Tuesday, February 01, 2011

Selamat Hari Wilayah 2011 - Semoga KL, Putrajaya dan Labuan terus MAJU & MAKMUR..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH..

Selaras dengan USAHA pihak kerajaan untuk menJADIkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya KELAS dunia, maka beberapa perkara patut diperBAIKi agar tahap keSELESAan penduduk Kuala Lumpur setanding dengan bandaraya-bandaraya lain.. Jangan setakat nak bandingkan tahap ke'GLAMOUR'an warga KL yang dah semakin tak berJENIS ini aje..

Antaranya, Sistem Pengangkutan Awam di KL sangat-sangat mengecewakan.. Jadual kekerapan BAS Rapid KL tidak menentu dan selang masanya sangat besar.. Tokyo yang mempunyai penduduk seramai penduduk Malaysia mampu mempunyai sistem pengangkutan awam seperti BAS yang selang masanya setiap 10-15 minit dan ketibaan setiap bas sangat menepati masa? Bagaimana pulak dengan perkhidmatan BAS Rapid KL? Tok sah dok kira la dengan BAS Metro yang berasap HITAM macam petrol dibakar atau BAS Len Seng yang dhaif.. INI ke melambangkan keMAJUan KL? Putrajaya pun masih kekurangan INFRASTRUKTUR untuk Sistem Pengangkutan Awam.. Jauh lagi la nak menyamai KL..

Masalah SAMPAH di KL jugak dah sampai tahap BAHAYA.. Jangan nanti KL jadik 'SLUMP' sama seperti Manila, Dhaka atau Calcutta yang penuh dengan SAMPAH.. Malah, kaki lima ke tempat-tempat kunjungan AWAM seperti Perpustakaan Negara, Pasar Seni, Little India Brickfields dan sekitar Bukit Bintang menyaksikan betapa TIDAK berTAMADUNnya orang KL bila membuang SAMPAH.. Itu tidak diambil KIRA lagi sekitar Chow Kit, Pudu, atau kawasan peRUMAHan FLET.. Rasanya Menteri Wilayah dan DBKL jangan terLAMPAU syok sendiri sangat.. Kalau takat nak sua MUKA kat MEDIA kononnya dah buat yang terBAIK untuk KL, lebih baik SEMUA pakat jadik PESERTA rancangan REALITI TV!

Gejala SOSIAL dan JENAYAH di KL aje mungkin boleh di'BANGGA'kan sama tahap dengan bandaraya-bandaraya terMASHUR di DUNIA seperti New York, Tokyo, Mumbai dan Bangkok.. Setiap bandaraya ada masalah GEJALA SOSIAL atau JENAYAHnya sendiri, begitu jugaklah dengan KL.. Di KL masih ada Mat Rempit, BOHSIA, budak PONTENG sekolah, dadah, GANGSTER & kongsi GELAP, pecah kereta & rumah, buang BAYI dan banyak lagi.. Pendek KATA, mungkin KL mengatasi kesemua bandaraya-bandaraya terkemuka DUNIA jika jumlah penduduk KL menyamai jumlah penduduk mereka.. HEBATkan? Semua pihak yang sepatutnya berTANGGUNG-JAWAB mencegah masalah ini masing-masing sibuk berPOLITIK dan berRETORIK sesama sendiri mencari PUBLISTI murahan yang tak KUNJUNG tiba..

Apa pun, selamat berCUTI Hari Wilayah dan selamat menyambutnya bersama KELUARGA.. Orang KL mungkin berUNTUNG pasal minggu nih dengan 'APPLY' cuti 2 hari aje, mereka boleh dapat bercuti sehingga 9 hari pasal ada cuti Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina.. SEMOGA KL, PUTRAJAYA dan LABUAN terus MAJU dan MAKMUR..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan