Friday, January 10, 2014

KeMAJUan 'KOSMETIK' NEGARA kita yang tak berASASkan REALITI oleh DS Najib dan para peNASIHATnya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ya.. BLOG ini kembali AKTIF semula untuk 'PERHATI' dan 'Kasi SENGGGAATT!!' apa yang patut.. Sebelum ini kita dah MALAS nak berBLOG pasal terlalu LETIH meLIHATkan KELETAH Kerajaan 'KADOK Naik JUNJUNG' selepas PRU-13 lalu.. Namun, kita SEDAR bahawa kita TIDAK boleh berDIAM sahaja terhadap perLAKUan sedemikian walaupun tanpa perlu berGULING-GULING di Dataran MERDEKA.. Baiklah, kali ini kita ingin memBICARAkan 'STRAIGHT Forward' tanpa perlu berMUKADIMAH.. Kita seperti mana RAKYAT lain ingin TAHU apa yang DS Najib ingin LAKUkan terhadap NEGARA? Apakah MASA depan kami SEMUA selepas ini?


Kenapa kita KATAkan sedemikian? Kita RISAU apa akan jadik pada MASA depan kita kerana jelas sekali DS Najib seakan sudah hilang KAWALan terhadap penTADBIRan kerajaan sebaliknya SEMUAnya berGANTUNG kepada para peNASIHAT RM 7.2 bilion seperti PEMANDU dan lain-lain.. Cuba anda LIHAT apa yang TIDAK diSENTUH oleh PEMANDU dalam URUSAN penTADBIRan NEGARA? Dari EKONOMI, SOSIAL hinggalah kepada POLITIK.. Jangan kita LUPA bahawa PEMANDU jugak pernah terlibat dalam ISU pengGUNAan NAMA Allah SWT dalam 'BIBLE'.. Apa yang PEMANDU atau para peNASIHAT TIDAK campur di NEGARA ini?

IRONInya, DS Najib dan AGENDA TRANSFORMASInya menerusi PEMANDU diLIHAT UMPAMA TIKUS memBAIKi LABU kepada NEGARA dan RAKYAT.. Kita ambil satu CONTOH petikan ISU majalah MASTIKA seperti di bawah.. 


ISU tentang GRADUAN yang memPUNYAi 'DOUBLE Degree' dari US tetapi diPINGGIRkan di NEGARA sendiri! KONONnya kerajaan menJANJIkan 100 RIBU JAWATAN dalam perKHIDMATan AWAM untuk diISI tetapi setakat manakah keSUDIan kerajaan untuk menerima GRADUAN sebegini dan RAMAI lagi GRADUAN JPA dan MARA dari luar NEGARA yang diPINGGIRkan oleh kerajaan? Apakah ini satu 'KOSMETIK' depan RAKYAT oleh kerajaan DS Najib? ->KLIK<-

Bandingkan pulak dengan penDEDAHan tentang si'GEDIK' yang diKATAkan salah seorang PengANALISIS KANAN di dalam PEMANDU seperti yang diPAPARkan oleh juruBLOG Helen ANG ini.. Inikah BUKTI keMAJUan seseBUAH NEGARA?


DiKATAkan dia hanyalah LULUSan UIA yang pernah 'KANTOI' satu SUBJEK dalam 'EXAM' TAHUN akhir tetapi diLAYAN oleh DS Najib dan kerajaan sebagai keturunan DEWA KAYANGAN dan diBERIkan JAWATAN untuk meNASIHATi kerajaan menerusi PEMANDU! Kita PERCAYA RAMAI lagi GRADUAN luar NEGARA yang sangat berPOTENSI dan ingin berBAKTI tetapi SENGAJA diSISIHkan oleh DS Najib dan penTADBIRan kerajaan kerana terlalu KEMARUK nak jadik LIBERAL!

Kita PERCAYA RAMAI pernah mengHADIRi TEMUDUGA PTD.. IRONInya SEMUA maklum bahawa PTD ialah JAWATAN ELIT dalam penTADBIRan kerajaan.. Namun demikian, PENGALAMAN yang kita dapati ialah pemilihan mereka bukan kepada keLAYAKkan atau PENGALAMAN sebaliknya lebih kepada INDIVIDU tersebut mampu jadik 'PAK TURUT' kepada pegawai kerajaan sedia ada.. Semakin TINGGI keLULUSan anda, semakin SUKAR untuk anda mendapat JAWATAN PTD kerana sudah tentu ILMU dan PENGALAMAN anda akan diLIHAT sebagai pengHALANG kepada golongan tertentu yang KORUP dalam kerajaan.. 

Sudah tentu AKHIRnya Kerajaan DS Najib terpaksa berGANTUNG kepada para PENASIHAT sehingga sanggup memBELANJAkan RM7.2 bilion untuk NASIHAT KARUT mereka.. Dengan para pegawai kerajaan yang mengHARAPkan para peNASIHAT untuk menTADBIRkan NEGARA, berSEDIAlah kita untuk menjadi 'BANANA Republic' sebelum PRU-14 nanti.. SEMUAnya kerana DS Najib sendiri mahu memaparkan sikap 'KOSMETIK' KONONnya dia diKELILINGi oleh mereka yang berOTAK LIBERAL yang KONONnya keBIJAKSANAan mereka itu tiada TANDINGan dalam NEGARA ini.. Iyelah tuh.. BIJAK menJAHANAMkan NEGARA..

Ya.. Kita MARAH dengan apa yang berlaku sekarang.. Yang menambahkan lagi keMARAHan kita ialah DS Najib GAGAL untuk TURUN ke 'GROUND' bagi meLIHAT sendiri REALITI apa yang sebenarnya berLAKU.. UMAT Melayu/ISLAM yang sebelum ini memBERIkan SOKONGan BESAR kepada DS Najib semasa PRU-13 lalu mula KECEWA meLIHAT apa yang DS Najib BERIkan sebagai BALASan.. Ibarat PERIBAHASA BERIkan BUNGA diBALAS dengan TAIK jadiknya..

- TAHUkah DS Najib bahawa PELUANG peKERJAan untuk ANAK-ANAK UMAT Melayu/ISLAM di TANAH air mereka sendiri sudah menjadi seSEMPIT-SEMPITnya? 

- TAHUkah DS Najib bahawa keMASUKkan FDI yang diBANGGAkan KONONnya kerana keLIBERALan kerajaan telah mengHAKIS HAK dan PELUANG peKERJAan untuk UMAT Melayu/ISLAM sendiri?

Kenapa kita KATAkan sedemikian? Kita telah menyaksikan bagaimana beberapa KONGLOMERAT ASING yang mencari BISNES di NEGERA ini termasuk meLOBI KONTRAK-KONTRAK kerajaan ada yang menutup PELUANG dan HAK untuk ANAK-ANAK UMAT Melayu/ISLAM untuk beKERJA dengan mereka? Sedarkah kita bahawa keBANYAKkan 'HR MANAGER' beberapa KONGLOMERAT ASING yang meLOBI PROJEK di NEGARA ini ialah dari BENUA India dan China? Mereka meLOBI PROJEK tapi ENGGAN memBERIkan peKERJAan kepada RAKYAT di sini? 


Lebih MALANG tuh, keBANYAKkan 'HR MANAGER' sebegini lebih RELA untuk meng'IMPORT' WARGA seBENUA mereka untuk beKERJA di NEGARA ini.. Kemudian mereka menCIPTA ALASAN pulak KONONnya RAKYAT NEGARA ini KHUSUSnya dari UMAT Melayu/ISLAM TIDAK 'KOMPETEN' untuk beKERJA dengan KONGLOMERAT ASING tersebut.. Kita nak TANYAlah kepada kerajaan.. Apakah pihak kerajaan pernah buat 'CASE STUDY' terhadap KONGLOMERAT ASING ini di Cyberjaya, KLCC, Mon't Kiara dan Damansara/Bangsar untuk meNILAI sendiri apakah JAWATAN yang diBERIkan oleh mereka kepada RAKYAT tempatan?

ROSAK.. Memang dah ROSAK dah NEGARA ini.. Kita semakin TAKUT dengan SIKAP DS Najib dan kerajaan yang langsung TIDAK PRIHATIN dan TIDAK ada JATI DIRI terhadap perkara sebegini.. Alangkah BAGUSnya jika NASIHAT TUN DR. Mahathir di dalam BLOG beliau ini diIKUTi oleh DS Najib dan kerajaannya?

"11. Malaysia encouraged FDI even before people knew the meaning of FDI. Our purpose in those early days was to create jobs for our people. We concentrated on labour intensive industries. We created so many jobs that we had to use foreign labour. Every year billions of Ringgits are remitted to their countries. Someone should study what this means to our economy. I don’t know.

12. A lot of FDI today is for the construction of buildings. They are huge but I don’t think they benefit Malaysia much. I don’t think they bring in technology which we do not have. We do not have workers so the benefit will go to foreign workers who will increase remittance out.

13. What we need to improve our income is to have investments in hi-tech industries, particularly by Malaysian investors. Better qualified Malaysians can work in these hi-tech industries. There must be many of these Malaysians as a few thousand vacancies in the Government attracted more than one million applicants.

14. For a country to become developed we need to diversify. Building spectacular buildings and shining skyscrapers alone will not make us a developed country whatever may be the percapita income or the GDP." ->KLIK<- 

Jelas di sini DS Najib dan kerajaan GAGAL meLIHAT keperluan sebenar untuk NEGARA ini menjadi NEGARA MAJU.. Ya.. RAKYAT memang MAHUkan NEGARA ini MAJU.. Namun demikian, RAKYAT jugak MAHUkan keSEJAHTERAan di dalam keMAJUan yang diCAPAI.. Bukannya hanya sekadar KOSMETIK kePURA-PURAan!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan