Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, April 14, 2010
Zaid Ibrahim sebagai calon Hulu Selangor -> TerBUKTI ahli-ahli PKR lain sekadar SAMPAH pada pandangan Penasihat PKR sendiri..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Mungkin pada pandangan BN pencalonan Zaid Ibrahim sebagai calon untuk PRK Hulu Selangor akan meMUDAHkan kerja mereka.. Mungkin jentera BN berasa SELESA untuk meMENANGi kerusi tersebut walaupun mereka letakkan siapa saja dari kalangan MIC.. Mungkinkah BEGITU? Kalau mengikut kenyataan para pemimpin BN dalam media, memang MACAM tu lah nada mereka.. KONFIDEN macam boleh menang.. Namun, adakah itu tujuan sebenar Zaid Ibrahim diCALONkan oleh Penasihat PKR?
Zaid Ibrahim yang pernah diLANTIK sebagai Menteri di JPM semasa dalam KABINET PM ke-5 sudah tentu mempunyai segala AKSES terhadap keLEMAHan pentadbiran PM ke-5 sebelum ini.. Pelantikkan Zaid Ibrahim sebagai Menteri pada masa BN mengalami keMEROSOTan undi yang amat KETARA dan menciota SEJARAH sudah tentu hasil perMAINan POLITIK orang-orang tertentu dalam UMNO.. Kita TIDAK tahu siapa yang mengUSULkan namanya, tetapi SIAPA lagi pada masa itu yang mampu mempengaruhi PM ke-5 selain daripada menantu terSAYANG yang juga mempunyai 'TRACK RECORD' dalam pemilihan UMNO sama seperti Zaid Ibrahim? Mereka sama-sama diDAPATi berSALAH mengamalkan POLITIK WANG.. Cuma Zaid Ibrahim kena HUKUM, yang menantu tuh TAK kena apa-apa..
Mungkin ada STRATEGI tersembunyi dan jika BN KALAH dengan calon sebegini, lebih baik BN diBUBARkan lalu kasi TANAM hidup-hidup.. BN pada masa ini masih bergelut tentang siapa yang sesuai jadik CALON.. MIC masih meLOBI dan mengHARAPkan Timbalan Presidennya dipilih KONONnya atas alasan Hulu Selangor adalah kerusi TRADISI mereka.. Label 'KAWASAN TRADISI' sedikit sebanyak menjejaskan BN pada mata RAKYAT kerana seolah-olah menafikan hak rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka MAHU.. Walaupun RAMAI Menteri UMNO membuat kenyataan KENAL siapa Zaid Ibrahim ini tapi adakah mereka itu yang akan TURUN padang buat pendedahan?
Pihak PKR jugak sebenarnya agak RAGU untuk memastikan kemenangan mereka di Hulu Selangor.. INI kerana mereka jugak SUKAR menerima pencalonan orang macam Zaid Ibrahim ini khususnya orang-orang Melayu.. Walaupun secara ZAHIRnya nampak seolah-olah mereka SEPAKAT semasa pencalonan malam semalam, namun ternyata mereka jugak GUSAR tentang POTENSI untuk calon mereka ini MENANG..
Selain kerana dia bukan anak tempatan di Hulu Selangor, Zaid Ibrahim jugak telah memBUKTIkan bahawa Penasihat PKR memang benar-benar mengamalkan KRONISME dan NEPOTISME.. Dengan KATA lain, hanya orang yang jadik ahli biasa dalam PKR tuh janganlah berangan-angan atau mempunyai CITA-CITA tinggi sangat dalam POLITIK.. Mereka yang jadik AHLI biasa seharusnya mengakui bahawa mereka HANYALAH tahap SAMPAH atau NAJIS aje pada pandangan mata Penasihat PKR.. Walaupun ahli-ahli PKR masih SYOK SENDIRI tentang tahap keSETIAan mereka terhadap parti mereka, mereka langsung tak WUJUD pun pada pandangan mata Penasihat PKR..
Kita KATAkan sedemikian hanya kerana satu SOALAN:- BERAPA LAMAKAH ZAID IBRAHIM TELAH MENGANGGOTAI PKR?
5 Tahun? 10 Tahun? Atau cuma baru 2 Tahun selepas pemecatannya dari UMNO? Dah berapa LAMA? Bagaimana pulak dengan ahli-ahli PKR sendiri yang jauh lebih LAMA menganggotai parti itu sendiri sejak Penasihat PKR masih 'bermastautin' di JEL Sungai Buloh lagi? Di manakah Penasihat PKR meletakkan tahap keSETIAan mereka? Bukankah ini SAHAJA sudah memBUKTIkan mereka semua INI hanyalah di bawah tapak kasutnya sahaja?
Dengan KATA lain, Zaid Ibrahim yang masih diKIRA baru dalam PKR sendiri telah diberikan 'LESEN BESAR' oleh Penasihat PKR sendiri.. Kita percaya INIlah tujuan Zaid Ibrahim masuk PKR dan keluar dari UMNO.. Dia cukup FAHAM bagaimana UMNO telah menerima pengajaran secukupnya dalam PRU tahun 2008 AKIBAT terlampau MEMUJA menantu PM ke-5 hingga sanggup memberikan jawatan dalam PARTI dan menjadi calon PRU sebegitu MUDAH.. Sudah tentu orang seperti Zaid Ibrahim yang suka mencari 'JALAN PINTAS' tidak akan diterima sebegitu MUDAH dalam UMNO.. Sebab itulah PKR menjadi pilihannya kerana asalkan RAPAT dengan Penasihat PKR, mudah saja mendapat jawatan..
Apa pun, terpulanglah kepada parap penyokong PKR sendiri untuk menilai siapa mereka.. Kot tak FAHAM-FAHAM lagi, tak tahu la.. Penasihat PKRlah sebenarnya yang memulakan BUDAYA seperti KRONISME dan NEPOTISME dalam UMNO yang selalu dikutuk dan dicaci oleh penyokong PKR ketika ini.. Sekarang ini, apabila dia sendiri mengulangi perbuatannya dalam partinya sendiri, penyokong PKR nak kata apa? BODO KAYU le jawabnya! KAH!KAH!KAH!
Wallahualam..
Apa juga pandangan penisihat PKR terhadap ahli-ahli yang lain dalam PKR, itu adalah hak mereka didalam mentabir parti mereka terpulanglah kapada ahli-ahli mereka.
ReplyDeleteKalau N Aziz pernah dikatakan sebagai ulamak terompah mungkin begitu jugalah angapan Anuar terhadap ahli PKR yang lain digunakan apabila perlu kejamban sahaja.
Apa-apa pun pada permerhatian saya Anuar mempunyi stretigi tertentu dalam mencalonkan Zahid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor , target beliau adalah pada pengundi-pengundi Cina yang jumlah agak besar dan pengundi India yang tidak berpuas hati dengan calon dari MIC dan jangan lupa pengundi Melayu yang kecewa .
Mungkin pada pandangan dasar Zahid tidak begitu digemari olih pengundi Melayu kerana sebab tertentu tetapi dimata orang Cina Zahid diangap hero yang berani menyongsang arus dan juga pandangan libral Zahid terhadap kaum-kaum lain bukan Melayu dan ugama Islam yang selari dengan citarasa mereka.
Mungkun BN memandang mudah terhadap Zahid ,tapi tu kan biasa buat BN ,terutama UMNO ,memberi gambaran mereka masih belum berubah dan insaf.
Sekira perkiran Anuar ini tepat sama-sama kita nantikan keputusanya. Keputusan mungkin berbeza kalau calon BN dari kalangan UMNO atau ustaz Ravi dari MIC.
1 sekolah > 1 bahasa > 1 Malaysia
Cara pemikiran kepala otak bangsa cina ni unik dari bangsa melayu & india.
ReplyDeletePRK bagi mereka tak berapa penting. Bagi mereka calun manusia jenis apapun kalau menang/kalah sekalipun tak akan mengubah kerajaan Negeri Selangor. Mereka lebih bersemangat pada PRU. Kemungkinan peratus bangsa cina keluar mengundi tak berapa tinggi.
Yang bersemangat nanti bangsa melayu & india je. Harap bukan manusia jenis bodoh sudahle.