Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, July 04, 2011
EKSKLUSIF - Apa keperluan seorang KETUA pertubuhan HARAM mohon mengadap Baginda YDP Agong?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Walaupun YDP Agong telah mengeLUARkan Titah KHAS semalam, setakat ini kita NAMPAK jelas RESPON daripada pihak BERSIH 2.0 adalah SUAM-SUAM kuku.. Apa pun, keGILAan mereka hanyalah setakat di laman-laman WEB atau pun BLOG-BLOG tertentu sahaja.. Nampak jelas RAKYAT khususnya orang Melayu/ISLAM menJUNJUNG tinggi Titah KHAS Baginda Tuanku dan berHARAP agar niat BERSIH 2.0 itu tidak diTERUSkan.. BONGOK benarle kalau tak FAHAM apa yang Baginda Tuanku TITAHkan..
Namun demikian, kita ingin memperSOALkan apakah MOTIF Pengerusi BERSIH 2.0 untuk mengADAP Baginda Tuanku sebelum 9 Julai ini? ->KLIK<-
Seharusnya diFAHAMi bahawa BERSIH 2.0 sebenarnya adalah perTUBUHan HARAM dan baru sahaja diHARAMkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru beberapa HARI lepas.. Atas KAPASITI apakah seorang pengerusi petubuhan HARAM meRASAkan dirinya LAYAK untuk memohon untuk mengADAP Baginda Tuanku? Bagaimana pulak kalau esok-esok HINDRAF, Komunis, Al Arqam atau pun Ayah Pin pulak menyatakan keINGINan sedemikian? Kita HARAP sangat-sangat pihak berKUASA, Majlis Raja-Raja dan Baginda Tuanku sendiri TEGAS dalam SOAL ini..
Seharusnya Titah KHAS Baginda Tuanku tidak perlu lagi diperSOALkan atau dengan KATA lain, ikut ajelah tak USAH nak mengada-ngada! Dari AWAL lagi TUNTUTAN yang dikemukakan BERSIH 2.0 adalah tidak MUNASABAH dan tidak RASIONAL meskipun pihak SPR tidak menutup pun PINTU rundingan.. Apabila diISHTIHARkan sebagai pertubuhan HARAM, apabila pihak POLIS sendiri sudah TUTUP pintu RUNDINGAN dan apabila Baginda Tuanku sendiri terpaksa mengeluarkan Titah KHAS, barulah mereka terasa keKURANGan SOKONGan dan terpaksa buat HELAH untuk mengADAP Baginda Tuanku bagi menarik kembali SIMPATI daripada RAKYAT? Tolonglah pihak berKUASA nampak akan MUSLIHAT mereka ini dan jangan sesekali beri MUKA!
"Enough is ENOUGH!".. Tidak perlu pun seorang YDP Agong menCEMAR Duli untuk mengadakan perTEMUan dengan seorang KETUA pertubuhan HARAM! Malah, kalau kita BACA betul-betul pada ayat terAKHIR petikan akhbar tersebut, KETUA pertubuhan HARAM itu menyatakan bahawa KEPUTUSAN yang bakal diambil itu bergantung sepenuhnya kepada nasihat Seri Paduka di dalam pertemuan tersebut.. Ini sebenarnya HELAH mereka untuk mengHERET Institusi Raja Berperlembagaan ke dalam kancah POLITIK mereka yang KOTOR.. SeWAJARnya KETUA pertubuhan HARAM itu memBUBARkan dahulu pertubuhan HARAMnya terlebih DAHULU barulah LAYAK nak minta mengADAP!
"The MESSAGE from His Highness is very CLEAR!".. Pertubuhan HARAM ini bukan sahaja telah memBELAKANGi undang-undang NEGARA malah menimbulkan keKACAUan hampir di seluruh NEGARA.. Kegiatan BERSIH 2.0 yang diBIAYAi oleh dana-dana daripada pihak ASING jelas memBUKTIkan bahawa mereka adalah penDERHAKA kepada negara.. Blog ini pernah menyarankan agar keRAKYATan mereka ini diTARIK balik atas perBUATan mereka ini.. Pihak berKUASA janganlah TAKUT untuk berTINDAK tegas kerana perBUATan mereka ini tidak boleh diMAAFkan dan patut diLIHAT sebagai menJUAL negara kepada pihak ASING! Apakah perlunya berTOLAK ansur lagi dengan pertubuhan HARAM ini lagi?
Pihak berKUASA seharusnya nampak MUSLIHAT yang cuba dibawa oleh KETUA pertubuhan HARAM ini.. Jangan beri MUKA dan jangan diperBODOHkan langsung seperti mana mantan PM ke-5 diperBODOHkan oleh mereka ini.. BLOG ini jugak pernah menyatakan ada berjuta-juta orang lagi WARGANEGARA yang mahu hidup dengan BAIK tanpa keKACAUan, kenapa pulak seHARUSnya tuntutan pihak yang melakukan keKACAUan hendak diambil berat? Patut diINGATkan selagi tidak ada TUNTUTAN daripada pihak mereka untuk memBUBARkan BERSIH 2.0 atau mengHENTIkan perHIMPUNan HARAM mereka pada 9 Julai ini, mereka wajar diPERANGi dan tidak perlu diberi MUKA langsung.. Muslihat mereka masih lagi BANYAK dan janganlah kita terjerumus ke dalam salah satu daripadanya..
Wallahualam..
salam sejahtera tuan blog.
ReplyDeleteutk makluman tuan, sy adalah pembaca setia blog tuan. cara tuan menghuraikan setiap isu berbangkit dgn isi-isi y bernas d tambah dgn "update" y tidak begitu kerap membuatkan sy gemar membaca blog tuan dan sy jg bukanlah sorg y suka dgn bab2 politik tetap tetap jg ingin ambil tahu perkembangan semasa menjadikan sy memilih blog tuan utk bacaan bsifat politik..
tuan,
sy ada satu pmintaan utk tuan bincangkan isu2 mahasiswa "gila politik" (y semmangnya budak melayu y patut duduk belajar) seperti pertubuhan pro-mahasiswa, GAMIS anakmudahbersih dan sebagainya y mahu turut serta dalam demo bersih nnt. harap tuan dpn huraikan pro dan kontra penglibatan mereka ini
salam