, seharusnya diHARAMkan sebarang perhubungan yang TIDAK dijalinkan menerusi perKAHWINan.. Ini patut dikuat-kuasakan oleh kerajaan..

Malangnya, kerajaan sendiri sanggup bagi 'PELEPASAN' mengikut sesuatu KES.. Ada pulak yang LAHIRkan anak luar NIKAH tanpa ikatan perKAHWINan tapi didaftarkan pulak semacam anak-anak yang SAH atau dilahirkan menerusi perKAHWINan di Jabatan Pendaftaran.. Walaupun mereka bukan beragama Islam, namun apa agama sekali pun TETAP menghalang perhubungan lelaki dan WANITA tanpa ikatan perKAHWINan? Adakah kerajaan sanggup berTANGGUNG-JAWAB jika mereka yang tak mendapat 'PELEPASAN' sebegini terpaksa memBUANG anak-anak mereka seperti yang kita baca dalam akhbar-akhbar semata-mata untuk menutup MALU mereka?

Sekarang INI gejala buang ANAK dan jugak GEJALA 'memBUNUH' anak sungguh menakutkan.. Namun, kalau diTELITI betul-betul, hanya 2 FAKTOR yang menyebabkan GEJALA dahsyat ini berlaku.. Nak TAHU?

1) POLITIK TIDAK TERKAWAL

Kita terlampau KUAT berPOLITIK hinggakan kita lupa untuk menjaga kesejahteraan RAKYAT.. Semua perkara kita POLITIKkan.. Malah, semua golongan masyarakat kuat main POLITIK.. INIlah yang berlaku apabila alim-ulama sendiri pun main POLITIK hingga LUPA kepada tanggung-jawab mereka untuk menegur atau membimbing masyarakat ke jalan yang diredhai.. Golongan pemimpin pulak berPOLITIK untuk menjaga kepentingan PERUT BUNCIT masing-masing hingga LALAI untuk memimpin masyarakat dengan nilai-nilai MURNI..

2) HIBURAN TANPA BATASAN

Anda boleh LIHAT di bagaimana BUDAYA suka berHIBUR ala barat telah menjerumuskan ramai muda-mudi kita ke dalam GEJALA sosial.. Malangnya, langsung TIDAK ada usaha untuk mengawal atau pun untuk memberi kesedaran terhadap masalah INI.. Malah, apa sahaja yang dilakukan pada HARI ini MESTI disertakan dengan HIBURAN.. Kita GAGAL mengawal bentuk HIBURAN yang sepatutnya.. Di sini sekali lagi kita LIHAT keGAGALan kita untuk menyeimbangkan tuntutan kemajuan NEGARA dengan tuntutan INTEGRITI atau AKHLAK mulia..

KITA tidak perlu YAKIN bahawa keKEJAMan seperti yang dipaparkan di atas akan berhenti.. Sudah tentu TIDAK kerana 2 faktor yang dinyatakan akan terus WUJUD akibat SIKAP kita sendiri.. Di dalam Al-Quran sudah tercatat bagaimana umat terdahulu seperti umat Nabi Hud AS, umat Nabi Saleh AS dan umat Nabi Luth AS dilenyapkan dari muka BUMI ini.. Nampaknya kita juga semakin menuju ke arah itu jika merujuk keKEJAMan terhadap diri sendiri yang kita lakukan..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan