Tuesday, February 17, 2015

Ada 'BUAYA POLITIK' menunggu nak memBAHAM UMNO yang GELOJOH di PRK DUN Chempaka KONON demi TOK GURUnya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Secara JUJURnya, apakah HIDUP kita ini perlu berPOLITIK sepanjang MASA? Itulah perTANYAan yang perlu anda LONTARkan kepada beBERAPA juruBLOG dan pengANALISIS 'KONGKANG' yang tak HENTI-HENTI menDESAK agar UMNO berTANDING di DUN Chempaka, kawasan MANTAN MB Kelantan DATUK Nik Aziz yang meninggal DUNIA BARU-BARU ini.. Dalam KONTEKS ini, perlukah UMNO berTINDAK sedemikian? Sedangkan PENGERUSI PerHUBUNGan UMNO Kelantan, 'BOSS' Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sendiri menyatakan mereka TIDAK berSETUJU untuk UMNO berTANDING di DUN berKENAan kerana 'TIMING'nya yang sememangnya tak KENA..


BAIKlah, kita nak TANYAlah apakah yang diHARAPkan UMNO jika berTANDING di DUN Chempaka itu? MENANG? Jangan HARAPlah.. Seperti mana PAS TIDAK mungkin MENANG di PARLIMEN Gua Musang, begitulah jugak PELUANG UMNO di sana.. Untuk meNILAI SOKONGan RAKYAT Kelantan terhadap UMNO selepas MUSIBAH BANJIR pada AKHIR Disember lalu? DUN Chempaka TIDAKlah terJEJAS mana sangat pun berBANDING di Kuala Krai? Jadik? UMNO berTANDING untuk apa? Jika keKOSONGan berLAKU di kawasan selain DUN Chempaka ini, mungkin CERAHlah PELUANG UMNO.. Namun demikian, kenapa perlu menDESAK sangat hingga NAMPAK keGELOJOHan?

'MOOD' RAKYAT Kelantan sekarang selepas diLANDA BANJIR mungkin UMNO berPELUANG BESAR di beBERAPA DUN dalam PARLIMEN Kuala Krai, Tumpat dan Machang yang GAGAL diTAWAN pada PRU-13 lalu.. Namun begitu, TIDAK untuk kawasan 'HARDCORE' seperti DUN Chempaka di dalam PARLIMEN Pengkalan Chepa.. Malah, begitu jugak untuk DUN-DUN di dalam PARLIMEN Kota Bharu dan Kubang Kerian.. Kenapa kita KATAkan sedemikian? Ini kerana SEBATInya pengUNDI kawasan ini dengan PAS sudah terlalu KENTAL.. Kita nak CABARlah mereka yang menDESAK tadi supaya meRAMPAS dahulu DUN-DUN di Selangor kalau nak TUNJUK KUAT pun..


Mungkin UMNO memerlukan 10 TAHUN lagi untuk mengUBAH SENTIMEN sebegini di kawasan ini walaupun UMNO berJAYA menjadik Kerajaan NEGERI dengan keLEBIHan 2 atau 3 DUN pada PRU berIKUTnya.. Itu pun ASALkan UMNO berJAYA menawan DUN Selangor dahulu.. Kalau DUN Selangor yang pengUNDInya lebih 'OPEN Minded' pun GAGAL menerima UMNO, apatah lagi DUN Chempaka yang sejak sekian LAMA sudah diCUCI OTAK oleh Lebai-Lebai PAS? Memang BENARlah UMNO hanya memBUANG TENAGA untuk PRK ini sedangkan TENAGA yang SAMA patut diGUNAkan untuk DUN-DUN Kelantan lain!

Apa? PRK boleh diGUNAkan UMNO untuk memBERIkan penerangan JASA-JASA PARTI kepada NEGARA sejak sekian LAMA? Kenapa nak TUNGGU PRK aje? Sedangkan penerangan sedemikian perlu diLAKUkan sepanjang MASA oleh UMNO? Takkanlah ASYIK nak TUNGGU 'DUIT TURUN ke bawah' aje macam UMNO Selangor? Malah, tak MUSTAHIL keGELOJOHan UMNO berTANDING di DUN Chempaka menyebabkan orang yang KATEGORI 'LOSER' dalam PAS ini kembali GEMILANG..


BODOH BENARlah UMNO kalau keGELOJOHan mereka menyebabkan peLAKON 'AIR MATA BUAYA' kat atas ini akan kembali mengGANAS..

Walaupun ada PASMA, tetapi PAS dan para PENYOKONG mereka di Kelantan langsung tak PEDULI pun dengan ENTITI ini semasa PRK DUN Chempaka nanti demi ARWAH TOK GURU mereka.. Tengok PAS bagaimana begitu KUAT mereka menanam segala macam DAKYAH dan menCUCI OTAK para pengIKUT mereka sepanjang MASA? 

\
Sedangkan UMNO pulak langsung takde DISIPLIN dan MUDAH meRAJUK jika takde JAWATAN atau pun takde menerima 'DUIT TURUN ke bawah'? HE!HE!HE!


UMNO mungkin boleh menjadik kerajaan di Kelantan tetapi TIDAK untuk UMNO MENANG di DUN Chempaka ini.. UMNO TIDAK perlu TAKUT keRUGIan kerana TIDAK berTANDING para PRK ini kerana FOKUS perlu kepada kawasan lain yang lebih MUDAH diMENANGi.. KeSILAPan UMNO pada setiap kali PRU ialah mereka menyangka hanya pengUNDI yang TINGGAL di Kelantan sahaja yang mengUNDI pada setiap kali PRU.. Sedangkan hampir 1/2 JUTA orang pengUNDI Kelantan berada di Selangor, KL, Johor Baharu dan Pulau Pinang yang mengUNDI PAS setiap kali PULANG kerana tak PUAS HATI dengan UMNO di NEGERI terSEBUT? 

Oleh itu, para juruBLOG dan pengANALISIS 'KONGKANG' yang dok menDESAK UMNO berTANDING tuh seBENARnya GAGAL memahami POLITIK seBENAR.. Nak MENANG tapi HARAM takde STRATEGI? Lepas tuh ASYIK nak SABOTAJ orang lain aje..  Yang KEKAL RUGI nanti ialah kita, UMAT Melayu/ISLAM jugak? PAS bukanlah KUAT pun tetapi TINDAKan BODOH UMNO jika GALAK nak berTANDING pada PRK DUN Chempaka nanti hanya akan mengembalikan keKUATan PAS..


Kenapa UMNO perlu menDENGAR para juruBLOG dan pengANALISIS 'KONGKANG' sedangkan yang kena beKERJA nanti ialah Tok Pa?

Wallahualam..

13 comments:

  1. Wah! Kamu lah paling hebat admin! Orang lain semua kongkang...

    Kalau ikut kamu, tak payah bertanding di Permatang Pauh juga, Umno gerenti kalah.

    Di PRU14, tak payah bertanding di 3 negeri gerenti kalah: Penang, Kelantan dan Selangor.

    Kamu tau tak bertanding dalam PRU atau PRK bukan sekadar atas isu menang atau kalah? Tapi atas isu demokrasi dan amalan demokrasi.

    Umno/BN membantu memeriah dan menguatkan lagi demokrasi di Malaysia jika bertanding. Itu pokoknya. Di banyak negara demokrasi, menang tanpa bertanding diharamkan, mereka mahu demokrasi subur..

    Pas tak akan biarkan Umno menang tak bertanding di mana2 kawasan majoriti Melayu/Muslim di Malaysia, hatta di kubu Umno sendiri seperti Pekan atau Gua Musang..


    Apa alasan Umno tak mau bertanding di Chempaka?

    ReplyDelete
  2. Kalau kalah pun bermaruah. Dari tak bertanding langsung. PAS pun parti politik UMNO pun parti politik. Pas gunakan nuar untuk lemahkan UMNO. PAS sudah berjaya. DAP ambil peluang kelemahan UMNO tanpa disedari melemahkan PAS dengan teruknya lagi. Pas dan Umno sama-sama rugi bila lemah.
    Perumpamaan sebuah rumah serambinya lain, rumah ibunya lain, sampaikan bilik airnya pun lain. Sedangkan semuanya duduk rumah yang sama. Tapi kita tak sedar rupanya kerana sengketa. Tapak tanah dah diintai orang lain. Kerana gaduh kita jual tanah. Semua tak boleh duduk. Soalnya sapa yang untung.

    ReplyDelete
  3. uji kekuatan/populariti itu lebih penting..

    kalau mcm tu lagi baik Najib letak jawatan, kerana menyebabkan UMNO hilang tenaga batin sebelum mencuba

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Memang KONGKANG BETUL kamu bila KOMEN..

    1) Sebelum ini UMNO telah TIDAK berTANDING pun di DUN Permatang Pasir? MCA di PARLIMEN BUkit Gelugor? Kenapa pulak kali nih GELOJOH di DUN Chempaka yang SAH-SAH UMNO akan KALAH?

    2) Yang kamu dok meLALAK suruh berTANDING tuh yang kena berKEMPEN ialah orang lain? Apa MAKSUD kamu KALAH berMARUAH kalau MAJORITI kamu bakal berKURANGan JAUH berBANDING sebelumnya?

    3) DAP La'anatullah tak semestinnya TUNGGU PRK aje nak ambil kesempatan meLEMAHkan UMNO atau PAS? Sekarang pun BERAPA RAMAI sangat dalam UMNO yang menyerang DAP La'anatullah? Sedangkan mereka hampir SEMUA perkara SALAHkan UMNO 24X7 seTAHUN?

    4) UMNO yakin ke kawasan MAJORITI Melayu akan selalu MENANG? LUPA ke DS Najib sendiri NYARIS KALAH di Pekan TAHUN 1999? Dek kerana KERAMUK nak UJI POPULARITI yang makin MERUDUM, apakah keKALAHan di DUN Chempaka akan memBANTU?

    5) Yang dok meLALAK nih bukan pergi berKEMPEN pun tapi dok mengHARAPkan 'DUIT TURUN ke bawah' macam RAMAI lagi AHLI UMNO.. Ini macam punya SEMANGAT boleh ke nak MENANG? KAH!KAH!KAH!

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  5. Inilah kualiti UMNO sekarang, tiada keyakinan, hidup segan mati tak mau..

    Ahli sendiri pun tak boleh percaya..dah Peghati dah semua jentera makan duit dari bekerja..

    Kah kah kah

    Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Kalau UMNO merasakan tidak mampu untuk menang di DUN Chempaka, saya menyarankan agar dalam PRU 14 kelak, UMNO janganlah letak calond di DUN Chemapaka malahan di Parlimen Pengkalan Chepa pun tak payah letak calonlah kerana sejak 1959, calon UMNO / Barisan Nasional tak penah menang di Parlimen Pengkalan Chepa.

    Malahan dua DUN lagi dalam parlimen Pengkalan Chepa iaitu Kijang dan Panchor pun tak payah letak calon sahajalah, kerana konsisten kalah sepanjang masa.

    Malahan lebih elok lagi UMNO Pengkalan Chepa dibubarkan sahajalah. Sebab tak guna ada pun sekadar hanya kalah dan kalau bertanding pun kalah juga, maka tak perlu bertandinglah, jika nak adakan juga UMNO Pengkalan Chepa, jadikan sebagai NGO sahajalah, tak payah bergiat dalam politik.

    Isu menang kalah adalah adat bertanding, patutnya Barisan Nasional bertanding di di DUN Chempaka kerana untuk menilai kekuatan Barisan Nasional dan kekuatan PAS selepas kematian Allahyarham Nik Aziz.

    Seperti di DUN Sungai Limau dalam Parlimen Jerai di Kedah walaupun itu adalah kubu PAS semasa Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bertanding di sana sebelum itu, tetapi selepas kematian Tan Sri Azizan, UMNO boleh lihat kemampuan calon mereka yang berjaya menurunkan undi PAS sebanyak lebih 1000 undi majoriti.

    Patutnya di PRK Sungai Limau pun tak payahlah UMNO / Barisan Nasional bertanding sebelum ini kerana menghormati kematian Tan Sri Azizan sebagaiamana alasan pimpinan UMNO yang tak mau bertanding di DUN Chempaka kerana menghormati Allahyarham Nik Aziz.

    Mengapakah boleh jadi double standard macam ini?

    Ini menunjukkan bahawa kepimpinan atasan Barisan Nasional dalam kebanyakkan parti komponen terutama parti komponen utama dilanda sindrom ketakutan yang di luar batasan hingga takut tak bertempat.

    Kalau dah tak mampu nak teruskan perjuangan parti lebih baik undur diri sahajalah, tak guna gila kuasa kemaruk nak berkuasa sedangkan tak tahu nak membangunkan parti. Sedarlah diri itu sama.

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    POLITIK sekarang bukan POLITIK zaman dulu..

    POLITIK sekarang TIDAK pernah terHENTI bukan setakat PRU/PRK sahaja.. Lebih DAHSYAT lagi PRK diperALATkan untuk mengALIRkan DUIT kepada BAHAGIAN dan CAWANGAN walhal REALITInya PARTI tetap KALAH?

    Dalam KONTEKS PAS di Kelantan, RAKYAT kelantan menuntut kepada perPADUan antara UMNO dan PAS terUTAMAnya selepas BANJIR yang jelas MUSIBAH daripada Allah SWT.. Kenapa meLETAKkan POLITIK itu lebih ATAS darpada perPADUan?

    Perangai BURUK orang UMNO inilah PUNCA UMNO diBENCI pengUNDI hinggakan NEGERI Selangor yang diBANGUNkan dan diMAJUkan oleh UMNO sendiri TUMPAS.. Kenapa masih tak MALU? KATAlah RAKYAT Kelantan sendiri MAHUkan demikian, apakah SUSAH untuk UMNO menunaikannya?

    IRONInya, takde pulak 'SUARA-SUARA PUAKA' yang menDESAK sedemikian untuk PARLIMEN Permatang Pauh? Walhal, PELUANG UMNO lebih MUDAH di sana berBANDING di DUN Chempaka? Lagi pun, PARLIMEN Permatang Pauh adalah ASALnya MILIK UMNO? Kalau dulu UMNO masih mampu MENANG 1 DUN di PARLIMEN itu sekarang SEMUAnya dah SAPU LICIN macam NEGERI Selangor jugak..

    MESEJ yang akan sampai kepada UMNO di DUN Chempaka ialah UMNO GILAkan KUASA walaupun tetap tak mampu MENANG.. Itulah MESEJ yang akan disampaikan oleh PUAK-PUAK BUAYA berLOGOkan 'R' di sana nanti.. Mereka akan memBANTAI UMNO HABIS-HABISsan atas NAMA TOK GURU mereka hinggakan JENTERA UMNO dari LUAR pun akan BALIK awal..

    Sedangkan PAS pulak yang sebelum ini terBAHAGI2 akan kembali BERSATU demi memPERTAHANkan DUN TRADISI TOK GURU mereka.. Walhal, kalau diBIARkan dan UMNO KEKAL berBAIK dengan golongan PAS yang bukan PASMA, itulah yang diTUNTUT oleh RAKYAT seluruh NEGARA?

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  8. aku nak tanya, dalam bola sepak malaysia lawan argentina agak2 siapa menang siapa akan melingkup? dengarnya malaysia ada hati nak ajak argentina main bola.
    sejak dulu umno tak pernah tak bertanding di dun chempaka sedangkan umno konsisten KALAH memanjang. bila masanya umno menang di dun chempaka? adakah demi menghormati tok guru nik aziz yang sudah pergi meninggalkan kita, meninggalkan politik, meninggalkan pas menyebabkan umno lumpuh bila kalah? sepatutnya demi menghormati arwah nik azizlah maka umno perlu bertanding, demi menyuburkan nilai demokrasi. kalah, kalahlah. nak buat macamana. tetapi tetap akan ada pengundi yang mengundi umno. jika diambil kira bahawa dun chempaka adalah kubu kuat pas, apa masalahnya. adakah kita bertanding hanya di kubu sendiri atau 50-50? bagaimana jika prk diadakan di permatang pauh. adakah cerita permatang pauh kubu kuat pkr tidak pulak diambil kira? lawak bodoh sukar menggelikan hati orang. silap2 audien akan menangis.

    ReplyDelete
  9. Nanti Pasukan Bola Sepak Malaysia nak melawan Liverpool, kalau dah tau nak kalah buat apa lawan, Menteri Belia dan Sukan tak mau sekat ke perkara yang memalukan ini?

    ReplyDelete
  10. Tukang Dok Peghati, saya mencadangkan agar UMNO tak payah di mana-mana kawasan pilihanraya atau DUN dalam PRU 14 nanti. Malahan MCA dan MIC serta Gerakan, tak payahlah nak berangan letak calon kerana dah awal-awal lagi akan kalah.

    Kita perlu faham bahawa dalam pilihanraya, kualiti dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat itu perlu diketengahkan. Tak perlu nak bertelagah memaki hamun dalam kempen, sila berkempen secara profesional, bukannya emosional.

    Saya mengerti bahawa kepimpinan UMNO peringkat tertinggi memang takut untuk bertanding di DUN Chempaka, malahan di ketiga-tiga DUN termasuklah Panchor dan Kijang, kepimpinan UMNO peringkat tertinggi ini takut nak bertanding pun.

    Oleh itu saya menyarankan agar UMNO Pengkalan Chepa ditukarkan daripada sebuah cawangan parti politik kepada sebuah NGO sahajalah, kerana ada ke tak ada ke PAS tetap menang di Pengkalan Chepa dan pimpinan atasan UMNO terus takut untuk bertanding di Pengkalan Chepa.

    ReplyDelete
  11. UMNO dan Barisan Nasional sudah kehilangan pengaruh, malahan status UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti politik boleh dipertikaikan, kerana tingkah laku hanyalah seolah-olah sebuah NGO seperti persatuan tarian, persatuan joget, persatuan mengumpul setem sahajalah.

    Macam mana rakyat nak yakin dan undi Barisan Nasional dalam PRU 14 nanti jika beginilah sikap Barisan Nasional? Kalau pemimpin atasan pun lembik macam penagih dadah, apatah lagi di peringkat jawatankuasa, di peringkat bahagian, lembik kerana mengharapkan habuan dari pemimpin si lembik itu, di peringkat cawangan jugalah yang berhempas pulas untuk parti, peringkat atasan buat kerja macam haram jadah sahajalah.

    ReplyDelete
  12. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Siapa KATA UMNO tak perlu berTANDING demi ARWAH TOK GURU?

    UMNO diNASIHATkan TIDAK berTANDING demi MANGSA-MANGSA BANJIR dan PROSES pemulihan MUSIBAH terSEBUT di Kelantan? Tak tau BEZA ke?

    UMNO sekarang berTANDING di KUBU sendiri pun belum tentu MENANG? Dah LUPA ke apa yang terjadik di PARLIMEN Batu Pahat dan DUN Bukit Katil Melaka? Itu dulu bukan KUBU KUAT UMNO ke?

    Patut diINGATkan dalam KES MANTAN MB kedah DS Azizan, dahulunya DUN itu pernah diMENANGi oleh UMNO.. Walaupun RAMAI TOTOK dan TOK GURU PAS, memang masih ada orang mengUNDI UMNO..

    Namun, UMNO KALAH kerana FAKTOR pemindahan pengUNDI, UNDI KAUM 'AH-Beng' dan tentunya ada UNSUR-UNSUR SABOTAJ terhadap MB Kedah yang BARU selepas dia KALAH TIPIS dalam pemilihan NAIB PRESIDEN UMNO.. Itulah PE'EL BURUK UMNO sendiri yang menyumbangkan keKALAHan..

    Di DUN Chempaka nanti, selain PE'EL UMNO yang cuma MAHU 'DUIT TURUN ke bawah' aje, ada lagi PE'EL PASMA dan ERDOGAN yang bakal menJAJA NAMA TOK GURU bagi menarik UNDI.. KESANnya, lepas UMNO KALAH, penCACAI UMNO jugak yang tak PUAS HATI KONONnya penGUNDI tak mengHARGAi BANTUan UMNP dll.. Lepas tuh, BUAT pulak PE'EL yang SAMA kat Selangor dan KL hingga menJEJASkan TERUS PELUANG UMNO pada PRU pulak..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  13. Nak berlagak pun buat apa yang untung DAP juga, PKR dan PAS ikut arahan DAP. UMNO pun serupa, nampak macam MCA jadi ketua, sepatutnya DAP dan MCA ikut arahan.......

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan