Friday, May 06, 2011

Walau bila pun tarikh PRU-13, tidakkah DS Najib diLIHAT keSEORANGan untuk menghadapinya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita sebenarnya tak KISAH pun samada PENTING atau TIDAK angka-angka 'FAVOURITE' DS Najib untuk menentukan tarikh PRU-13.. TerPULANGlah kepada DS Najib untuk menentukan TARIKHnya dan masa yang SESUAI.. Orang BEBAS membuat SPEKULASI dan jika SPEKULASI mereka tidak TEPAT, mereka jugaklah yang MALU! ->KLIK<-

Mungkin TOKEY judi atau Pak NUJUM pun nak cuba-cuba NASIB untuk meRAMALkan apa nombor keGEMARan DS Najib seterusnya menentukan bilakah tarikh PRU-13.. Apa pun itu HAK mereka untuk meRAMAL dan sebagai orang POLITIK, bukan SPEKULASI tentang ANGKA itu yang PENTING sebaliknya bagaimana hendak mencapai keMENANGan MUTLAK dalam PRU-13 nanti..

Kita nak TANYAlah kepada anda SEMUA.. Anda tak RASA ke DS Najib seakan-akan keSEORANGan untuk menghadapi PRU-13? Kita katakan sedemikian kerana kita TIDAK nampak jentera BN khususnya jentera UMNO 'FULLY UTILISED' untuk menghadapi PRU-13.. Ya, memang benar UMNO/BN dah banyak kali menghadapi PRK.. Namun adalah BODOH jika menyamakan SENARIO PRU dengan SENARIO sebuah PRK.. PRK boleh diMENANGi jika kena CALONnya dan semua JENTERA diTUMPUkan terhadap kawasan yang ada pilihanraya.. Adakah PRU jugak boleh diMENANGi dengan cara yang SAMA sedangkan semua maklum jentera UMNO/BN akan berpecah kepada 222 kawasan Parlimen? BerSEDIAkah UMNO/BN atau sekadar tahu CAKAP aje?

Plihanraya di negara ini UMPAMA sebuah peperangan.. Kalau peperangan terTUMPU kepada sesuatu kawasan seperti PRK, ianya mudah untuk diMENANGi.. Bagaimana pulak kalau peperangan itu MEREBAK ke 222 buah kawasan? Mampukah TENTERA dan jentera SERANGAN diagih-agihkan untuk kesemua kawasan terbabit? Cukupkah perSEDIAan untuk berperang dalam SKALA yang lebih besar dan luas seperti PRU? Tidak perlukah MELIHAT kembali SENARIO PRN Sarawak yang mana berlakunya pengurangan kerusi DUN oleh BN Sarawak? Tidakkah itu memberi GAMBARAN bahawa banyak lagi perlu dilakukan oleh UMNO/BN selain bercakap BESAR tentang keYAKINan untuk merampas kembali kawasan yang terlepas?

Sebab itulah kita RASAkan cuma DS Najib seorang aje yang PULUN untuk menghadapi PRU-13.. Kita tak NAMPAK pun DS Najib diBANTU oleh jentera BN yang lain.. Malah, kita BERANI katakan komponen BN pun masih buat BODOH aje untuk menghadap PRU-13.. Adakah anda melihat MCA dan Gerakan turun padang untuk tunjuk MUKA kepada pengundi? Adakah MIC sudah YAKIN 100% dapat SOKONGan masyarakat India? Bagaimana pulak dengan BN Sarawak dan Sabah? Adakah keCEMERLANGan dan PRESTASI mereka mampu diKEKALkan kalau pun tidak mampu menjadi lebih BAIK? Atau SEMUAnya KONFIDEN dengan berJANJIkan langit dan bumi kepada para pengundi?

Bagaimana pulak dengan UMNO sendiri? Baru aje beberapa HARI lepas seorang Ketua Pemuda Bahagian di Cheras dah menunjukkan 'MENTALITI TAIK'nya yang mahukan 'BOSS'nya diberikan PANGKAT dalam KABINET baru nak berKHIDMAT kepada parti.. Adakah dengan MENTALITI sebegini UMNO nak bersama DS Najib untuk menghadapi PRU-13? Wanita UMNO walaupun diKAGUMi kerana terbukti GIGIH menDEKATi pengundi tetapi Ketua Wanitanya sendiri adalah calon yang KALAH kepada LAWAN yang mentah dan mempunyai banyak keLEMAHan peribadi.. Tidakkah sepatutnya Ketua Wanita UMNO melihat sendiri PRESTASInya sendiri sebelum meLOBI untuk berikan kerusi lebih kepada Wanita UMNO?

Adakah DS Najib sendiri YAKIN bahawa beliau diSOKONG 100% oleh ahli-ahli UMNO? Ini kerana faktor SABOTAJ sering berlaku sesama ahli yang tidak dipilih sebagai CALON.. Tambah pulak ada 2,3 kerat para pemimpin UMNO sendiri yang sering memBELAKANGi DS Najib sendiri semasa mereka buat KENYATAAN.. Kebanyakkan mereka nih adalah PENGANUT fahaman 'New POLITICs' yang jelas berORIENTASIkan syok sendiri dan tidak lebih mahu memPROMOSIkan diri sendiri macam ARTIS! Adakah UMNO tidak akan menghadapi SABOTAJ daripada golongan INI dalam PRU-13 kelak? Mereka jugak mengGUNAkan media seperti BLOG, TWITTER dan FACEBOOK bukan untuk perjuangan PARTI sebaliknya untuk cari PUBLISTI bagi diri sendiri..

Bagaimana pulak kalau Parlimen diBUBARkan tetapi 4 NEGERI yang dikuasai oleh PR enggan memBUBARkan DUN? Almaklumlah, kita kurang YAKIN sangat MB GAGAP di Selangor akan bertindak WARAS dengan turut sama BUBARkan DUN Selangor serentak dengan Parlimen.. Begitu jugak dengan DUN Kedah, DUN Pulau Pinang dan DUN Kelantan.. Apakah STRATEGI DS Najib jika SENARIO sedemikian berlaku? Oleh itu, lebih BAIK persediaan RAPI diatur untuk mengatasi perkara-perkara yang kita SEBUTkan sebelum memBUBARkan Parlimen dan DUN bagi menghadapi PRU-13..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan