Wednesday, April 17, 2013

CALON-CALON 'RECYCLE' pilihan UMNO/BN untuk menJAYAkan AGENDA TRANSFORMASI bagi WAWASAN 2020?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semalam kita telah menulis pasal keMUNGKINan UMNO/BN akan mengHADAPi perTANDINGan 3 PENJURU dan jika itu berlaku, UMNO/BN akan mengHADAPi keSUKARan untuk MENANG.. KePIMPINan UMNO seperti DS Najib seharusnya SEDAR bahawa berTANDING CALON BEBAS jugak meRUPAkan PILIHAN bagi sesiapa pun yang TIDAK berPUAS HATI dengan CALON-CALON yang diTAMPILkan.. Apatah lagi jika CALON-CALON tersebut TIDAK menepati LOKALITI bagi sesuatu kawasan.. DiFAHAMkan PARLIMEN Tasek Gelugor dan Pasir Mas akan mengHADAPi perLAWANan 3 PENJURU yang pastinya akan menJEJASkan peluang UMNO/BN..

Apakah UMNO/BN terlepas PANDANG perkara ini? Entahlah.. Kita pun semakin RAGU-RAGU dengan MAKSUD 'CALON-CALON ini sudah diTAPIS' seperti yang sering diNYATAkan oleh kePIMPINan UMNO/BN.. Bagaimana ianya diTAPIS dan siapakah pihak yang menapisnya? ETHOS Consultant, lagi ke? Kalau MUKA BARU tuh mungkin sudah diTAPIS, tetapi kalau MUKA 'RECYCLE' dari ZAMAN PM ke-5 tuh BETUL ke ianya sudah diTAPIS? DUN Kota Seputeh di Kedah menyaksikan CALON yang pernah diHERET ke MAHKAMAH kerana keTIDAK-HADIRan sidang DUN diCALONkan semula.. Di DUN Ladang, Terengganu orang KALAH PRK Kuala Terengganu TAHUN 2009 pun diCALONkan balik?  


Apakah dalam 3.3 JUTA keAHLIan UMNO hampir TIDAK ada CALON yang boleh mengGANTIkan mereka ini? Itulah masalahnya UMNO kerana terlalu 'RIGID' untuk berUBAH.. Kita LIHAT muka-muka 'SEGAR' dalam MCA, Gerakan dan PPP tetapi UMNO harus ingat bahawa PERSEPSI MAJORITI RAKYAT ialah pada CALON UMNO itu sendiri.. Jika BAIKlah CALON UMNO, maka CERAHlah peluang bukan sahaja untuk UMNO, malah untuk seluruh PARTI KOMPONEN lain dalam BN jugak.. Jika BURUKnya CALON UMNO itu, orang lain yang tak ada kena mengena pun akan turut menerima PADAH hanya kerana berTANDING di bawah satu lambang PARTI!

Kita FAHAM memang SUKAR untuk mengGANTIkan para 'OTAI' di NEGERI-NEGERI seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.. Para 'OTAI' ini TIDAK KISAH pun jika terpaksa berTANDING BEBAS demi memBUKTIkan PENGARUH mereka.. Ini bukan BUDAYA sesiapa pun meLAINkan BUDAYA UMNO jugak kerana memBIARkan PARTInya dijadikkan PLATFORM mengejar keMEWAHan, bukannya PLATFORM untuk memBERIkan perKHIDMATan kepada RAKYAT.. BUDAYA yang memuncak ZAMAN PM ke-5 jelas sekali sukar diBANTERAS walaupun pada PRU-13 kali ini.. Agaknya UMNO dok pakai 'PUNAH-Sihat' yang SAMA lagi kot?

Lagi satu, kita jugak ingin TAHU apakah MUKA-MUKA 'RECYCLE' ini mampu menJAYAkan AGENDA TRANSFORMASI DS Najib tuh? Sedangkan AGENDA 'ISLAM Hadhari' dulu pun RAMAI di kalangan mereka ini dok terNGANGA? Boleh ke diHARAP mereka ini untuk menJAYAkan VISI dan MISI menuju WAWASAN 2020 sedangkan rata-rata MUKA-MUKA 'RECYCLE' ini sekarang pun berUMUR 45 TAHUN ke atas? Itu yang membuat RAMAI yang GELAK berGULING-GULING jika mereka yang diCALONkan ini memBUKA MULUT bercakap tentang AGENDA TRANSFORMASI.. NAMPAK sangat mereka akan bercakap mengikut SKRIP yang sudah diTULIS aje..

Banyak perkara perlu diambil KIRA jika mahu meneruskan AGENDA TRANSFORMASI selepas PRU-13.. Yang paling MUSTAHAK ialah kerajaan yang diBENTUK perlulah KUKUH dan mendapat MANDAT PENUH.. Kalau nanti WAKIL UMNO/BN = 45%, WAKIL PR = 30% dan WAKIL BEBAS = 25%, jadiklah macam kerajaan di Filipina, Jepun atau kat Taiwan tuh! Kerajaan berTUKAR ganti macam TUKAR BAJU aje.. Lepas tuh kerja WAKIL RAKYAT pulak berGASAK dalam PARLIMEN atau sidang DUN.. SEMUAnya akan NORMAL jika CALON-CALON yang diPILIH menepati dan diHORMATi penduduk yang diWAKILinya.. Ini pilih CALON pun dah BODOHkan orang?

Apa pun, TINGGAL kurang 72 JAM sebelum Sabtu ini.. Kita SERONOK untuk mengira berapa BANYAKkah kawasan yang akan mengHADAPi perTANDINGan 3 PENJURU atau berapa belas PENJURU.. Ya, inilah keSUBURan DEMOKRASI di NEGARA ini.. Namun, NAMPAKnya DEMOKRASI kita semakin menuju kepada tahap seperti di India, Iraq, Pakistan dan Bangladesh aje.. Apakah ini akan menJAYAkan AGENDA TRANSFORMASI DS Najib? Untuk PRU-13 kali ini, jelas sekali Selangor dan Kedah menjadi TUMPUan UMNO/BN untuk diMENANGi.. Kelantan seperti biasa akan diketepikan walhal punyalah KERJA 3/4 MATI untuk PRU-13.. Kita tengoklah nanti!

Wallahualam..

1 comment:

  1. salam bro

    betul juga kata kamu tu...kat teranung..ape nak jadi pun tak tau...orang kalah prk naik...yang pakai selipar jepun n kasut pun naik...menteri besar kemaman pun naik...aduslah...

    kat kedah..johari baharum ada lagi yang duk malukan tun dulu..sedangkan tun berkempen sana sini selamatkan kedah dari pembangkang...berunding dengan syed mokhtar nak selamatkan kedah..tapi ni balasan najib pada tun....

    tingkat 4 masih berterusan...kj lagi bes..asistant dia bertanding ganti paklah pergi kawasan parlimen..najib ni berubah ke nak rebah...

    menteri lembap..ismail sabri ada lagi...sepupu dia jangan cite ar..aduslah...

    kalau menteri kabinet dia masih ada budak2 dulu...aku hentam dari awal lagi...tunggu dia dapat mandat dulu...

    budakteranung

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan