Tuesday, March 15, 2011

Sejak bila pulak dia nih jadik juruULAS untuk MEMOIR Tun Dr. Mahathir?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Baik benar HATI Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG apabila memberikan PUBLISITI percuma kepada buku MEMOIR Tun Dr. Mahathir 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad'.. ->KLIK<-

Malah 'keBAIKkan' dia jugak terserlah apabila menyarankan agar pihak yang TIDAK berpuas HATI dengan penulisan Tun Dr. Mahathir agar menyaman beliau walaupun RASAnya Tun tak pernah pun meLANTIK dia nih menjadi jurucakap atau pembela baginya? HE!HE!HE!

"Jadi, kalau ada pihak yang tidak puas hati seperti Anwar, bawalah ke mahkamah (saman)," BEGITUlah katanya..

Oh ye, Pak MERTUA dia jugak diKRITIK hebat oleh Tun di dalam MEMOIRnya itu, apa kata kalau dia sebagai MENANTU yang BAIK mintak Pak MERTUAnya turut menyaman Tun jika tidak berpuas HATI dengan apa yang diTULIS? Atau pun RASAnya dia jugak boleh berbuat demikian bagi pihak Pak MERTUAnya? Almaklumlah, dia kan MENANTU keSAYANGan 'BABAH'nya? HE!HE!HE!

Apa pun tak perlulah dia cuba TUMPANG sekaki berkenaan dengan apa yang diTULIS oleh Tun dalam MEMOIRnya.. Kita cukup yakin Tun Dr. Mahathir cukup TAHU siapakah yang terHEGEH-HEGEH berjumpa dengan Penasihat PKR untuk berikan PASSPORTnya walaupun orang tu bukannya pegawai IMIGRESEN pun? Malah, kita yakin Tun masih INGAT tentang seorang 'Budak OXFORD' yang mengKRITIK Tun berhubung pemecatan Penasihat PKR dari jawatan TPM semasa beliau berJUMPA dengan pelajar Malaysia di London dahulu.. Jadik, kalau sekarang 'Budak OXFORD' tu cuba menjadi 'BAIK' dengan berpura-pura membela penulisan Tun depan MEDIA, memang kita faham sangat-sangatla.. Kalau nak berLAKON pun agak-agakla..

Memang dia cukup pandai cari PUBLISITI murahan depan MEDIA dalam mengulas sesuatu ISU.. Kali ini dia memilih SESI menurunkan tanda-tangan kat 'SIGNBOARD' Karnival Kerjaya Pemuda BN pulak untuk mengulas sesuatu ISU yang umum dah tahu TUJUANnya hanyalah demi mencari PUBLISITI walaupun ianya langsung tak ada kena-mengena pun dengan karnival yang dianjurkan..

Oh ye, kalau macam tu kita pun nak PROMOSIkanlah Karnival Kerjaya Pemuda BN dalam BLOG ini..Kita pun terINGIN nak tahu ada tak JAWATAN yang berSESUAIan dalam Karnival Kerjaya Pemuda BN yang memBOLEHkan penJAWATnya mendapat 'FAEDAH' berikut?:-

1) Dapat jadik Penasihat di TINGKAT 4 Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya?

2) Dapat keMUDAHan 'KAWAN pinjamkan DUIT' untuk beli saham ECM Libra?

3) Dapat makan KOMISEN dalam banyak urusan URUSNIAGA penting GLC milik negara?

4) Dapat tabur DUIT sesuka HATI kepada perwakilan Pemuda UMNO dalam Pemilihan Agung UMNO untuk jawatan Ketua Pemuda?

5) Dapat jadik MODEL sambilan, masuk askar WATANIAH, latihan payung TERJUN dan banyak lagi kerja secara SAMBILAN untuk PUBLISITI diri sendiri?

Ye la.. Bukan SEMUA warganegara Malaysia samada yang baru lepas 'GRADUATION' atau yang dah kerja berpuluh-puluh TAHUN dapat 'keISTIMEWAan' seperti yang dinyatakan.. Kalau nak kata lulusan IPT luar negara pun belum tentu SEMUAnya dapat 'keISTIMEWAan' tuh.. Melainkan kalau mereka sanggup jadik BALACI kepada ahli-ahli POLITIK tertentu dalam UMNO jadik dapatlah merasa pegang JAWATAN dalam Maybank Investment ke, MRCB ke atau mana-mana GLC atau agensi KERAJAAN.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan