Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, March 24, 2011
DATUK T VS LELAKI Y - Lepas ni HURUF apa pulak akan MUNCUL? Dah makin BODOH rakyat diperlakukan mereka ini..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Petang tadi sudah terDEDAH siapakah gerangan 'DATUK T' yang dikatakan memperTONTONkan video seks seorang pemimpin kanan PKR.. Disangkakan banyak pihak sebagai seorang INDIVIDU rupanya 3 orang! Malah istilah 'DATUK T' itu merujuk kepada perkatan 'TRIO', melambangkan keSEPAKATan mereka ber tiga untuk bekerjasama dalam KES ini.. Semasa sidang akhbar petang tadi, 2 daripada 3 orang 'DATUK T' ini menjelaskan apa tujuan mereka berbuat demikian.. Itu pun setelah 'DATUK T' ini telah diKANTOIkan oleh MP Sungai Petani yang menDAKWA telah menonton video seks ini terlebih dahulu seterusnya mengatakan 'DATUK T' ini cuba memBELInya untuk keluar dari PKR..
Walaupun 'DATUK T' ini menjelaskan tindakkan mereka tiada KAITAN dengan UMNO, PERKASA, RISDA dan sebagainya TETAPI di peringkat rakyat bawahan mereka sudah pun meRASAkan Penasihat PKR seolah-olah diANIAYA dan sudah tentu rakyat akan PERCAYA bahawa UMNO/BN lah yang mengANIAYAi dia melalui ketiga-tiga 'DATUK T' ini.. Malah, kita cukup yakin Jentera Penerangan UMNO/BN pun tidak mampu menJAWAB tuduhan sedemikian kerana bukan UMNO/BN yang menDEDAHkannya sebaliknya ianya dilakukan oleh 3 orang persenDIRIan yang keBETULan pulak ada yang jadik ahli UMNO dan Bendahari PERKASA! Sentimen ini sudah pun merebak di kalangan RAKYAT serentak dengan pengakuan ketiga-tiga 'DATUK T' tadi..->KLIK<-
Salah seorang 'DATUK T' iaitu mantan Ketua Menteri (KM) Melaka memang diketahui UMUM sebagai seorang yang pernah dikatakan diANIAYAi oleh Penasihat PKR semasa dia menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO.. Walaupun mantan KM Melaka didapati tidak berSALAH oleh mahkamah atas tuduhan meROGOL budak bawah umur pada tahun 1994, IMEJ dan peribadinya telah diMUSNAHkan begitu teruk hingga ke hari ini.. Oleh itu, tidak SALAHlah jika ramai pihak beranggapan TUJUAN penDEDAHan video seks pemimpin kanan PKR ini tidak LAIN daripada untuk balas DENDAM terhadap Penasihat PKR.. Itulah PERSEPSI yang ada dalam pemikiran setiap RAKYAT ketika ini..
Malah, beberapa BLOG meLAPORkan pulak kenyataan bahawa MP Sungai Petani yang mengKANTOIkan penDEDAHan video seks telah cuba diBELI untuk lompat parti oleh salah seorang 'DATUK T' bekas rakan KARIB Penasihat PKR tetapi MP Sungai Petani itu menolak kerana HARGA ditawarkan terlalu MURAH.. Adakah ini BERITA yang mengGEMBIRAkan, kita pun tidak TAHU nak kata.. Yang buat TAWARAN pun sama BAHLOL dengan yang 'DEMANDING'kan harga DIRInya untuk keluar parti.. Lebih baik UMNO/BN dan jugak PERKASA menilai balik kedudukan 'DATUK T' dalam organisasi mereka berikutan penDEDAHan ini.. ->KLIK<-
APA pun, kita TIDAK menolak adegan dalam video seks itu benar-benar BELAKU.. Satu-satunya cara untuk memBUKTIkan keTELUSan 'DATUK T' ini ialah dengan terus menDEDAHkan segala video seks yang diKATAkan teraju UTAMAnya ialah pemimpin kanan PKR.. Di samping itu, kita jangan LUPA fakta bahawa 'DATUK T' bekas rakan KARIB Penasihat PKR itu jugak mempunyai BUKTI yang sangat KUKUH iaitu dia menyimpan jam tangan Omega milik pemimpin kanan PKR dalam video seks tersebut.. Tidak MUSTAHIL jugak pasangan seksnya iaitu 'AMOI' akan ditampilkan selepas ini sebagai SAKSI.. ->KLIK<-
Selain itu dakwaan KONONnya isteri Penasihat PKR menghantar SMS menuntut video tersebut jugak patut diTUNJUKkan.. Rakyat jugak tidak LUPA kenyataan Penasihat PKR sendiri dalam sidang media semalam yang memperSOALkan 'TIMING' rakaman video dan saiz perut pemimpin kanan pkr dalam video tersebut.. Tidak GUNA 'DATUK T' ini menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat keSAHIHan video seks ini kerana keSAHIHannya akan terBUKTI apabila BUKTI dan SAKSI yang lebih KUKUH dikemukakan oleh mereka bukannya menyembunyikan MAKLUMAT seperti ini..
PKR jugak tidak perlu GEMBIRA awal kerana video seks ini langsung tidak ada KAITAN dengan kes ’menJUBOR’ Penasihat PKR yang sedang dalam perBICARAan ketika ini.. Malah, motif video seks mungkin berTUJUAN untuk balas DENDAM antara 'DATUK T' dan 'LELAKI Y' di samping menDEDAHkan pekung masing-masing.. Ye la.. Dulu kau dah MALUkan aku, sekarang aku nak MALUkan kau la pulak! -> Lebih kurang macam tu la.. Jika terBUKTI sekali pun keSAHIHan video seks tersebut, tidak ada apa yang perlu diBANGGAkan sangat.. Sebaliknya kita patut MALU dengan diri kita kerana memPUNYAi ramai pemimpin POLITIK yang kuat SYAHWAT dan saling menDENDAMi sesama sendiri.. Silap-silap boleh jadi macam Pakistan negara kita nih kalau tidak diTANGANi segera..
UMNO/BN dan juga PERKASA harus segera turun ke bawah menagkis PERSEPSI buruk RAKYAT terhadap mereka EKORAN pengakuan dan penDEDAHan oleh mereka ini.. PKR sudah mula menebarkan DAKYAH kepada RAKYAT bahawa UMNO/BN dan PERKASA mencipta KONSPIRASI terhadap mereka melalui video SEKS ini.. Tidak perlu ragu-ragu untuk ambil tindakkan MAHKAMAH walaupun Menteri KDN sendiri masih takat beri AMARAN aje meskipun dirinya dan POLIS dituduh berKONSPIRASI menghasilak video seks ini.. Menteri KDN oiii.. Kalau nak SAMAN tu SAMAN aje.. Itu pun takut ke? HE!HE!HE!
Wallahualam..
menonton, mengedar, mempromosi tak salahkan, cuma yang salah menjual dan membeli kerana ianya melibatkan r.m.
ReplyDeletetak guna saman-menyaman, kan ISA ada
gunakanlah. Alasan mengganggu ketenteraman awam dan merosakan minda.
kalau tak merosakan minda, ayuh sebarkan dan galakkan pengedaran, pembikinan filem lucah dan jangan ada akta penerbitan mesen cetak tetapi jangan jual- rm , beri percuma.mana ada kesalahan.
gunakan ISA kepada mereka yang terlibat sebagai pelakun, pegarah, penerbit dan sebagainya.
alasan; mengganggu ketenteraman awam - minda
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteSETUJU - Itu pun kalau ISA boleh dugunakan untuk TUJUAN sedemikian.. HE!HE!HE!