Tuesday, September 13, 2011

KeBERANian DS Najib di Permatang Pauh belum CUKUP untuk menghadapi PRU-13..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ramai juruBLOG sudah mula memperSOALkan tindak-tanduk DS Najib sejak kebelakangan ini.. DS Najib BERANI mengadakan rumah terBUKA 1 Malaysia di Permatan Pauh yang diketahui UMUM kawasan Parlimen Penasihat PKR.. Tindakkan yang amat-amat BERANI, setanding dengan keBERANIan Tun Dr. Mahathir dahulu yang BERANI ke Kelantan mengadakan program SEMARAK sebaik sahaja PAS membentuk kerajaan selepas PRU 1990.. Kita tidak NAFIkan DS Najib wajar dipuji kerana keBERANIan sedemikian yang tidak ada pun pada mana-mana pemimpin UMNO/BN yang lain..

Namun demikian, DS Najib seakan-akan kurang BERANI dengan golongan LIBERAL dan jugak para 'PENASIHAT' yang diWARISinya daripada era PM ke-5.. Golongan LIBERAL yang berkuasa di GLC-GLC dan agensi-agensi kerajaan mengGUNAkan keDUDUKkan mereka bukan untuk membantu kerajaan sebaliknya BERANI pulak menekan RAKYAT di hadapan kerajaan sendiri.. Siapakah yang meNAIKkan caj-caj dan kos perKHIDMATan yang diNIKMATi RAKYAT kalau bukan GLC-GLC ini? Tidakkah golongan LIBERAL dalam GLC-GLC ini sebenarnya menjadikan RAKYAT sebagai alasan untuk memaksa kerajaan mengIKUT kehendak mereka?

DS Najib jugak seakan-akan keBERATan hendak menegur atau berSUARA terhadap keLEMAHan para MENTERInya sendiri.. Contoh terbaik ialah SEPUPUnya sendiri yang menjawat Menteri KDN.. Pernahkah NEGARA ini memPUNYAi Menteri KDN yang sebegitu LEMAH sebelum dia?

-Dia MENIKUS apabila Timbalan Presiden PAS mencetuskan keKACAUan dengan kenyataannya meng'HERO'kan KOMUNIS..

-Dia jugak berDIAM diri apabila langsung tidak BERANI ambil TINDAKan terhadap peRUSUH BERSIH 2.0 walaupun adalah jelas statusnya sebagai pertubuhan HARAM dan melanggar undang-undang NEGARA..

-Begitu banyak FITNAH diTABURkan menerusi MEDIA pembangkang terhadap kerajaan, apakah Menteri KDN sebegitu BACUL untuk tidak BERANI pun bertindak untuk memperTAHANkan kerajaan?

Hari ini kita LIHAT pulak bagaimana puak-puak PR naik TOCANG untuk mengGONCANG kerajaan agar menurut kehendak mereka berhubung tuntutan dalam BERSIH 2.0.. ->KLIK<-

Itu baru Menteri KDN.. Belum lagi Menteri KPKK, Menteri 'ILLUMINATI' dalam PEMANDU dan lain-lain? Belum masuk lagi kePIMPINan 'WARLORD' dalam UMNO terutamanya Ketua-Ketua Bahagian yang PERASAN mereka sudah berkuasa macam Presiden UMNO? Belum lagi PERANGAI para pemimpin KOMPONEN dalam BN yang tak de INISIATIF pun untuk menguatkan parti masing-masing? Yang terpaksa meLIHAT ini semua dengan perasaan JELAK dan MELUAT.. Apakah tidak ada keKUATan di pihak DS Najib untuk mengubah SEMUA ini tanpa perlu TAKUTkan bayang-bayang yang tidak WUJUD terutama sekali daripada era kePIMPINan PM ke-5 dahulu dan menantu BABAHnya?

RAKYAT mengHARAPkan kePIMPINan yang KUAT dan PEMIMPIN yang berWAWASAN.. Untuk menjadi PEMIMPIN yang KUAT, seseorang itu perlu TEGAS dan mampu mengawal mereka yang di BAWAHnya.. RAKYAT mahukan seseorang yang berKARISMA dan teguh penDIRIan untuk memimpin mereka.. DS Najib seharusnya sedar mungkin batang tubuh DS Najib diTERIMA oleh RAKYAT pada hari ini berbanding Penasihat PKR dan rakan-rakannya.. Namun demikian RAKYAT rata-ratanya menolak PEMIMPIN lain dalam UMNO/BN yang LEMAH, PENGECUT, kaki BORAK atau GILAkan PUBLISITI.. Inilah yang akan menyebabkan DS Najib beRISIKO tinggi untuk mengetuai UMNO/BN menghadapi PRU-13..

Kita masih mengHARAPkan agar DS Najib sekurang-kurangnya mengadakan SEMULA pemilihan UMNO sebelum mengadakan PRU-13 agar keKUATan UMNO benar-benar diPULIHkan dan meWAKILi suara RAKYAT.. Format pemilihan UMNO yang BARU wajar dijadikan UKURAN sokongan terhadap kePIMPINan DS Najib sendiri.. Malangnya, masa sudah terlalu SUNTUK.. Mustahil untuk DS Najib mengadakan pemilihan UMNO pada tahun ini walaupun tempoh PRU-13 masih ada sehingga Mac 2013.. Walaupun DS Najib mungkin berSEMANGAT semasa Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia di Permatang Pauh, ianya belum tentu diKONGSi oleh keseluruhan penyokong UMNO khususnya orang Melayu/ISLAM..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan