Saturday, September 29, 2012

BAJET 2013 dan kenapa DS Najib akan lebih POPULAR berbanding PARTInya sendiri..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita antara JUTAan RAKYAT di NEGARA ini yang tertumpu di SKRIN komputer dan depan TV menunggu keputusan BAJET 2013.. Berhubung dengan pengUMUMan BAJET 2013 semalam, RAMAI yang berSORAK tentunya kakitangan AWAM, ATM dan POLIS serta golongan MUDA.. Pada kita pulak, seperti TAHUN-TAHUN sebelumnya takdelah nak GEMBIRA sangat.. Mungkin pekerja GLC kepada sebuah agensi Kerajaan PUSAT macam kita ini sering terlepas PANDANG dek mereka di KeMENTERIan Kewangan.. Yang NYATAnya, ada pihak yang dapat 'FULUS' tapi pekerja macam kita dok lagu tu la jugak!

Apa pun, TAHNIAH kita UCAPkan kepada DS Najib berhubung dengan pemBENTANGan BAJET 2013 semalam.. Almaklumlah, ini BAJET terAKHIR sebelum PRU-13, tentunya DS Najib terpaksa meLIHAT jauh ke HADAPAN untuk  memastikan segala JANJInya diTEPATi.. Selain daripada mengUMUMkannya, kita berHARAP DS Najib meWUJUDkan pasukan pemantau untuk memastikan apa yang terkandung di dalam BAJET 2013 itu menepati SASARAN yang dinyatakan.. CONTOHnya seperti BR1M dan SUBSIDI RM200 untuk golongan MUDA bagi memBELI telefon 3G.. Pastikan ianya TIDAK diSALAH-gunakan.. 

Sudah tentulah kalau TENGOK kot mana sekalipun, BAJET 2013 Kerajaan UMNO/BN ternyata lebih REALISTIK berbanding puak-puak PR.. Hanya DUNGU aje yang tak NAMPAK perkara sedemikian.. Namun demikian, sudah tentu akan ADA kePINCANGan dari segi perLAKSANAan yang akan diINTAI dan diHIDU oleh puak-puak PR untuk memBURUKkan Kerajaan UMNO/BN dan DS Najib.. Dari SUDUT inilah DS Najib patut SEDAR dan memastikan perlunya SEMUA agensi perLAKSANAan mematuhi apa yang diperKATAkannya.. Begitu jugak dengan setiap anggota PARTI UMNO/BN juga perlu turun padang beri penJELASan..

Kita berSETUJU dengan apa yang diNYATAkan oleh Ketua PENGARAH JASA, Datuk FUAD Hassan di dalam Utusan Malaysia, Khamis LEPAS.. Menurutnya, IMEJ DS Najib sebagai PM adalah lebih BAIK berbanding IMEJ UMNO.. Ini kerana IMEJ UMNO itu diSERANG bertubi-tubi oleh pual-puak DUNGU dalam PR meRANGKUMi isu kecil atau besar melibatkan POLITIK, ekonomi, peribadi dan sosial - yang keSEMUAnya dilonggokkan kepada UMNO.. Katanya lagi,

"Hal ini demikian kerana imej Datuk Seri Najib sudah diterima umum oleh rakyat berbilang kaum. Dan banyak kajian menunjukkan secara berbanding, ada
semacam satu jurang antara imej Najib dengan UMNO. Secara individu, beliau bekerja kuat untuk membentuk imejnya sendiri, memperbaiki imejnya di kalangan orang muda, memperbaiki caranya untuk bergaul orang muda, membuat 'tweet' dan bergaya sporting macam orang muda. 

Beliau bekerja bersungguh-sungguh sebagai seorang yang mempunyai visi dan kreativiti dalam menguruskan negara, menunjukkan kesungguhannya untuk berjumpa dengan semua kaum dan kumpulan masyarakat kita hari ini. Menunjukkan bahawa boleh dilakukan usaha pemulihan imej sekiranya ada langkah-langkah teratur untuk memperbaiki imej seseorang pemimpin itu sendiri," ->KLIK<-

Ya.. BETUL! Tepat sekali apa yang diKATAkan oleh Datuk FUAD ini.. Buatlah segala macam DASAR sekalipun.. Selagi RAKYAT melihat cuma DS Najib seorang aje yang berSUNGGUH-SUNGGUH menJAYAkannya bukan kakitangan AWAM dan bukan jugak ahli-ahli UMNO/BN, jelas takde BEZAnya keKUATan Kerajaan UMNO/BN pada PRU-12 dan PRU-13.. RAKYAT TIDAK mengHARAPkan DS Najib yang terpaksa turun padang menyelesaikan MASALAH mereka sebaliknya RAKYAT berHARAP mereka yang diAMANAHkan oleh DS Najib untuk menJAYAkannya DASAR-DASAR kerajaan yang turun padang berJUMPA mereka!

Dalam KONTEKS yang diNYATAkan, RAKYAT boleh buat perBANDINGan sendiri dengan meNILAI berapa RAMAI yang HADIR untuk ACARA anjuran Pemuda UMNO seperti DEMONSTRASI di Masjid Kg. BARU baru-baru ini berbanding mereka yang HADIR di majlis-majlis DS Najib seperti 'WALKABOUT' atau 'PEMIMPIN bersama RAKYAT'.. Jelas di sini DS Najib menjadi 'JENAMA' yang lebih berNILAI berbanding UMNO/BN.. Almaklumlah, RAKYAT sebagai pengUNDI tentunya TIDAK akan menyalahkan DS Najib kalau di dalam PARTInya penuh dengan segala macam 'LANUN Korporat', kaki POLITIK WANG dan lain-lain.. RAKYAT melihat sebagai TUGASan bagi ahli PARTI untuk memBERSIHkannya..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan