Monday, August 16, 2010

Larangan Mahasiswa aktif berPOLITIK - Tidakkah Timbalan Menteri ini dilihat melawan KEPUTUSAN Kabinet?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita tertanya-tanya adakah KABINET kita yang diterajui oleh PM DS Najib dan TPM TS Muhyiddin sudah hilang INTEGRITI atau takut untuk berTEGAS? Ini kerana ada Timbalan Menterinya sendiri yang dilihat mengambil langkah bertentangan dengan keputusan KABINET yang tidak memBENARkan para SISAWAZA memasukki kancah POLITIK.. Kita tidak TAHU apakah Timbalan Menteri ini jugak GILA GLAMER seperti Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG yang jugak tidak menyetujui keputusan KABINET tersebut.. Namun, apabila dia membuat beberapa kenyataan TERBUKA walaupun KABINET telah membuat keputusan, TIDAKkah satu bentuk TINDAKKAN harus dikenakan ke atasnya?

Kabinet pada 11 Ogos 2010 lalu telah membuat kenyataan TEGAS tidak berSETUJU dengan saranan membenarkan penglibatan para SISWAZAH dalam POLITIK.. Oleh kerana ianya diPUTUSkan atas nama 'Keputusan KABINET', maka WAJIBlah anggota KABINET itu sendiri iaitu para Menteri dan timbalan masing-masing mematuhinya dan pada masa yang SAMA mereka seharusnya memberikan penJELASan kepada UMUM berkenaan keputusan KABINET tersebut..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm&arc=hive

Namun, kita HAIRAN seorang Timbalan Menteri seolah-olah mengambil keputusan bertentangan dan SEKALIGUS dilihat seakan mencabar TPM TS Muhyiddin yang mengUMUMkan keputusan tersebut?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-berpolitik-saifuddin-sedia-temui-sesiapa-termasuk-pemuda-pas/

Jadik, di manakah kewibawaan KABINET jika Timbalan Menterinya sendiri seakan enggan mematuhi keputusannya? Apakah KABINET masih belum belajar daripada PENGALAMAN lalu bersama Zaid Ibrahim semasa dia menjadi Menteri di JPM?

Kita mahu KABINET berTEGAS dengan apa yang diputuskan oleh mereka.. Kita sebagai RAKYAT sudah melihat bagaimana keputusan 'FLIP-FLOP' semasa KABINET di bawah pemerintahan PM terdahulu membawa kepada keHANCURan.. Adakah KABINET ketika ini masih mahu kewibawaan mereka dipertikaikan oleh RAKYAT hanya kerana mahu memberi MUKA kepada seorang dua 'SAMPAH' yang diberi jawatan Menteri atau Timbalan Menteri? Apakah penting sangat untuk melayan 'SAMPAH' yang SYOK sendiri dan seolah-olah menganggap DIRInya lebih MULIA berbanding orang lain dalam KABINET?

Berhubung dengan isu penghapusan AUKU untuk memBENARkan penglibatan siswazah dalam POLITIK, kita tidak mahu kerajaan TUNDUK kepada desakan-desakan seperti di bawah INI yang JELAS tidak tahu apa BEZA antara 'POLITIK' dan 'KEPIMPINAN'..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0809&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Walaupun mereka ini akhirnya mengambil pendirian berbeza pada HARI ini dan dilihat bersetuju dengan keputusan KABINET, seharusnya pihak kerajaan merangka satu bentuk penerangan dan jugak KAUNSELING agar para mahasiswa ini dapat membina sifat KEPIMPINAN dan SAHSIAH diri tanpa perlu melibatkan diri dalam POLITIK seperti yang kita lihat pada hari ini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm&arc=hive

Malah, para MAHASISWA jugak seharusnya diberi peranan untuk terlibat SAMA dalam isu-isu SOSIO-kemasyarakatan seperti mengatasi GEJALA pembuangan BAYI, memberikan KHIDMAT kepada masyarakat atau melibatkan diri dalam pertubuhan-pertubuhan berUNIFORM atau pertubuhan KEBAJIKAN agar mereka dapat membentuk DISIPLIN diri yang merupakan ELEMEN utama untuk menjadi 'PEMIMPIN'.. Bukankah itu jauh lebih baik daripada 'MERASUK' para SISWAZAH ini agar melibatkan diri dalam POLITIK yang KOTOR seperti apa yang kita LIHAT pada hari ini?

Yang PELIK dan JELIKnya, mereka yang mahukan MAHASISWA berPOLITIK adalah para ahli POLITIK yang berperangai JIJIK seperti terlibat dalam POLITIK WANG, terlibat dalam kegiatan 'menJUBOR' orang, terlibat dalam aktiviti RUSUHAN pelajar semasa tahun 70 an dahulu, ahli POLITIK yang takde sijil SPM macam salah seorang Naib Presiden PAS atau terlibat dalam kegiatan 'UNDERWORLD'.. Dapatkah anda BAYANGkan apa akan jadi jika para MAHASISWA kita aktif dalam POLITIK mengikut acuan mereka ini semua?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan