Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, October 27, 2010
Adakah ISU tanah di DUN Galas dapat mengembalikan pengundi kepada UMNO?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Antara ISU-ISU yang dijangka HANGAT semasa PRK DUN Galas ialah masalah TANAH yang dikatakan diambil oleh kerajaan Lebai PAS Kelantan KONONnya untuk diMAJUkan, sebaliknya diberikan kepada pihak KETIGA atau TOKEY-TOKEY tertentu.. Ini yang sering kita BACA di dalam ANALISIS blog berkenaan PRK DUN Galas.. SOALnya, dapatkah isu TANAH ini membuatkan pengundi di sana memilih kembali BN? Atau dengan KATA lain, BENARkan PAS boleh diJATUHkan dengan isu hak milik TANAH?
Isu hak MILIK tanah memang SENSITIF dikalangan rakyat Kelantan.. Jika diIMBAS kembali, Lebai PAS pernah diJATUHkan oleh rakyat Kelantan pada tahun 1977 kerana mereka telah memanda-mandai memajakkan TANAH kepada TOKEY Cina Singapura.. INIlah sejarah HITAM yang amat ditakuti berULANG oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' kerana dia adalah SALAH seorang daripada Lebai PAS yang menjadi YB ketika itu.. Untuk itu, dia seBOLEH-bolehnya cuba MENUTUP sejarah HITAM ini agar generasi hari INI lupa siapa PAS sebenarnya.. Sebab itulah jika diTANYA kepada generasi hari ini, mereka tidak nampak cacat-cela Lebai PAS walaupun lebih 30 tahun lalu, Lebai PAS di Kelantan NYARIS memBUATkan ibu bapa mereka MEREMPAT di bumi sendiri!
Kita kembali kepada perSOALan POKOK, benarkah masalah pemilikkan TANAH dapat mengubah pengundi DUN Galas kembali kepada BN? Rasanya TIDAK 100%.. Malah, 50% pun belum tentu.. Sepatutnya semua MAKLUM bahawa Lebai PAS pada HARI ini sudah 'CERDIK' berbanding Lebai PAS 30 tahun dahulu.. Ditambah pula dengan keMAJUan dalam teknologi penyebaran MAKLUMAT, segala macam bentuk MAKLUMAT boleh disampaikan walaupun seCERUK mana RAKYAT berada.. Dengan KATA lain, Lebai PAS sudah bijak untuk meMANIPULASI isu TANAH ini.. Tambahan pula, Lebai PAS yang menguasai Kerajaan Negeri sudah tentu berKUASA untuk meLULUSkan sebarang perMOHONan TANAH walaupun dalam jangka masa SEKEJAP untuk PRK DUN Galas kali ini..
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/9/mstar_berita/20101009222414&sec=mstar_berita
Oleh itu, kita RASAkan mungkin isu TANAH ini hanya HANGAT seketika lepas tu akan jadi SUAM pulakla.. Mungkin UMNO jika mahu MENANG terpaksa GUNAkan beberapa ISU lain untuk menambah keKUATan 'SERANGAN' mereka terhadap Lebai PAS.. Antaranya:-
1) Isu KRONISME Pok Nik 'ALAHISSALAM' anak-beranak.. Kenapa ISU ini seolah-olah SENYAP sedangkan semua MAKLUM Pok Nik pun 2X5 jugak bab cilok mencilok nih?
2) Isu masalah bekalan AIR dan kemudahan ASAS di Kelantan.. Inilah masalah sebenar yang GAGAL diatasi oleh Kerajaan Kelantan walaupun dah berbilion RM pinjamam dan peruntukan Kerajaan Pusat telah diberikan..
3) Isu bagaimana Lebai PAS mengumpul HARTA dan keKAYAan.. Sepatutnya DEDAHkan betapa besarnya rumah-rumah Lebai PAS yang 'TERSEMBUNYI' di Kota Bharu dan KL tetapi pandai pulak berLAKON macam takde HARTA? Dedahkan ini semua kepada pengundi di Galas yang mungkin tak berkeSEMPATan untuk melihat sendiri rumah-rumah BESAR Lebai PAS tersebut..
4) Isu-isu berKAITAN agama Islam seperti penyalah-gunaan nama Allah SWT yang diSOKONG oleh Lebai PAS.. Bagaimana Pok Nik memBENARkan ayat-ayat Al Quran diperMAINkan oleh bukan Islam sedangkan mereka TIDAK berIMAN pun dengannya serta bagaimana PAS sudah terpesong daripada ajaran Islam dengan menyokong 'penJUBOR' dan mereka yang meMUSUHi Hukum Allah SWT seperti HUDUD..
Sepatutnya isu-isu sebegini HARUS disampaikan kepada pengundi dengan cara berHEMAH disamping mengajak mereka berFIKIR agar mereka SEDAR Lebai PAS ni pun sebenarnya takde BEZA dengan YAKJUJ wal MAKJUJ.. Sampai bila UMNO harus berSIKAP defensif semasa menghadapi LAWAN?
Lagi satu, jangan sesekali UMNO berlebihan menonjolkan 'MALAUN' yang sangat diBENCI oleh rakyat Kelantan dan juga seantero Malaysia semasa KEMPEN.. 'MALAUN' yang pernah datang ke Kelantan membawa slogan 'PADE DOH' semasa PRU 2008 dulu.. Ini adalah BENCANA besar jika dia diberikan PUBLISITI kerana semua termasuk generasi muda MELUAT sangat dengan dia.. Lebai PAS memang cukup suka kalau dia diTONJOLkan agar dia menjadi sasaran PUTAR belit mereka terhadap UMNO seperti INI..
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29186:khairy-setuju-pas-guna-masjid-solat-hajat&catid=1:utama&Itemid=50
INIlah PADAHnya bila ada yang ber'MIND-SET' Pakatan Rakyat dah menyeludup masuk dalam UMNO!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan