Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, December 15, 2011
Penahanan 15 MAHASISWA berDEMONSTRASI pasal AUKU - Kenapa Timbalan Menteri IPT patut berTANGGUNG-JAWAB..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kalau Kak Ijat hendak diHUKUM kerana pekerjaan SUAMInya dalam NFC, kenapa pulak kita tidak boleh mengUSULkan seorang Timbalan Menteri IPT diHUKUM kerana 15 orang BAHLOL yang memilih untuk berDEMONSTRASI daripada menumpukan diri kepada pelajaran? ->KLIK<-
Kalau Kak Ijat laki bini diTUDUH menyalah-gunakan 'SOFTLOAN' kerajaan untuk projek NFC, kenapa pulak Timbalan Menteri IPT yang diMAKSUDkan tidak boleh diTUDUH meRUGIkan wang cukai RAKYAT yang sepatutnya diGUNAkan untuk memBIAYAi penDIDIKan anak-anak kita? Sebaliknya, Timbalan Menteri IPT inilah yang ke hulu ke hilir dok KONDEM pasal AUKU macamlah para MAHASISWA akan MATI KATAK dek perLAKSANAan AUKU? Apa dia ingat RAKYAT nih BODOH tak nampak AGENDA dia?
Mungkin dari segi ZAHIRnya, tidak ada perSAMAan antara KES laki Kak Ijat dengan KES Timbalan Menteri IPT ini.. Namun, dari satu segi kedua-duanya telah mengAKIBATkan keRUGIan kepada pihak kerajaan dan RAKYAT secara amnya.. Kalau 'SOFTLOAN' untuk projek NFC diKATAkan duit RAKYAT, dari mana pulak datangnya pemBIAYAan untuk 15 orang BAHLOL yang diTANGKAP Polis kerana berDEMONSTRASI untuk peMANSUHan AUKU di KL Sentral semalam? Duit pusaka TOK Nenek Timbalan Menteri IPT tuh ke? Atau dia INGAT duit cukai RAKYAT adalah HAK miliknya untuk diBAZIRkan sedemikian RUPA?
Kenapa pulak kita sebagai RAKYAT tidak boleh berSUARA jika duit kita sebagai pemBAYAR cukai yang diKUTIP untuk diGUNAkan sebagai pemBIAYAan anak-anak kita di IPT diBAZIRkan sedemikian RUPA? Secara LOGIKnya, kalau kita boleh berSUARA sedemikian terhadap NFC, kita jugak boleh berSUARA sedemikian terhadap agenda Timbalan Menteri IPT yang diMAKSUDkan dan agenda 'New POLITICs'nya? Apakah kita perlu menunggu NEGARA kita jadik macam Indonesia atau Mesir yang boleh LUMPUH dek DEMONSTRASI para MAHASISWA baru kita nak SEDAR duit kita telah diBAZIRkan? Itu pun mungkin dah terLAMBAT.. Sebab itulah langkah penCEGAHan ala 'Pre-EMPTIVE' wajar diambil..
Adakah kali ini DS Najib sebagai 'BOSS' kepada semua ahli KABINETnya akan berDIAM apabila Timbalan Menteri IPT yang diMAKSUDkan sekali lagi menyuarakan BANTAHan berhubung dengan penahanan 15 orang BAHLOL yang berDEMONSTRASI di KL Sentral? Kita sedia maklum sebelum ini Timbalan Menteri IPT ini jugak yang memBANTAH penDAKWAan terhadap beberapa MAHASISWA yang berKEMPEN di PRK DUN Galas dan memBANTAH pihak pengurusan UIA yang mengeluarkan SURAT tunjuk sebab terhadap Professor 'CHAP Ayam' di UIA berhubung kenyataan mengHINA DYMM Sultan Selangor? Apakah RAKYAT akan pejam MATA terhadap sikap 'Double-STANDARD' Timbalan Menteri IPT ini?
Salah satu PUNCA kenapa RAKYAT masih lagi SANGSI dengan UMNO ialah keGAGALan DS Najib mengawal tingkah laku para Menterinya yang diWARISi daripada era PM ke-5.. DS Najib seakan tidak BERANI pun nak 'SOUND' Menterinya yang memBERIkan PERSEPSI buruk terhadap kerajaannya.. Itu belum lagi kita LIHAT betapa DS Najib hanya pejam MATA terhadap para Menterinya yang meLAKSANAkan agenda pembangkang dalam kerajaannya.. Apakah DS Najib ingin diLIHAT meneruskan dasar 'keTERBUKAan' ala-ala PM ke-5 yang menyaksikan UMNO/BN hampir LUMPUH semasa PRU-12 lalu, kita TUNGGU.. Nak kasi 'TERBUKA' semua pun tak apa biar orang TAHU!
DS Najib patut sedar bahawa faktor SABOTAJ semasa PRU-12 lalu bukannya oleh ahli UMNO peringkat BAWAHan sahaja.. Ahli UMNO peringkat BAWAHkan mungkin SABOTAJ kerana KECEWA dengan keLEMAHan PM ke-5 masa tuh.. Namun demikian, SABOTAJ yang diLAKUkan oleh pemimpin ATASan termasuk yang berJAWATan dalam KABINET jauh lebih BAHAYA.. Mereka meLAKUkannya atas dasar ingin 'PLAYSAFE' iaitu jika UMNO tumbang pada PRU-13 nanti pun, mereka masih ada 'TEMPAT' yang diSEDIAkan oleh pihak LAWAN yang bakal memBENTUK kerajaan mengGANTIkan UMNO/BN.. Inilah SABOTAJ yang harus diTAKUTi dan diambil TINDAKan 'Pre-EMPTIVE' oleh DS Najib..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan