Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, May 05, 2010
Wujudkan Suruhanjaya Diraja seperti yang dikehendaki TETAPI pastikan pemberi KETERANGAN PALSU diHUKUM seberat-beratnya!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kita melahirkan rasa SIMPATI dengan ahli keluarga seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis akhir bulan lepas.. Memang SEDIH apabila kejadian tembak-menembak sebegini yang hanya WUJUD di negara-negara barat turut berlaku di negara KITA ini.. Kita jugak TIDAK nampak keWAJARan untuk seorang remaja 15 tahun diTEMBAK walaupun seBERAT mana pun keSALAHannya.. INI kerana, mengikut undang-undang, dia masih boleh diKIRA pesalah JUVANA jika didapati berSALAH sekalipun.. Habis BERAT hukuman pun kena masuk Sekolah Henry Gurney bukannya diTEMBAK macam penjenayah yang sering diBELA oleh ahli-ahli POLITIK tertentu..
Untuk itu, KITA mengALU-ALUkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat KES ini.. Ya.. Memang KES ini BERAT dan meMALUkan imej pasukan POLIS.. Malah, SUDAH ada tanda-tanda KES ini akan diPOLITIKkan dengan menjadikan POLIS sebagai KAMBING HITAM seperti mana SPRM dalam KES Teoh Beng Hock.. Pada kita, yang SALAH tetap SALAH tetapi apa yang perlu dicapai adalah keADILan untuk semua PIHAK.. Bukannya keADILan yang mengikut fahaman atau kepentingan ahli-ahli POLITIK tertentu.. Oleh itu, INISIATIF kerajaan menubuhkan PANEL KHAS untuk menyiasat kes INI amat dialu-alukan.. Cuma KITA rasa PANEL KHAS ini patut diNAIK-TARAFkan menjadi Suruhanjaya Diraja seperti yang dikehendakki oleh semua..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
NAMUN DEMIKIAN,
Kita jugak menuntut agar Suruhanjaya Diraja INI mempunyai KUASA untuk menasihati badan keHAKIMan negara agar MENGENAKAN HUKUMAN KERAS TERHADAP SESIAPA YANG MEMBERIKAN KETERANGAN PALSU DALAM SIASATAN KES INI!
Seperti yang KITA katakan tadi, KES ini sebenarnya telah pun dicampur-aduk dengan kepentingan POLITIK pihak-pihak tertentu.. Malah, mereka jugak menSENSASIkan KES ini bukan KERANA ingin membela pihak berkenaan sebaliknya kerana ingin berSIKAP "Tidak dapat TANDUK, telinga diPULAS".. Sudah tentu pihak-pihak INI ingin seBOLEH mungkin untuk mengaitkan pihak TIDAK berkenaan seperti Ketua Polis Negara yang mereka MUSUHi ke dalam KES ini.. Jika ini HASRAT mereka, sudah tentu ianya lari daripada prinsip keADILan yang sepatutnya..
Suruhanjaya Diraja yang diTUBUHkan WAJAR menyiasat segala keterangan SAKSI termasuk yang diHEBAHkan menerusi MEDIA seperti di BAWAH secara TELUS dan profesional..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Kita percaya SAKSI utama kes ini seorang yang BERANI.. Jika TIDAK, takkanlah pada usia 15 tahun dah BERANI bawak kereta? SAKSI yang diSIASAT oleh Suruhanjaya Diraja INI jugak seharusnya berSEDIA untuk menJAWAB segala persoalan yang dikemukakan termasuk DAKWAAN dipukul oleh POLIS dan sebagainya tanpa perlu memBERIkan alasan seperti TRAUMA, takut dan sebagainya.. Pihak Suruhanjaya Diraja jugak wajar menyediakan PAKAR-PAKAR yang dikehendaki untuk menyiasat segala bentuk DAKWAAN yang dikemukakan.. Kalau segala ALASAN seperti TRAUMA dan sebagainya ditimbulkan untuk mengelakkan diri disoal-siasat, BUAT apa beriya-iya NAK mintak tubuhkan Suruhanjaya Diraja?
Jika terBUKTI wujudnya keterangan PALSU dari mana-mana PIHAK, Suruhanjaya Diraja WAJAR meminta agar pemberi KETERANGAN PALSU dan mereka yang berSUBAHAT dihadapkan ke MAHKAMAH dan diHUKUM seBERAT-BERATnya.. INI bukan perkara BARU kerana di negara-negara BARAT yang jugak mengamalkan DEMOKRASI, pemberi KETERANGAN PALSU biasa diHUKUM dengan seberat-berat HUKUMAN tanpa mengira pangkat atau kedudukan.. Sebagai sebuah NEGARA yang mengamalkan 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG', kita wajar menerapkan pemahaman sebegini agar selaras dengan tuntutan perlembagaan negara..
Jika didapati WUJUDnya campur tangan berunsurkan POLITIK daripada pihak-pihak tertentu, pihak Suruhanjaya Diraja wajar diberikan KUASA untuk mengatasinya termasuk bertindak mengikut aspek perundangan.. Malah, mana-mana ahli POLITIK yang cuba campur tangan jugak seHARUSnya dikenakan HUKUMAN BERAT sebagai pengajaran agar tidak sewenang-wenangnya memPOLITIKkan sesuatu ISU.. Jika TIDAK, kredibiliti Suruhanjaya Diraja jugak yang akan diperSOALkan kelak oleh mereka INI.. Kita TIDAK mahu jadik seperti KES Video Linggam yang akhirnya terBUKTI tak ada KES pun! Akibatnya, RUGI aje buat Suruhanjaya Diraja..
Jika INIlah bentuk keADILan yang hendak dicapai, maka seWAJARnya kita menyokong sePENUHnya cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat KES ini.. TIDAK perlu mana-mana PIHAK rasa TAKUT atau GUSAR kerana MUSTAHIL untuk mendapat keADILan jika kita tiada keBERANIan untuk mencapainya..
Wallahualam..
Persepsi aku:
ReplyDeleteTengok muka selambe derk budak ni aku sangsi bro....
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteHE!HE!HE!
Budak-budak sekarang tak sama dengan budak-budak dulu..
Sekarang ni, BUNUH orang pun ada..
Semuanya atas didikan mak bapak diorang.. Biasanya yang jenis ganas-ganas nih pasal mak bapak dia menganut 'fahaman' Pok Nik Alaihissalam la tuh......... HE!HE!HE!
Wallahualam..