Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, April 14, 2011
Siapakah BOSS kepada RPK dan adakah anda GEMBIRA dengan penDEDAHannya?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Ada pihak yang GEMBIRA dengan RPK, ada jugak yang memilih untuk berHATI-HATI dengan penDEDAHannya.. Setakat ini tidak ada siapa TAHU kenapa RPK yang diketahui UMUM sebagai penyokong 'HARDCORE' Penasihat PKR telah berpatah arang dengannya dan menDEDAHkan apa yang sebenarnya berlaku antara HUBUNGAN mereka berdua.. >->KLIK<-
RPK yang sedang diBURU oleh polis di negara ini diKATAkan sedang berSEMBUNYI di London dan sebelum ini sering memaparkan BERITA dalam portal Malaysian Today untuk mengHENTAM DS Najib dan jugak kerajaan BN khususnya.. Sumber dari portal inilah yang sering dikutip oleh penyokong Pakatan Rakyat untuk memBURUKkan BN.. Namun, semalam dia muncul dalam temuramah TV3 mejelaskan tentang perTUDUHan yang diHADAPinya hingga menyebabkan dia LARI ke luar negara.. ->KLIK<-
Kita berSETUJU dengan beberapa pihak yang memilih untuk berHATI-HATI dengan penDEDAHan RPK kali ini.. Jika anda sering mengikuti Malaysian Today, anda pasti tahu SEJARAH portal ini yang ASALnya pengKRITIK tegar mantan PM ke-5 dan menantunya dalam tulisan "The Khairy Chronicles".. Malah, kita tidak LUPA dia pernah menjemput Tun Mahathir berucap untuk mengKRITIK PM ke-5 dahulu.. Sehinggalah semasa DS Najib menjadi PM ke-6. pendiriannya berubah pulak kepada pengKRITIK tegar DS Najib dan isteri beliau termasuklah mengaitkan mereka dengan pemBUNUHan seorang model Monggolia, Altantuya pada tahun 2007/2008..
Di sinilah nama RPK mula memuncak terutamanya selepas dia membuat pengakuan berSUMPAH(SD) berhubung dengan kes pemBUNUHan tersebut.. Masih segar dalam INGATan kita RPK memperlekehkan polis Malaysia yang GAGAL menangkapnya semasa dia BERJAYA meLARIkan diri ke London.. Namun pada hari ini SEMUAnya sudah berUBAH dan RPK dilihat lebih ber'TOLERANSI' dengan DS Najib, dan mula menjadi pengKRITIK kepada Penasihat PKR yang diketahui UMUM membelanya.. Apa sudah JADI? Atau apakah yang menyebabkan dia diLIHAT seakan INSAF dan berubah? Ada WALI dari langit ke-7 muncul dalam MIMPI dan beri NASIHAT kepadanya ke? Atau dia sudah ada pemBIAYA baru untuk dia mengubah fikiran? ->KLIK<-
Apa pun, kita tidaklah melihat sesuatu yang SIGNIFIKAN daripada RPK.. Malah, keMUNCULannya kali ini dilihat lebih menyusahkan UMNO/BN kerana seperti biasa dia masih mengaitkan isi kandungan TULISANnya dengan pihak-pihak lain pulak!
->KLIK<-
IBARAT plot ceritera dalam SINETRON Indonesia atau Drama Korea yang sentiasa berubah-ubah di luar jangkaan dan meleret-leret, begitulah jugak RPK dengan TULISANnya.. Setakat ini tidak ada SIAPA pun yang mahu memastikan keBENARan apa yang diTULIS olehnya sebaliknya mereka memilih samada untuk menSENSASIkan atau menyokong apa sahaja yang diTULIS olehnya..
Sekarang ini perSOALan yang patut diTANYA ialah siapakah pulak 'BOSS' baru RPK? Yang NYATAnya, sudah tentulah dikalangan orang-orang POLITIK yang begitu GILA berebut KUASA samada dalam parti atau pun dalam arena POLITIK negara.. Adakah anda yakin RPK ini muncul sendiri tanpa ada sesiapa di BELAKANGnya? Dengan menjadikan DIRInya sebagai buruan polis dan pihak berkuasa negara ini, TIDAKkah dengan INI sahaja kita sudah boleh MENILAI keSETIAannya kepada negara? Adalah lebih baik jika anda TIDAK menuruti jejak beberapa pihak yang meLONJAK-LONJAK dengan penDEDAHan RPK dalam BLOG masing-masing tanpa menyelidikki dahulu MUSLIHAT dia berbuat demikian..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan