Thursday, February 10, 2011

Bila lagi nak CEKUP 'Level 4 BOYS' seperti mana Lanun Somalia diTANGKAP dan diBICARAkan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun secara keSELURUHan penTADBIRan DS Najib boleh diKATAkan lebih BAIK berbanding PM sebelumnya yang gambar TIDOnya dijaja serata NEGARA, ada beberapa PERKARA yang sebenarnya kita masih TIDAK berPUAS hati.. Antaranya ialah perLANTIKkan beberapa Menteri KABINET yang tidak SESUAI dan tidak tahu buat KERJA serta yang paling kita RASA tidak berPUAS hati ialah DS Najib TIDAK mengambil TINDAKkan ke atas golongan yang diKENALi sebagai 'LEVEL 4 BOYS' di zaman PM ke-5.. INIlah antara perkara-perkara yang mengHALANG rakyat untuk bagi 100% SOKONGAN kepada DS Najib..

Kita TINGGALkan dulu pasal beberapa Menteri KABINET yang tidak CEKAP dan BONGOK, kita TUMPUkan dahulu kepada 'LEVEL 4 BOYS' yang SEBENARnya masih lagi menjadi ANCAMAN kepada DS Najib, UMNO dan juga NEGARA ini.. Rasanya TIDAK perlu kita ceritakan lagi bagaimana 'LEVEL 4 BOYS' ini begitu berPENGARUH semasa zaman PM ke-5 hinggakan hampir SEMUA perkara berkaitan dengan penTADBIRan negara ini dikatakan terpaksa melalui keLULUSan mereka dahulu.. INIlah punca keMARAHan Tun Dr. Mahathir dan sebilangan BESAR rakyat kerana campur tangan mereka ini menyebabkan banyak dasar-dasar NEGARA berubah dan meRUGIkan RAKYAT..

'LEVEL 4 BOYS' diKATAkan banyak memBUAT keputusan yang meRUGIkan negara terUTAMAnya keputusan yang diKAITkan dengan penTADBIRan GLC-GLC milik NEGARA contohnya dari ISU kos 'DOUBLE TRACK', usaha pengGABUNGan Utusan dan NSTP, penSWASTAan IJN, LCCT di Labu, penJUALan MV AGUSTA dengan harga 1 EURO, penJUALan saham beberapa GLC tempatan kepada Temasek Holdings dan BANYAK lagi.. 'LEVEL 4 BOYS' diKATAkan mencari MAKAN dengan menelan 'KOMISEN' hasil 'NASIHAT' mereka kepada penTADBIRan NEGARA ketika itu.. Malah, IKLAN kempen PRU ke-12 di TV yang memBUATkan ramai RAKYAT meluat dengan UMNO/BN dikatakan IDEA salah seorang dari mereka.. Hasilnya BN nyaris hilang KUASA sebagai kerajaan..

Walaupun kePIMPINan negara sudah berUBAH, namun mereka masih lagi cuba membuat KACAU dan mengGANGGU usaha-usaha memulihkan UMNO/BN agar kembali menDAPAT sokongan RAKYAT.. Malah, walaupun mereka tidak lagi bermastautin di Tingkat 4 JPM Putrajaya, mereka masih 'MENEMPEL' dalam GLC-GLC kerajaan walaupun ianya dalam PENGETAHUAN DS Najib sendiri.. Mereka menunggu MASA untuk menyusahkan DS Najib daripada menDAPAT sokongan RAKYAT.. Kita pun HAIRAN kenapa mereka INI tidak diUSIR daripada GLC-GLC milik NEGARA.. Tidak cukupkah keMUSNAHan yang mereka LAKUkan semasa mereka diNAUNGI oleh MENANTU PM ke-5 dahulu? Adakah DS Najib cuba bermain dengan API? Jangan.. Mereka ini bukan jenis yang boleh diBELAI seperti BAYI.. Hari INI, salah seorang daripada mereka memBANTAH perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA yang baru.. ALASAN mereka ialah REKOD beliau yang terpalit dengan gejala RASUAH adalah punca kebimbangan pasaran..

Kita pun tak TAHU dari mana mereka dapat ALASAN sebegini BODOH.. Bukankah PENAUNG mereka iaitu MENANTU PM ke-5 merangkap KETUA PEMUDA UMNO PESALAH POLITIK WANG jugak melakukan keSALAHan yang sama? Malah, TS telah pun menJALANi HUKUMAN pengGANTUNGan keAHLIan dan menebus keMENANGan UMNO dalam PRK DUN Bagan Pinang.. Bagaimana pulak dengan PENAUNG mereka yang tidak pun diHUKUM dan menjadi punca keKALAHan UMNO/BN dalam banyak PRK? TS Isa sekurang-kurangnya diPILIH kembali oleh rakyat di kawasannya.. Dia tidak KECEWA walaupun tidak diberikan JAWATAN dalam kerajaan dan parti.. Sedangkan Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG pulak semua MAKLUM hampir separuh GILA kerana teringin jadik Menteri! AKIBAT daripada kenyataan separuh MASAK ini, beberapa bekas ahli POLITIK telah mebuat BANTAHAN.. ->KLIK<-

Kita PERCAYA punca UTAMA 'LEVEL 4 BOYS' ini mengGILA kerana PENAUNG mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG tidak diBERIkan jawatan Menteri.. TS Isa hanyalah sekadar di'KAMBING HITAM'kan demi menSABOTAJ usaha-usaha DS Najib mengembalikan keYAKINan rakyat kepada UMNO/BN.. Kita tak NAFIkan ada BURUK-BAIKnya orang POLITIK mengedalikan GLC atau agensi KERAJAAN seperti FELDA.. Namun, bukankah mereka juga boleh menTADBIR dengan BAIK jika diberi peluang seperti Tun Daim, Ku-Li dan TS Yusof Nor? TS Isa bukannya seperti MP PAS dari Pokok Sena yang TIDAK ada keLULUSan dan PENGALAMAN tetapi diberikan PANGKAT dalam GLC negeri Kedah! Malah, 'LEVEL 4 BOYS' yang memperSOALkan rekod TS Isa ini patut LIHAT dulu REKODnya sendiri..->KLIK<-

Adakah dengan REKOD sedemikian RUPA dia menganggap DIRInya lebih baik? Kalau dia rasakan dia LAYAK menjawat jawatan sedemikian di Maybank Investment, BOLEHkan dia menJELASkan kenapa Maybank keRUGIan dalam urusniaga membeli Lippo Bank di Indonesia? Begitu jugak dengan Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG itu yang langsung tidak ada REKOD untuk diTUNJUKkan depan RAKYAT.. Kisah bagaimana dia mendapat PINJAMAN berjuta-juta RM daripada seorang 'kawan' untuk memBELI saham ECM Libra semasa tiada pekerjaan TETAP masih diselubungi KONTROVERSI hingga ke hari ini.. Oleh itu LAYAKkah mereka ini mempertikaikan orang lain sedangkan mereka lagi TERUK?

Kita pernah MENULIS dalam BLOG ini tentang 'LEVEL 4 BOYS' ini sepatutnya diHUKUM seberat-beratnya kerana mereka telah BANYAK meRUGIkan negara.. Kegiatan mereka tidak UBAH seperti LANUN Somalia yang dibicarakan baru-baru ini tetapi MODUS OPERANDI mereka jauh lebih BESAR kerana melibatkan sebuah negara.. Kita HAIRAN kenapa penTADBIRan DS Najib berLEMBUT dengan mereka sehinggakan memBERIkan mereka jawatan-jawatan PENTING dalam GLC-GLC kerajaan? Sedangkan RAMAI lagi golongan muda yang berkeLULUSan tinggi dari LUAR NEGARA serta lebih PATRIOTIK dan AMANAH tidak diberikan PELUANG yang sama.. Tidakkah DS Najib SEDAR bahawa 'LEVEL 4 BOYS' ini UMPAMA seorang ANAK yang sanggup menJUAL tanah PUSAKA ibu bapa mereka demi menDAPAT keMEWAHan sekelip mata? Takkan nak TUNGGU PRU ke-13 nanti kot?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan