Tuesday, March 08, 2011

UMNO/BN boleh MENANG di kawasan kampung & pedalaman tetapi apa JAMINAN untuk MENANG di kawasan BANDAR & sub-urban?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Prestasi UMNO/BN di kawasan pedalaman dan luar bandar telah diBUKTIkan semenjak PRK DUN Manek Urai lagi.. KeCEMERLANGan UMNO/BN diteruskan lagi di DUN Bagan Pinang, Parlimen Hulu Selangor, DUN Galas, DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN Kerdau.. Di kawasan-kawasan INI memang UMNO/BN mampu menCATAT keMENANGan jika pemilihan calonnya sesuai dan dikenali rakyat TEMPATAN.. Selain itu, kawasan-kawasan ini memerlukan pemBANGUNan yang hanya boleh diREALISASIkan oleh UMNO/BN sahaja.. PAS tidak mampu sama sekali untuk menJANJIkan apa-apa dari segi pembangunan kerana bagi mereka POKET sendiri lebuh UTAMA..

Namun demikian, bagaimana pulak PRESTASI untuk UMNO/BN di kawasan BANDAR atau sub-urban? Setakat ini tidak nampak sokongan KETARA yang boleh menyebabkan UMNO/BN mampu meMENANGI kawasan-kawasan tersebut.. Patut diINGATkan bahawa jumlah pengundi di kawasan-kawasan sebegini amat BESAR dan boleh menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.. CONTOHnya semasa PRU tahun 2004.. Kerajaan PAS Kelantan nyaris TUMBANG tetapi berjaya KEKAL kerana JUMLAH kerusi DUN di kawasan BANDAR atau sub-urban memihak kepada mereka.. UMNO/BN walaupun CEMERLANG di kawasan pedalaman atau kampung seperti di Jeli, Gua Musang, Bachok dan Kuala Krai tetapi masih GAGAL di kawasan sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas.. Apakah 'TREND' ini mampu diGUGAT oleh UMNO/BN dalam PRU ke-13 kelak?

Itu dalam KONTEKS di Kelantan.. Baiklah, kalau dikira pulak di KL dan sekitarnya, UMNO/BN hanya mampu MENANG di Parlimen Setiawangsa dan Pandan sahaja.. Mampukah UMNO kembali meraih SOKONGan kembali di Kuala Lumpur, Ampang, Hulu Kelang, Serdang, Petaling Jaya, Gombak, Shah Alam dan Subang Jaya? Malah, UMNO/BN jangan LUPA bagaimana kawasan Parlimen mereka di Kuala Terengganu dan Sibu diRAMPAS dalam PRK sebelum ini.. Apakah JAMINAN untuk UMNO/BN mampu MENANG di kawasan-kawasan BANDAR? Secara MUDAHnya, UMNO/BN masih GAGAL di kawasan-kawasan sebegini di mana-mana tempat pun dalam BANDAR.. Sedangkan DAHULU kawasan-kawasan sebegini masih SIGNIFIKAN kepada UMNO dalam era 70an, 80an dan 90an? Kenapa AGAKnya?

Faktor pengundi Cina tuh memanglah satu HAL.. Namun, UMNO/BN jugak harus menyedari bahawa orang Melayu di kawasan BANDAR dan sub-urban jugak belum tentu MEMIHAK kepada mereka.. Dalam era 70an, 80an dan 90an menyaksikan pengHIJRAHan orang Melayu ke BANDAR dan rata-rata mereka menyokong UMNO/BN kerana UMNO/BN yang menjamin peluang peKERJAan dan menyediakan keMUDAHan kepada mereka.. Namun, selepas mereka menetap terus dan beranak-pinak, generasi muda Melayu BERIKUTnya tidak merasakan terHUTANG budi kepada UMNO/BN yang telah berjasa kepada ibu-bapa yang berHIJRAH ke BANDAR sebelum ini.. Generasi inilah yang menyumbangkan keKALAHan besar UMNO/BN di kawasan BANDAR hingga PAS yang sebelum ini langsung JANGGAL dengan kawasan BANDAR akhirnya MENANG Parlimen Titiwangsa dalam PRU 2008!

Generasi muda Melayu ini tidak seperti ibu-bapa mereka yang mengHARGAi kerajaan UMNO/BN kerana memberikan PELUANG hidup berjaya di BANDAR.. Generasi ini lebih mementingkan faktor SOSIAL, lebih berINFORMASI dan PEKA terhadap tuntutan MATERIAL yang diTAWARkan di BANDAR.. Generasi ini amat PEKA dengan persekitaran HIDUP di BANDAR dan amat SENSITIF jika perKHIDMATan yang diTAWARkan oleh badan-badan kerajaan atau GLC-GLCnya tidak menepati apa yang diJANJIkan.. CONTOHnya, jika ada GLC kerajaan menawarkan perKHIDMATan BAS awam untuk pengangkutan RAKYAT, maka kenalah keMUDAHan ini SELESA, menepati masa dan meMUDAHkan pengGUNAan oleh rakyat di kawasan BANDAR.. Malangnya, hari INI kita melihat BANYAK sekali badan-badan kerajaan atau GLC-GLCnya yang menyeleweng atau LALAI dalam khidmat mereka.. Inilah yang menjadi punca PROTES terhadap kerajaan UMNO/BN!

MUSTAHIL untuk kita menyaksikan perubahan SIKAP pengundi kawasan BANDAR kembali 'MESRA' dengan UMNO/BN.. Tambah pulak harus diAKUI bahawa keBANYAKkan badan-badan kerajaan atau GLC-GLCnya diKUASAi oleh LANUN-LANUN KORPORAT yang menjadi PROKSI kepada ahli-ahli POLITIK tertentu dalam UMNO/BN.. Sebab itulah perkhidmatan mereka macam TAIK kerana tidak berORIENTASIkan rakyat sebaliknya lebih kepada nak meROMPAK rakyat.. Jika UMNO/BN mahu kembali MENANG selesa dan mendapat semula kePERCAYAan rakyat KHUSUSnya di kawasan BANDAR, UMNO/BN kenalah berani mengKRITIK keLEMAHan LANUN-LANUN KORPORAT ini atau menDEDAHkan penyelewengan mereka.. UMNO/BN jugak harus SEDAR bahawa keHIDUPan rakyat di kawasan BANDAR semakin 'TERCEKIK' disebabkan faktor EKONOMI seRANTAU dan LANUN-LANUN KORPORAT ini pulak hanya menambahkan lagi keSENGSARAan rakyat..

Oleh itu, MAMPUke UMNO/BN berUBAH sebelum terLAMBAT?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan