Friday, October 10, 2014

Jadik? Apa 'PORTION' yang anda DAPAT dalam UCAPan pemBENTANGan BAJET 2015 oleh DS Najib tadi?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Maka diTAKDIRkan oleh Allah SWT, HARI ini terBENTANGlah BAJET 2015 oleh PM DS Najib di PARLIMEN petang tadi.. Bagi yang menDENGARnya macam RAKYAT, ada yang GEMBIRA, ada yang berDUKA dan ada jugak yang buat tak TAHU aje.. Walaupun pemBENTANGan DS Najib kali ini NAMPAK 'GRAND' sikit tapi apakah SEMUAnya boleh diTUNAIkan seperti yang diJANJIkan? CONTOHnya beberapa PROJEK MEGA berBILION RM.. Walaupun kita mengALU-ALUkannya tapi pada MASA yang SAMA kita meRAGUi keMAMPUan kerajaan yang terpaksa menanggung KOS.. Apa pun, ada perkara menarik dalam UCAPAN DS Najib tadi ialah,


"Tuan Yang Dipertua,

34. Khususnya pada tahun 2015, dengan pelaksanaan GST, hasil kutipan dianggarkan berjumlah sebanyak 23.2 bilion ringgit. Walau bagaimanapun, sebagai Kerajaan yang prihatin, kita telah mengecualikan sebilangan barangan yang keseluruhannya dianggarkan 3.8 bilion ringgit.

35. Harus diketahui, bahawa dengan pelaksanaan GST ini, maka Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST, dimansuhkan yang menyebabkan kehilangan hasil Kerajaan sebanyak 13.8 bilion ringgit. Ertinya, bila ditolak 13.8 bilion ringgit dan 3.8 bilion ringgit daripada kutipan 23.2 bilion ringgit itu, baki yang ada, berjumlah 5.6 bilion ringgit.

36. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4.9 bilion ringgit disalurkan kembali untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BR1M. Akhirnya, hasil bersih kutipan GST hanyalah berbaki 690 juta ringgit."

KOMEN: Kita tak TAHUlah siapa yang menyiapkan DATA sebegini untuk DS Najib.. Malang sangatlah kalau ianya diSEDIAkan oleh BUDAK PTD yang cuma diARAHkan oleh 'PUNAH-Sihat'.. Bukan apa, cara penyampaian DATA sebegini sebenarnya menunjukkan bahawa kerajaan NAMPAK BODOH memperKENALkan GST yang menyebabkan HASIL kerajaan sendiri MEROSOT.. Malah, sekaligus memBUKTIkan bahawa BR1M itu sendiri sebenarnya menyusahkan kerajaan.. Satu lagi 'STATEMENT' yang kita terGARU-GARU kepala ialah seperti berikut,


"Tuan Yang Dipertua,

61. Di sudut lain, TEKUN juga telah menyalurkan pinjaman berjumlah 3.1 bilion ringgit kepada hampir 300 ribu orang peminjam dengan had pembiayaan di antara 1,000 hingga 100 ribu ringgit. Pada tahun 2015, TEKUN akan menyediakan tambahan dana pembiayaan sebanyak 500 juta ringgit, diagihkan seperti berikut:

Pertama: 350 juta ringgit diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera yakni hampir 33 ribu orang peminjam baru;

Kedua: 50 juta ringgit dikhususkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan India, dijangka memanfaatkan 5,000 peminjam kaum India;

Ketiga: 50 juta ringgit diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional yakni pembiayaan kepada 5,000 peminjam wanita profesional; dan

Keempat: 50 juta ringgit diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan' Bekas Tentera, yang menawarkan pembiayaan kepada 5,000 orang bekas tentera."

Apa sebenarnya yang nak diSAMPAIkan? Kita NAMPAK ada 4 kelompok yang menerima PINJAMan TEKUN seBANYAK RM500 juta.. Kita SUSUN kelompok ini,

USAHAWAN BUMIPUTERA:          350,000,000
                                                       ----------------     = 10, 606....                              
                                                          33,000 

USAHAWAN INDIA, WANITA MUDA & BEKAS TENTERA:             

                                                        50,000,000
                                                     ----------------      = 10,000               
                                                             5,000

KOMEN: Kenapa perlu diSEBUTkan 'Pertama', 'Kedua' dan lain-lain seolah-olah ada pelbagai kelompok yang menDAPATkan PINJAMan TEKUN sedangkan apa yang mereka SEMUA ini dapat hampir SAMA iaitu sekitar RM10 ribu aje? Yang USAHAWAN BUMIPUTERA pun dapat 2X5 aje dengan kelompok lain? Apa yang nak cuba diSAMPAIkan atau sekadar cuma nak bagi NAMPAK macam 'GEMPAK'? Err.. 'STATEMENT' yang di bawah ini pun TIDAK dikeTAHUi apa yang cuba diSAMPAIkan..


"Tuan Yang Dipertua,

68. Molek saya nyatakan di sini bahawa, daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat di dalam basket of goods, Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus. Antara produk tersebut adalah ubat-ubatan, barangan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh, produk tekstil, barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut dan selipar, perabot rumah, lampin bayi, sabuil, daging, telur ayam, minyak masak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran.

69. Manakala sekitar 354 jenis barang dan perkhidmatan yang akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus. Apa yang penting, Kerajaan berharap para peniaga bersifat bertanggungjawab dengan tidak meningkatkan harga sehingga membebankan rakyat. Untuk memudahkan rakyat, Kerajaan akan mengeluarkan shoppers' guide bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST."

KOMEN: Secara MUDAHnya, 56% BARANGan TURUN HARGA sehingga 4.1% selepas GST.. Manakala BAKI 44% lagi mengalami keNAIKkan HARGA sehingga 5.8%.. KATAlah HARGA ayam mentah ialah RM10, selepas GST 4.1% jadik RM9.59.. Manakala HARGA burger ayam RM10 pulak selepas GST 5.8% jadik RM10.58.. Oleh itu, perBEZAan antara HARGA ayam mentah dengan HARGA burger ayam ialah RM0.99.. Jadik, kalau nak MAKAN burger ayam tanpa memBAYAR GST, anda kenalah PROSESkan ayam mentah anda tadi menjadi daging burgernya dulu..


"74. Kini, lebih 21 bilion ringgit setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG. Kesannya, peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada 1.65 bilion ringgit tahun 2002 kepada 23.5 bilion ringgit tahun 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah. Ini disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013"

KOMEN: Pada TAHUN 2013, ada 23.7 juta buah kenderaan dan kerajaan BAYAR RM23.5 bilion SUBSIDI.. PURATAnya ialah RM99 sebuah kenderaan.. Err.. Tak diNYATAkan pulak berapa bilion RINGGIT untuk SUBSIDI yang diBAYAR pada TAHUN 2008 untuk perBANDINGan.. Manakala pada TAHUN 2002 pulak tak diNYATAkan pulak berapa jumlah kenderaan untuk SUBSIDI sebanyak RM1.65 bilion? Kenapa agaknya ye? Jika pengiraan PURATA diGUNAkan, agak-agak anda berapa RINGGITkah PURATA untuk sesebuah sekolah ini DAPAT berBANDING dengan JUMLAHnya?


"Tuan Yang Dipertua,

Tindakan Ke-4: Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan

85. Dalam aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran pula, Kerajaan akan menyediakan 800 juta ringgit untuk tujuan ini dengan pecahan seperti berikut:

• Sekolah Kebangsaan 450 juta ringgit;

• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 50 juta ringgit;

• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 50 juta ringgit;

• Sekolah Mubaligh 50 juta ringgit;

• Sekolah Berasrama Penuh 50 juta ringgit;

• Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 50 juta ringgit;

• MRSM 50 juta ringgit;

• Sekolah Pondok yang berdaftar 25 juta ringgit; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau conforming school yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan diperuntukkan sebanyak 25 juta ringgit"

KOMEN: Kita nak TANYA perkara MUDAH aje.. Berapa BANYAKkah JUMLAH SK, SJK(C), SJK(T), SK Convent, SBP, SAR dan MRSM? BerBALOIkan JUMLAH yang diperuntukkan dengan JUMLAH sekolah yang ada? Agak-agak anda? HE!HE!HE!

SeTAHU kitalah, ANGKA-ANGKA di dalam UCAPan BAJET DS Najib tadi sepatutnya datang daripada BUDAK PTD lah kot tapi kenapa NAMPAK macam 'KURENG' ajer?


Itulah.. Bila kita KATA beBUDAK PTD yang diPILIH sekarang takde KUALITI, ada yang MARAH.. Takpelah.. Bukan SEMUA yang mengGUNAkan OTAK itu ada berKHIDMAT dengan kerajaan.. Kalau tak, takkanlah kerajaan kena GUNAkan 'PUNAH-Sihat' pulakkan? Apa pun, kita tetap PUJI dengan USAHA kerajaan terUTAMAnya dalam bab pemBINAan PRASARANA dan INFRASTRUKTUR.. Harap keSEMUAnya SIAP mengikut JADUALla.. Takkan CANTIK atas KERTAS aje kot..

Namun demikian, ada jugak beberapa perSOALan yang kita ingin TAHU seperti kenapa agaknya banyak PERUNTUKAN perlu diSALURkan kepada AGENSI sebegini?


Haa.. Dari dulu lagi kita terTANYA-TANYA apakah FUNGSI AGENSI ini? Apakah 'CONTRIBUTION' mereka kepada NEGARA? Kalau setakat bawak balik seorang dua RAKYAT yang 'Tak nak berHUJAN BATU di NEGERI sendiri' tuh, itu bukanlah penCAPAIan apa pun? Sekarang ini AGENSI terSEBUT dah macam keMENTERIan pulak dah? DiBERIkan PERUNTUKAN dalam BAJET.. Kalau di TUTUP aje pun tak SALAHkan? Buat apa BAZIRkan DUIT lagi sedangkan ianya boleh diSALURkan kepada keMENTERIan berkenaan? Atau cuma nak bagi NAMPAK ANAK-ANAK VVIP yang berSARANG dalam AGENSI itu berLAKON beKERJA depan RAKYAT?

Wallahualam..

1 comment:

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan