Wednesday, May 25, 2011

Jika tidak DAPAT cara untuk HENTIkan minyak NAIK = barang NAIK, PEMANDU patut masuk SEKOLAH balik..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita BUKANnya keKURANGan PAKAR atau SAINTIS dalam perlbagai BIDANG.. Malah, ramai sebenarnya RAKYAT Malaysia yang BIJAK-BIJAK cuma mungkin kerana perMAINan POLITIK beberapa PIHAK maka mereka ini diPINGGIRkan.. Kalau TIDAK, takkanlah kerajaan menganggap masalah 'BRAIN DRAIN' sebagai masalah yang SERIUS hinggakan sanggup menubuhkan TALENT CORPORATION sebagai salah satu USAHA untuk mengHALANG masalah ini? Namun demikian, PERCAYAlah bahawa selagi PERANGAI buruk orang POLITIK kita yang suka berlagak PANDAI terhadap perkara yang mereka sendiri BODOH tidak diatasi, sampai BILA pun kePAKARan tempatan seperti yang diMAKSUDkan akan dipinggirkan..

Kita katakan sedemikian kerana MERUJUK kepada beberapa orang yang diKATAkan PAKAR dan 'diGAJIkan' oleh kerajaan dalam satu bentuk organisasi bernama PEMANDU untuk diTUGASkan mengkaji perlaksanaan RASIONALISASI subsidi.. Setakat ini tidak adalah penCAPAIan mereka yang diKATAkan PAKAR ini boleh diBANGGAkan selain maki HAMUN daripada RAKYAT kerana menarik SUBSIDI beberapa barangan keperluan seperti GULA.. Pada kita sebagai RAKYAT, kalau setakat IDEA untuk RASIONALISASI subsidi adalah dengan menarik pemBERIan subsidi hingga RAKYAT maki HAMUN kerajaan, itu TANDAnya pihak yang diMAKSUDkan belum layak dipanggil sebagai PAKAR dan lebih baiklah mereka kembali bekerja sebagai 'PENYAMUN' di mana-mana agensi atau GLC-GLC..

Walaupun kerajaan mengUMUMkan tidak akan meNAIKkan harga minyak RON95, diesel dan GAS TETAPI adakah itu tindakkan untuk satu jangkamasa yang LAMA? ->KLIK<-

Rasanya TIDAK.. Mungkin kerajaan lebih suka 'PLAYSAFE' kerana khuatir TINDAKkan sedemikian hanya akan menambahkan keMARAHan rakyat seterusnya menyukarkan kerajaan UMNO/BN untuk menghadapi PRU-13 yang dijangka akan berlaku kurang dari seTAHUN.. Namun demikian, kita jugak patut NAMPAK bahawa kerajaan seharusnya lebih TEGAS dengan PEMANDU berhubung soal RASIONALISASI subsidi.. TEGAS dalam ertikata bahawa sebarang CADANGAN dari PEMANDU tidak seharusnya diterima BULAT-BULAT tanpa melakukan KAJIAN tetang IMPAK yang datang daripada RAKYAT..

Kerajaan UMNO/BN seharusnya lebih TEGAS untuk mengARAHkan PEMANDU agar memikirkan cara untuk mengELAKkan keNAIKkan harga barang lain walaupun harga bahan bakar diNAIKkan.. 'IKATAN' seperti harga bahan bakar NAIK = harga barang NAIK harus diHENTIkan dan ini sepatutnya menjadi tugas PEMANDU untuk memikirkan KAEDAH yang paling berKESAN, bukannya asyik dok CADANGkan agar tarik SUBSIDI itu dan ini kepada kerajaan! Kalau takat CADANGAN kedai KOPI macam tuh, Pak Jabit dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun boleh FIKIRkan! Kerajaan sepatutnya SEDAR bahawa pemBAYARan gaji atau ELAUN kepada PEMANDU jugak meRUPAkan satu bentuk pemBAZIRan jika idea-idea atau CADANGAN mereka hanya menyakitkan hati RAKYAT!

Kita tidak TAHU kenapa kerajaan UMNO/BN seakan tidak mahu BELAJAR pengalaman mereka menghadapi dua kali KRISIS ekonomi di zaman Tun Mahathir dahulu.. Tun Mahathir tidak pula sewenang-wenangnya menarik SUBSIDI setiap kali berlakunya krisis ekonomi? RAKYAT jugak tidak tertekan walaupun ekonomi negara MELESET pada masa itu? Malah, semasa krisis EKONOMI tahun 1997/98, Tun Mahathirlah yang mengeluarkan IDEA tentang kawalan nilai MATAWANG dan kawalan MODAL sebagai cara untuk mengelakkan negara menjadi BANGKRAP.. Ini adalah IDEA asli tanpa perlu pun beliau merujuk pakar-pakar seperti kerajaan UMNO/BN merujuk PEMANDU berhubung soal RASIONALISASI subsidi ketika ini.. Apa GUNAnya jadik kerajaan kalau setiap kali NEGARA ada masalah, semuanya MINTAK 'Tuan Penasihat 25%' untuk SELESAIkan?

Sebenarnya, Tun Mahathir dah TUNJUKkan pun PUNCA kenapa ekonomi DUNIA sering tidak stabil dan kenapa setiap kali harga bahan MENTAH naik, maka harga barangan pun akan turut NAIK.. Beliau dah pun beritahu kepada DUNIA 10 tahun lalu kerana ianya adalah masalah GLOBAL.. Malah, kita PERCAYA jika saranan Tun Mahathir 10 tahun lalu diambil BERAT oleh kerajaan UMNO/BN pada hari ini, kita tidak pun memerlukan PEMANDU apatah lagi 'LEVEL 4 BOYS' untuk berlakon BAIK sebagai penasihat.. Apakah CADANGAN Tun pada masa itu? MALASlah nak bagitahu.. Anda boleh SELIDIK sendiri atau baca kembali bagaimana beliau menangani krisis ekonomi tahun 1997/98.. Sebagai 'HINT', ianya berkaitan dengan IDEA untuk mengHENTIkan sandaran MATAWANG negara kepada 'KERTAS TISU' dari US! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan