Sunday, May 01, 2011

Selamat Hari Pekerja - Adakah anda mahu kekal sebagai PEKERJA sementara ada pihak mahu menJAJAH anda?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

1 MEI disambut jugak sebagai Hari Pekerja, DAHULUnya dikenali sebagai Hari Buruh.. Setiap KALI sambutan 1 Mei, mungkin WAJAR jugak kita berNOSTALGIA tentang nasib para PEKERJA khususnya di negara ini.. Kalau DAHULU, penjajah British menetapkan POLARISASI kaum berASASkan pekerjaan.. Contohnya kaum Melayu/BUMIPUTERA hanya sebagai PETANI, 'Civil Service', tukang atau askar.. Kaum Cina pulak sebagai Tokey dan pelombong.. Kaum India pulak sebagai buruh kasar di ESTET, askar upahan dan pembina jalan.. Itu semua SENARIO pekerja sebelum negara ini MERDEKA..

SENARIO ini berjaya diPECAHkan semasa perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB) oleh allahyarham Tun Abdul Razak.. Kita menyaksikan kaum-kaum BUMIPUTERA mula menjadi JURUTERA, pensyarah, ahli KORPORAT, doktor malah ANGKASAWAN.. Kaum Cina pulak masih KEKAL sebagai peniaga tetapi mula menguasai pentadbiran di dalam sektor KORPORAT.. Kaum India jugak tidak ketinggalan sebagai PENIAGA, doktor dan peguam.. Dengan KATA lain, DEB sebenarnya berjaya meLAHIRkan sumber tenaga MAHIR di samping mengurangkan keMISKINan..

Namum demikian, hari ini masih ada segelitir pihak yang mempertikaikan DEB.. Bukan sahaja kaum yang MARAH dipanggil sebagai kaum PENDATANG, malah ada jugak dua tiga EKOR dalam Pemuda UMNO terUTAMAnya yang menang JAWATAN dalam parti secara menabur DUIT turut mempertikaikan DEB.. KeBANYAKkan yang mempertikaikan DEB ini perasan KONONnya mereka bijak pandai kerana 'GRAD' dari Oxford, Cambridge, Harvard dan lain-lain IPT luar negara.. Sedangkan DEB yang berjaya mengurangkan keMISKINan ini adalah antara IDEA terbaik yang dihasilkan di negara ini?

Puak-puak yang menentang DEB sebenarnya mahukan kaum Melayu/BUMIPUTERA kekal sebagai golongan PEKERJA sementara kaum yang MARAH dipanggil sebagai PENDATANG pulak wajar diberikan HAK untuk meMONOPOLI segala-galanya yang ada di NEGARA ini tak kira le laut, DARAT dan UDARA! Kaum Melayu/BUMIPUTERA hanya mampu menjadi pemBELI, bukannya sebagai pengeluar jauh sekali sebagai pereka atau pencetus IDEA.. Kuasa POLITIK kaum Melayu/BUMIPUTERA pulak akan diPECAHkan agar tidak bersatu dan senang diKAWAL supaya tidak TIMBUL soal tuntutan HAK-HAK untuk memperTAHANkan apa yang memang MILIK mereka.. Ini bukan perkara BARU, malah sudah semakin NYATA terutamanya selepas kuasa POLITIK Melayu semakin LEMAH dewasa ini..

SOALnya, mahukah anda menjadi sedemikian RUPA? Sebagai PEKERJA, anda hanya layak mendapat GANJARAN yang ditentukan oleh MAJIKAN anda.. Untuk anda menjadi seperti MAJIKAN anda, jauh panggang dari api! MAJIKAN andalah yang mengawal NASIB anda, mengawal harga barangan untuk anda makan dan minum malah mengawal pendidikan dan tahap keSIHATan anda.. Jika anda berSUARA memBANTAH, anda dicap sebagai PENENTANG atau diLABELkan sebagai RASIS.. Anda akan diNAFIkan segala-galanya walaupun tok nenek anda dahulu berSUSAH payah meMERDEKAkan tanah air ini agar anda tidak menjadi PENDATANG di tanah tumpah darah sendiri..

Hari ini kaum Melayu/BUMIPUTERA wajar melihat setakat mana penCAPAIan anda sebagai warganegara di tanah yang diPUSAKAkan kepada mereka.. Masihkan anda mahu KEKAL sebagai PEKERJA sedangkan ada PIHAK cuba kembali untuk menJAJAH anda secara LAHIR dan BATIN dengan meNAFIkan hak-hak anda sedikit demi SEDIKIT?

SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2011

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan