Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, February 19, 2011
Alahai Pemuda UMNO sekalian, INI ke Ketua Pemuda yang kamu BANGGAkan sangat? KAH!KAH!KAH!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kita BUKANnya suka sangat membaca majalah HIBURAN seperti URTV atau sebagainya.. Kalau ada keINGINan untuk baca pun kita biasanya akan TENGOK dulu tajuk-tajuk yang ada.. Bukan apa, MELUAT jugak kalau tengok gelagat beberapa ARTIS kita yang terlebih PERASAN, gila PUBLISITI dan gila 'GLAMOUR'! Nak diJADIkan cerita, kita terbacalah pulak URTV keluaran 15-28 Februari 2011 EDISI 786 muka surat 45.. Terpampanglah pulak KISAH seorang ahli POLITIK yang pernah diDEDAHkan oleh WIKILEAKS sebagai manusia paling diBENCI di Malaysia diKHABARkan akan ikut berLAKON dalam sebuah filem seperti yang ada dalam GAMBAR di atas.. Selanjutnya, anda BACAlah sendiri URTV.. HE!HE!HE!
Kita terTANYA-tanya kenapala Pemuda UMNO sanggup kelihatan BODOH memilih dia nih sebagai 'BOSS' mereka? DiFAHAMkan Pemuda UMNO mempunyai keAHLIan sehingga hampir 800 ribu orang AHLI tetapi adakah semuanya begitu BODOH hingga memilih seseorang yang TIDAK TAHU buat kerja, tidak TAHU tanggung-jawab dan cuma TAHU gilakan PUBLISITI sebagai KETUA mereka? Adalah jelas dia menerajui Pergerakan Pemuda UMNO semata-mata untuk mengejar CITA-CITA PERIBADInya bukan untuk berKHIDMAT jauh sekali memperjuangkan agenda partinya sendiri.. Sebab itulah balik-balik muka dia masuk AKHBAR bila nak TUNJUK dia perasan dia BAGUS atau berTUJUAN nak MENUNJUK-nunjuk kepada orang RAMAI..
Semalam beberapa AKHBAR memBERIkan PUBLISITI kepadanya apabila tamat latihan peringkat pertama penerjunan.. Malah, dalam beberapa KOMEN kepada akhbar, dia dengan PERASANnya mengatakan bahawa dia INGIN menunjukkan DIRInya sebagai memBUKTIkan semangatnya yang KONONnya 'CINTAkan NEGARA'.. ->KLIK<-
Kita terGELAK besar apabila membaca kenyataannya tersebut.. Patut difahami bahawa apa yang dia lakukan seperti menyertai aktiviti terjunan atau pun latihan askar WATANIAH cuma sekadar 'CARMOUFLAGE' atau untuk menunjukkan MUKAnya dalam MEDIA sahaja.. Apa lagi kalau bukan untuk cari PUBLISITI? Bukannya dia seorang sahaja yang TERJUN semalam? Namun kenapa MEDIA bersungguh 'HIGHLIGHT'kan dia seorang sahaja? Begitu jugak dengan latihan askar WATANIAH.. Bukan dia seorang sahaja yang melakukan sedemikian? Malah ada yang dah bertahun-tahun menyertainya tetapi ADA tak mereka diBERIkan PUBLISITI oleh MEDIA sepertinya? Adakah mereka yang lain 'TIDAK SETIA kepada NEGARA' sepertinya hingga MEDIA tidak berikan ruang pun? HE!HE!HE!
Kita PERCAYA dia hanya melakukan semua AKTIVITI ini hanya untuk tempoh MASA yang SINGKAT atau pun hanya sekadar latihan peringkat ASAS sahaja.. Kita rasa dia TIDAK akan menceburkan diri sepenuh MASA dalam aktiviti sebegini kerana TUJUANnya hanya untuk PUBLISTI diri sendiri sahaja.. Jika dia BENAR-BENAR mahu menceburkan diri sepenuh masa, dia sepatutnya LETAK jawatan Ketua Pemuda UMNO dan memberikan 100% tumpuannya kepada AKTIVITI sebegini.. Dengan kata lain, kalau dia benar-benar SERIUS dengan Askar Wataniah atau apa-apa aktiviti keTENTERAan, masuklah secara sepenuh masa BUKANnya setakat menJALANi latihan ASAS, kemudian panggil MEDIA untuk ambil GAMBARnya sebagai bahan PUBLISITI! Soalnya, nak ke dia buat BEGITU?
Baiklah, bagaimana pulak dengan AKTIVITInya dalam bidang MODELLING untuk perTUNJUKkan FESYEN atau untuk 'CLOSE-UP' majalah? ADAKAH itu juga dia INGIN katakan sebagai satu CARA untuk dia NYATAkan dirinya 'CINTAkan NEGARA'? Bagaimana pulak dengan ARTIKEL URTV yang mengatakan penglibatannya dalam FILEM seperti di atas? Adakah dengan menjadi PELAKON filem dia boleh meningkatkan KREDIBILITI Pemuda UMNO? Atau dia akan memBUATkan orang bertambah MELUAT dengan UMNO?
Kita RASA dia nih memang tak boleh HIDUP tanpa PUBLISTI.. Dah KRONIK dah macam MENTOR dia Penasihat PKR tuh.. Malah, KHIDMAT dia kepada rakyat pun kena ada kamera TV untuk diPUBLISITIkan.. Contohnya program JELAJAH One Malaysia(JOM).. Kalau takat KETUK paku sebatang dua untuk masuk TV, buat APA? Tengok? Dah jadik apa dah dengan program JOM tuh sekarang? Kalau MACAM ni lah cara dia mengetuai Pemuda UMNO untuk menghadapi pilihanraya, DS Najib bolehlah bungkus kain BAJU untuk keluar dari Putrajaya balik ke Pekan, Pahang.. Dari AWAL lagi kita dah TAHU dia memang tidak SERIUS dengan tugasnya di dalam UMNO.. Dah la MENANG pun dengan POLITIK WANG, ada HATI pulak nak TUNTUT jawatan dalam KABINET baru boleh buat kerja sebagai Ketua Pemuda UMNO?
Namun demikian, kita TAK kata dia BODOH macam sesetengah BLOGGER lain yang ANTI dengannya.. Dia PANDAI.. Menang dia hasil DIDIKAN penuh muslihat dari OXFORD.. Yang BODOHnya adalah seluruh ahli Pemuda UMNO yang pilih dia nih sebagai KETUA! Cuba tengok, dia BERJAYA mencapai cita-cita PERIBADInya yang takde kena mengena pun dengan UMNO melalui jawatan itu? Ahli-ahli Pemuda UMNO yang LAIN apa yang dapat? Orang TAMBAH meluat dan UMNO pulak kena bermati-matian untuk MENANG satu-satu pilihanraya.. Dia pulak cuma ambik beberapa KURSUS ASAS ketenteraan lepas tuh panggil MEDIA ambik GAMBAR kemudian TULIS dalam berita itu TANDA dia 'CINTAKAN NEGARA! KAH!KAH!KAH!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan