Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, June 09, 2011
Kerajaan VS Lanun-Lanun KORPORAT dalam GLC, Siapa mengawal siapa?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Antara sebab kerajaan melaksanakan dasar penSWASTAan, ialah untuk mengurangkan BEBAN kewangan kerajaan di samping itu, meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan para pekerja.. Untuk itu, beberapa agensi atau jabatan kerajaan yang sebelum ini mewakili kerajaan memberikan KHIDMAT untuk rakyat telah diSWASTAkan seperti TNB, TM, KTM dan banyak lagi.. Di samping itu, kerajaan jugak mempunyai pegangan SAHAM dalam beberapa syarikat asing yang diambil alih seperti MMC, Sime Darby dan lain-lain.. Melalui penubuhan beberapa badan kerajaan seperti HICOM, PNB, LTAT, Petronas dan Tabung Haji, kerajaan memilikki pegangan pulak di dalam beberapa syarikat lain atau melalui anak-anak syarikat yang diTUBUHkan.. Akhirnya semua entiti ini dikenali oleh RAKYAT sebagai 'Government Linked Company' atau GLC..
Pada AWALnya, memang kita lihat banyak keBAIKkan daripada dasar kerajaan ini.. Memang kita melihat peningkatan KUALITI dalam perKHIDMATan mereka seterusnya berjaya memBERIkan pulangan yang LUMAYAN kepada pendapatan kerajaan.. Seterusnya, RAKYAT jugak mendapat pekerjaan berbentuk keMAHIRan tinggi dan ini semua akhirnya akan meRANCAKkan pertumbuhan ekonomi negara.. Namun, itu semua semasa zaman awal atau lebih tepat lagi, semasa Tun Mahathir masih menjawat jawatan PM.. Tun Mahathir sering memantau PRESTASI dan perkembangan GLC-GLC ini dan diFAHAMkan sesiapa yang mengetuai GLC-GLC ini selalu dikehendakki menyediakan laporan untuk diteliti oleh Tun.. Dengan kata lain, Pengerusi, CEO atau sebagainya tak BOLEH la buat GLC-GLC ini macam 'MAK BAPAK' diorang punya..
Hubungan antara GLC dengan kerajaan ibarat aur dengan tebing.. Kerajaan menyediakan prospek perniagaan, GLC pulak menyediakan perKHIDMATan kepada RAKYAT meWAKILi pihak kerajaan.. Malah semasa krisis ekonomi pun kita saling melihat kerjasama 'WIN-WIN' antara kerajaan dengan GLC.. Namun, apabila Tun bersara, kita meLIHAT makin banyak LANUN-LANUN Korporat masuk dan menguasai GLC-GLC melalui pengaruh tokoh-tokoh POLITIK tertentu khususnya dalam UMNO.. Tak kurang jugak tokoh-tokoh POLITIK dalam UMNO sendiri turut sama 'tumpang SEKAKI' walaupun diorang nih meniaga goreng pisang tepi JALAN pun belum tentu orang nak BELI! Ini telah menJEJASkan KUALITI perKHIDMATan GLC-GLC kepada RAKYAT seterusnya menJADIkan GLC-GLC bersifat 'MONEY Oriented' iaitu menjadi TAMAK, menindas dan mengABAIkan objektif asal penubuhan mereka terhadap NEGARA..
Hari ini meLIHAT satu demi satu keKECOHan dalam UDA dan sebelum ini dalam Sime Darby, Maybank, MAS, Proton dan banyak lagi.. Kita jugak melihat GLC-GLC seakan tidak memBANTU kerajaan sebaliknya menekan RAKYAT dalam keNAIKkan servis CAJ atau bayaran BULANan mereka seperti TNB, Astro, Pos Malaysia dan sudah tentunya bank-bank TEMPATAN yang mana kerajaan ada pegangan SAHAM.. Itu belum lagi kita menyentuh tentang KUALITI yang merudum seperti perKHIDMATan awam di bawah Rapid KL, pemBERSIHan seperti Alam Flora dan lain-lain.. Kenapa ini berlaku? Ini kerana GLC-GLC ini sudah 'KORUP' dari segi pengurusan akibat terlampau banyak POLITIKING.. Jelas sekali bukan semua yang pegang JAWATAN dalam GLC-GLC ini adalah orang yang LAYAK sebaliknya adalah LANUN-LANUN Korporat seperti yang kita SEBUT..
Kalau dari segi jumlah SIJIL atau bab pandai berCAKAP, memang LANUN-LANUN Korporat ini tidak ada tandingan.. Mungkin sebab itulah kepimpinan kerajaan mudah 'terPESONA' dan meLANTIK mereka ke jawatan-jawatan tinggi dalam GLC-GLC.. Namun, itu semua tidak menJAMIN bahawa mereka akan memBERIkan KHIDMAT terbaik, apatah lagi menJADIkan RAKYAT kagum seterusnya memuji kerajaan kerana melantik mereka nih.. Ada LANUN-LANUN Korporat meRASAkan mereka sahaja yang BIJAK pandai kerana mungkin LULUS dari Oxford / Cambridge / Harvard dan mereka je LAYAK menguruskan GLC-GLC ini.. LANUN-LANUN Korporat di kalangan tokoh-tokoh POLITIK pulak menguruskan GLC-GLC ini mengikut kePENTINGan POLITIK mereka sendiri.. Memang TIDAK ada pun yang RASAkan bahawa menguruskan GLC-GLC adalah sebagai satu bentuk AMANAH untuk RAKYAT dan negara!
Adakah kerajaan mampu mengawal LANUN-LANUN Korporat ini? Kita KATAkan tidak.. MeLAINkan jika DS Najib mengubah dirinya menJADI seperti Tun Mahathir, mungkin LANUN-LANUN Korporat ini dapat diKURANGkan kalau pun tidak dapat diBANTERAS sepenuhnya.. Jika DS Najib berTEGAS, LANUN-LANUN Korporat ini akan berTINDAK balas secara 'DOWNGRADED'kan KUALITI perKHIDMATan GLC-GLC ini untuk menimbulkan keBENCIan RAKYAT kepada kerajaan.. Tak MUSTAHIL pun LANUN-LANUN Korporat itu akan berkerjasama dengan pihak pemBANGKANG asalkan keDUDUKkan mereka terjamin.. Inilah masalahnya apabila UMNO sebagai tonggak kerajaan begitu LEMAH akibat 'GATAL' sangat menyelitkan pengamal POLITIK WANG dalam parti.. Yang NYATAnya, RAKYAT menilai PRESTASI GLC-GLC ini sebagai CERMINAN kepada PRESTASI kerajaan ini sendiri!
Nak BERSIHkan GLC-GLC ini dari LANUN-LANUN Korporat memang BOLEH tetapi PAYAH.. Apa pun DS Najib sendiri kena selalu TURUN padang secara mengejut untuk LIHAT sendiri dan memantau PRESTASI GLC-GLC yang diKUASAi oleh LANUN-LANUN Korporat ini.. Inilah AMALAN yang pernah dan selalu diLAKUkan oleh Tun Mahathir sendiri dahulu.. Sebab itulah beliau mampu menangani apa sahaja KRISIS dengan BAIK kerana beliau sendiri memantau apa yang berlaku di SEKELILINGnya.. Sikap beliau ini lah menyebabkan negara kita mampu berDAYA saing dan GLC-GLC kita tidak menjadi penindas kepada RAKYAT sendiri..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan