Wednesday, November 10, 2010

Apa yang sering dilakukan oleh Lebai PAS dahulu KINI dilakukan pulak oleh Pemuda UMNO secara lebih 'ADVANCE'!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau dulu kita pernah terbaca berita YB Lebai-Lebai PAS terutamanya di Kelantan sering KAHWIN lebih tanpa keBENARan terutamanya di Siam atau dengan orang Kemboja.. Sekarang nampaknya 'PENYAKIT' yang sama telah berJANGKIT kepada orang-orang UMNO khususnya Pemuda UMNO.. Ini KES yang diSIASAT oleh Jabatan Agama macam JAIS dan sebagainya.. Kalau yang masih terSEMBUNYI atau terSOROK? Almaklumlah, Pemuda UMNO sekarang pun LAGAKnya mengalahkan anak-anak raja.. Tak percaya, sila LIHAT setiap kali Perhimpunan Agung UMNO!

Hari ini akhbar Utusan Malaysia telah menDEDAHkan kisah seorang BEKAS Penolong Pengarah Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO mengaku telah berPOLIGAMI tanpa keBENARan dan kini sedang diSIASAT oleh JAIS.. Apabila kes seperti ini diPUBLISITIkan oleh media, ianya bukanlah BERITA yang dapat memberikan IMEJ yang baik terhadap pergerakan tersebut.. Apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO diketuai oleh seseorang yang diketahui UMUM tentang keROSAKkan MORALnya terutama dalam bab-bab yang meLIBATkan DUIT dan KEBAS-mengebas! Tambah pulak dengan kelakuan ahli-ahlinya seperti INI, alamatnya makin HANCUSlah pergerakan tersebut..

Berikut adalah ulasan pihak yang dimaksudkan berhubung dengan perBUATannya itu:-

"Saya tidak mahu perbuatan ini dikaitkan dengan Biro Aduan yang diketuai Datuk Muhd. Khairun Aseh.. Perbuatan berpoligami tanpa kebenaran ini adalah kesilapan saya sendiri sebab saya jahil dan terpengaruh dengan kata-kata orang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm

Walaupun individu tersebut telah meLUAHkan keKESALannya melakukan perbuatan tersebut, namun NASI sudah menjadi BUBUR.. Ini kerana kalau dia sekadar ahli BIASA tanpa jawatan, mungkin masyarakat pun TAK ambil KISAH sangat.. Namun, kerana dia pernah menJAWAT jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO, maka sudah tentu KESnya ini akan diPOLEMIKkan oleh musuh-musuh POLITIK UMNO dan seterusnya akan menJADI modal terbaik untuk memBURUKkan UMNO setiap kali pilihanraya.. LARAT ke UMNO terpaksa bersusah-payah menJAWAB untuk individu tertentu yang menjejaskan IMEJ parti?

Sedangkan, UMNO sudah cukup bermasalah apabila 'BOSS' Pemuda UMNO telah didapati berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG dan UMNO terpaksa men'DEFEND' bagi pihaknya kerana dia berJAWATAN Ketua Pemuda UMNO! Takkanlah sampai anak-anak BUAHnya berkelakuan macam DIA pun UMNO nak kena JAWAB jugak? Takkanlah UMNO tak MALU depan RAKYAT bila setiap KALI ada pilihanraya, penyokong parti lawan mengejek ahli-ahli UMNO dengan panggilan RASUAH sambil mengibarkan WANG KERTAS? Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir pernah menyarankan agar KRITERIA seseorang pemimpin perlulah BERSIH dan keLIHATan BERSIH.. Namun, macam masuk ANGIN keluar ASAP ajela pada ahli-ahli UMNO hari INI?

UMNO sebenarnya sudah TIDAK berkeMAMPUan untuk menonjolkan PEMIMPIN yang benar-benar BERSIH.. Apa yang mampu UMNO lakukan HARI ini adalah menCONTOHi pembangkang seperti Lebai PAS dengan PULUN bersungguh-sungguh mencari keBURUKkan pihak LAWAN selepas itu meBANDINGkan pulak dengan pemimpin mereka untuk menentukan pemimpin mana yang lebih BERSIH! Kiranya macam kelakuan budak-budak sekolah RENDAH berGADUH sesama sendiri la.. Inilah budaya POLITIK yang sedang rakyat perhatikan sekarang.. Inilah jugak yang memBUATkan rakyat MELUAT dengan situasi semasa sekarang..

DS Najib patut 'TAKE NOTE' bahawa keBANYAKkan pemimpin dalam Pergerakan Pemuda UMNO hari ini diLANTIK sebagai memBALAS BUDI hasil memilih PESALAH POLITIK WANG sebagai Ketua Pergerakan mereka.. Mereka bukan diPILIH kerana terserlah KREDIBILITI sebagai pemimpin atau kerana mereka mampu MENYUMBANG bakti kepada parti.. Sampai bila UMNO perlu berTOLERANSI dengan mereka ini sedangkan RAKYAT rata-rata naik MELUAT dengan mereka? Rakyat mahu meLIHAT bagaimana UMNO diBERSIHkan bukannya nanti sampai satu TAHAP rakyat sendiri akan memBERSIHkan terus UMNO dari persada POLITIK negara!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan