Hmnn.. LAMA jugak RASAnya kita dah tak menulis.. Bukan apa, MALAS.. Pasal kita TAHU keadaan sekarang semakin TERUK tetapi ianya cuba diGAMBARkan sebaliknya.. Apa yang kita SEBUTkan ini bukanlah kerana nak menyalahkan sePIHAK.. Namun demikian, tak guna untuk DS Najib dan kerajaannya cuba memperBODOHkan RAKYAT menerusi 2,3 orang MENTERInya yang AKAL mereka amat meRAGUkan.. Walaupun ketika ini UMNO/BN sedang berUSAHA untuk meMENANGi PRK DUN Kajang sebagai 'UNDERDOG', tetapi ada BAIKnya untuk DS Najib dan kerajaannya meNILAI apa yang orang lain KRITIK setiap hari.. Kerana bukan SEMUA orang memBUTA TULI apabila mereka mengKRITIK dia dan kerajaannya..
SEMUA sedia maklum bahawa beberapa orang MENTERI kerajaan DS Najib ini bukannya mereka yang CERDIK mana pun.. Ada yang terpaksa berGANTUNG kepada 5,6 orang peNASIHAT walaupun untuk perkara yang REMEH.. Kekadang tuh terFIKIR jugak kita kalau SEMUA kena ada peNASIHAT, buat apa lagi diWUJUDkan JAWATAN MENTERI? Ada BAIKnya diWUJUDkan KONSULTAN yang BESAR untuk menTADBIR sebuah NEGARA ala-ala KOMPENI Hindia Timur Inggeris dulu.. Itu pun kalau DS Najib dan para MENTERInya baca SEJARAH la.. Pasal ada sesetengah MENTERI tuh, bukan TAHU apa pun pasal SEJARAH NEGARA.. Kalau dah LAHIR pun bukan di NEGARA sendiri, apa yang dia TAHU?
MENTERI DS Najib nih bukan SEMUAnya CERDIK.. Baru-baru ini HEBOH dalam BLOG dan MEDIA SOSIAL bagaimana MENTERI KDN terpaksa MENEBALkan MUKAnya sendiri memBERIkan ANUGERAH dalam suatu MAJLIS kepada PORTAL Malaysiakini yang SEMUA maklum kalau PAKSI BUMI berUBAH pun takdenya akan SOKONG kerajaan.. ->KLIK<-
MAJLIS ini ANJURkan oleh Malaysian Social Media Chambers, sebuah BADAN yang TIDAK ada siapa pun TAHU atau PEDULI keWUJUDannya.. Entah apa INTEGRITI yang diMILIKki oleh BADAN ini hinggakan MENTERI KDN, Jabatan Penerangan dan SKMM sudi mengIKTIRAF mereka? Siapa sangat mereka ini?
SEMUA sedia maklum tentang MODUS operandi Malaysiakini.. Malah, mustahil untuk MENTERI KDN dan kerajaan sendiri TIDAK TAHU siapakah peNAJA dan pemBIAYA OPERASI Malaysiakini sejak ZAMAN PM ke-4 lagi.. Apabila Malaysian Social Media Chambers mengANUGERAHkan 'AWARD' kepada Malaysiakini dan MENTERI KDN pulak terpaksa MENEBALkan MUKA menyampaikannya, sudah tentu ada 'TANGAN-TANGAN GHAIB' yang terlibat.. Aiseh.. Takkanlah KDN tak boleh SIASAT kot? Dalam Malaysian Social Media Chambers tuh pun ada MUKA 'RAJA Instagram' keSAYANGan 'BOSS' Pemuda UMNO? Err.. Dalam SKMM pun ada jugak PARASIT yang memPARIAHkan SKMM macam SYARIKAT atok dia..
Itu KISAH MENTERI KDN.. Kali nih kita berALIH pulak kepada seorang lagi MENTERI keSAYANGan DS Najib yang akhir-akhir ini semacam menjadi 'BONZER' pulak kepada DS Najib setiap kali dia diTEGUR atau diKRITIK oleh mereka yang lebih berPENGALAMAN..
HE!HE!HE! SEMUA sedia MAKLUMkan dengan MUKA kat ATAS tuh? Kita tak NAFIkan ada yang MEMUJA dan mengKAGUMI dia.. Mereka yang MEMUJA dia nih kalau disuruh JUAL mak bapak sendiri demi dia pun mereka akan buat.. Bukan apa.. Orang kita nih MUDAH sangat KAGUM dengan SELEBRITI walaupun SELEBRITI tuh BERAK dan KENCING macam kita SEMUA.. Inilah PENYAKIT orang kita sejak sekian lama.. Sebab itu dulu Melaka boleh diJAJAH Portugis..
Kita teringin nak TAHU apa yang BIJAK sangat dia nih? Apa masalah NEGARA yang pernah dia selesaikan? Atau apakah dia pernah menjadi WIRA seperti ARWAH Leftenan Adnan SAIDI? Jadik, kalau SEMUA bukan kenapa kita mesti mengKAGUMi dia ala-ala Lebai-Lebai DUNGU PAS yang TAKSUB kat Pok Nik 'ALAIHISSALAM'? Kenapa anda tak tengok dia macam anda tengok MENTERI KPDNKK aje?
Apabila TUN DR. Mahathir mengKRITIK tentang BR1M, begitu PANTAS dia nih menJAWAB seolah-olah dia pulak yang jadik MENTERI Kewangan.. ->KLIK<-
Sebagai NEGARAWAN, keBIMBANGan TUN DR. Mahathir tentunya berKISAR pasal keMAMPUan kewangan NEGARA untuk meneruskan BR1M ini.. Kita TAHU orang seperti 'BOSS' Pemuda UMNO ini terlalu DUNGU untuk INGAT bahawa TUN DR. Mahathir telah 2 KALI mengHADAPi keMELESETan EKONOMI semasa beliau menjadi PM.. IRONInya, RAMAI antara kita TIDAK meLIHAT bahawa KRISIS EKONOMI selalunya berULANG setiap 10 TAHUN di seluruh DUNIA..
1) KRISIS EKONOMI 1987 (Harga KOMODITI jatuh) - PM: DS DR. Mahathir
2) KRISIS EKONOMI 1997 (Nilai RM jatuh) - PM: DS DR. Mahathir
3) KRISIS EKONOMI 2007 (Ala.. Yang HARGA petrol NAIK 50 sen tu..) - PM: Pak MERTUA kepada 'BOSS' Pemuda UMNO
4) KRISIS EKONOMI 2017??? - PM DS Najib ????
Jadik, jangan CAKAP BESAR kalau kamu belum pernah diUJI sedemikian.. PerINGATan TUN DR. Mahathir ada BETULnya.. Jika berlaku KRISIS EKONOMI, apakah kerajaan masih MAHU meneruskan BR1M lagi? Bayangkan pada masa KRISIS EKONOMI nanti, BR1M diHENTIkan, RAKYAT pulak terpaksa memBELI BARANGan yang telah diTARIK segala SUBSIDI.. Maunya NEGARA kita jadik macam Colombia, Venezuela atau 'Banana REPUBLIC'.. MASA tuh entah-entah 'BOSS' Pemuda UMNO pun CABUT ke luar NEGARA selepas puas MENYAMUN!
Jadik, kalau inilah KUALITI MENTERI Kerajaan DS Najib, apa yang kita patut HARAPkan lagi? Ada HARAPAN ke? Lebih MALANG pulak apabila kerajaan sendiri terpaksa PERCAYAkan 'PUNAH-sihat' sebagai KONSULTAN mereka menTADBIR NEGARA melebihi kePERCAYAan kepada diri mereka sendiri.. Antara keJAYAan para 'PUNAH-sihat' ialah menerbitkan KLIP VIDEO sebegini KONONnya nak INSAFkan kita..
HE!HE!HE! Waduhh.. Maka INSAFlah kita SEMUA selepas menonton VIDEO 'HABIS CERDIK' hasil KARYA pada 'PUNAH-sihat' itu.. Mungkin kalau diSIARkan 20 TAHUN dulu, RAMAI yang akan TERHARU lagi mengINSAFkan diri sendiri..
- Mungkin takkan ada MENANTU kepada PM yang MAIN POLITIK WANG untuk JAWATAN dalam PARTInya?
- Mungkin takkan WUJUD SPESIS 'LEVEL 4 Boys' yang JUAL SAHAM GLC NEGARA kepada Temasek Holdings lepas tuh suruh Khazanah BELI balik dengan HARGA lebih TINGGI?
- Mungkin takkan ada UMAT Melayu/ISLAM yang sanggup JUAL SYARIKAT MOTOR Itali Augusta dengan HARGA RM 1?
- Mungkin HARI ini UMAT Melayu/ISLAM keSEMUAnya jadik 'BISNESMAN' tanpa ada yang terpaksa terHEGEH-HEGEH mengHANTAR 'RESUME' untuk berKERJA sebagai JURUTERA, DOKTOR, SAINTIS, PENSYARAH, PAKAR ICT dan lain-lain?
Siapalah 'PUNAH-sihat' yang CERDIK sangat menerbitkan VIDEO sebegini pada MASA kini? NAMPAK sangat tak mengikuti perKEMBANGan semasa.. Tatkala RAKYAT sendiri TIDAK merasa langsung HASIL keMASUKkan berBILION RM FDI ke dalam NEGARA, ada pulak VIDEO macam nih yang sebenarnya meMALUkan UMAT Melayu/ISLAM sendiri.. Apa MESEJ yang nak disampaikan? Cubaan untuk mengatakan UMAT Melayu/ISLAM ini masih MALAS? Walaupun HAKIKATnya yang peMALAS itu ialah SPESIS macam 'BOSS' Pemuda UMNO dan BUDAK-BUDAK 'PUNAH-sihat' yang keBANYAKkannya anak DATO dan anak TAN SRI tapi MALU nak HANTAR 'RESUME' cari KERJA macam orang lain? Habis HANCUR NEGARA kita..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan