Wednesday, June 23, 2010

Kalau nak MANSUHkan sangat, gantikan aje UPSR dan PMR dengan SILIBUS program rancangan REALITI TV..


ASSAALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kenapa agaknya sistem pendidikan NEGARA ini diROJAKkan sedemikian rupa? Itulah PERSEPSI kita terhadap cadangan kerajaan untuk meMANSUHkan UPSR dan PMR.. Sampai sekarang KITA tak nampak apa RASIONALnya cadangan 'PEMANSUHAN' ini sehingga hari INI.. Malah, kita jugak nampak seolah-olah IDEA peMANSUHan ini macam cara pemikiran 'SHORT-CUT' para Menteri Kabinet 1 Malaysia dalam menangani sesuatu ISU.. Cara pemikiran yang diWARISi sejak zaman 'KETERBUKAAN' PM ke-5 dahulu lagi..

Dulu ada LCE, MCE digantikan pulak dengan Penilaian Darjah 5 dan SRP kemudian diganti pulak dengan PMR dan UPSR.. Dengan KATA lain, apabila bentuk pembelajaran semakin bercambah, maka perlulah diwujudkan satu bentuk penilaian untuk mengukur TAHAP pemahaman para pelajar.. Penilaian inilah dizahirkan dalam bentuk peperiksaan seperti UPSR dan PMR.. Tanpa penilaian sedemikian, siapa pun tak akan TAHU secerdik mana para pelajar ini dalam memahami apa yang mereka pelajari.. Malah, sistem penilaian mengikut peringkat pembelajaran INI diguna-pakai hampir semua NEGARA di dunia.. Kat US dan Jepun ada penilaian untuk para PELAJAR mengikut peringkat UMUR seperti ini..

Kita PELIK kenapa agaknya kerajaan nak GUNAkan perkataan 'PEMANSUHAN' untuk UPSR dan PMR? Kita boleh TERIMA kalau perkataan tersebut adalah 'PENAMBAH-BAIKKAN' atau 'PENILAIAN SEMULA' tetapi sehingga KINI perkataan yang digunakan adalah 'PEMANSUHAN'.. Dengan KATA lain, memang nak BUANG terus peperiksaan INI daripada sistem pendidikan NEGARA.. Kenapa sampai TAHAP begitu? Adakah OBJEKTIF peperiksaan ini TERUK atau kerana pihak yang menduduki peperiksaan ini GAGAL mencapai OBJEKTIF? Adakah satu-satunya penyelesaian adalah 'PEMANSUHAN' atau sememangnya idea 'PEMANSUHAN' ini dikemukakan kerana MALAS nak fikir secara mendalam, SAMA seperti 'PEMANSUHAN' PPSMI seperti yang telah dilakukan sedikit masa dahulu?

Jika kita meRUJUK balik PPSMI, objektif sebenar adalah untuk memBOLEHkan para pelajar menguasai SAINS dan MATEMATIK bagi tujuan menjadikan negara ini maju dalam kedua-dua bidang ILMU tersebut.. Namun, akibat diPOLITIKkan, maka jadiklah PPSMI mangsa KONONnya tidak menDAULATkan Bahasa Kebangsaan, tidak sayangkan Bahasa Kebangsaan dan sebagainya.. Yang PELIKnya, sehingga HARI ini pihak yang memperSOALkan dan memPOLITIKkan PPSMI tidak pulak memperSOALkan kenapa terdapat banyak sekolah aliran mengikut BAHASA di negara INI? Tidak pulak mereka meminta kepada kerajaan agar kesemua SEKOLAH pelbagai ALIRAN ini disatukan di bawah satu Bahasa Kebangsaan? TAKUT pulak?

Memang ada orang POLITIK berbeza pendapat berhubung dengan cadangan 'PEMANSUHAN' kedua-dua peperiksaan INI.. Konsesus BEBAS di Parlimen menyatakan BANTAHAN terhadap cadangan 'PEMANSUHAN' kedua-dua peperiksaan INI..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Sebaliknya Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG pulak menyatakan SOKONGAN terhadap cadangan 'PEMANSUHAN' PMR sahaja..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

TETAPI, pandangan Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG tu boleh diBAKUL-SAMPAHkan sahaja PASAL dia mana PERNAH ambil apa-apa JENIS peperiksaan pun di negara INI.. Cuba TANYA dia, dia ada ke SIJIL SRP, SPM atau pun Penilaian Darjah 5 yang sepatutnya dia ada seperti mana orang yang sebaya dengannya di negara INI? Oleh itu, JELAS sekali kenyataan DIA cuma sekadar nak cari PUBLISITI MURAHAN dan bukan kerana dia FAHAM pun apa RASIONALnya.. Rakyat pun TAK tahu, dia pulak yang TAHU? Anak-anak dia pun KECIK lagi nak ambik UPSR!

Ada jugak PANDANGAN yang KONONnya dari pihak ibu-bapa menyatakan SOKONGAN terhadap cadangan 'PEMANSUHAN' ini terutamanya untuk PMR..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Namun, kerajaan kena INGAT jugak, ZAMAN sekarang ni ramai jugak MAK-BAPAK jenis yang lebih MAHUkan anak-anak mereka terGEDIK-GEDIK dalam rancangan HIBURAN REALITI TV daripada MAHUkan anak-anak mereka mencapai 9A dalam PMR atau 5A dalam UPSR.. Malah, ada MAK-BAPAK yang sanggup berhabisan WANG agar anak-anak mereka menJUARAi rancangan REALITI TV berbanding berbelanja demi pendidikan anak-anak.. LEPAS tu SEDAP MULUT aje kata KONONnya anak-anak 'TENSION' kerana sistem peperiksaan memBEBANkan.. Kalau terBEBAN, kenapa anak orang LAIN boleh 'SCORE' sedangkan MAK BAPAKnya nak cari sesuap NASI pun 1/2 mati??

Nampak macam tak meRUJUK pakar-pakar pendidikan pun bila kemukakan cadangan 'PEMANSUHAN' ini SAMA seperti kerajaan meMANSUHkan PPSMI.. Biasalah.. BUAT dulu, NILAIkan kemudian.. Wajarkah PMR sahaja diMANSUHkan sedangkan silibus untuk PMR merangkumi segala macam perkara yang patut dikeTAHUi pada peringkat UMUR sedemikian? Wajarkah semuanya diLONGGOKkan semasa pelajar hendak menghadapi SPM? Kalau pada peringkat PMR pun mereka GAGAL nak faham, apakah LOGIKnya bahawa mereka akan FAHAM sepenuhnya bila ambil SPM 2 tahun kemudian? Mana yang lebih memBEBANkan pelajar tersebut? Takkan nak TURUNkan gred LULUS SPM semata-mata kerana soalan tingkatan 2 pun tak BOLEH jawab?

Anak Menteri dan ahli POLITIK takpelah pasal mereka banyak 'PELUANG KEDUA'.. Tak LULUS 'exam' dalam negara pun boleh carik makan pakai 'KABEL' mak bapak.. Mereka pulak DOK ubah dasar sana-sini untuk menyusahkan anak RAKYAT biasa.. Bila MANSUHkan PPSMI, kerajaan dikatakan terpaksa berBELANJA lebih untuk mengGAJI guru-guru Bahasa Inggeris.. Kali nih kalau 'PEMANSUHAN' ini diteruskan, ada le yang dapat MASUK TENDER baru pulak.. Tahun 2020 nak jadik negara MAJU, nak lahirkan MODAL INSAN cemerlang KONON.. Nak LAHIRkan lebih ramai 'PAKAR GEDIK' rancangan REALITI TV, banyak le nampaknye......

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan