ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Setipa kali kita baca berita pasal Bush dibaling kasut oleh seorang wartawan Iraq, pasti kita akan KETAWA gelak sampai terguling-guling melihat bagaimana seorang Presiden negara kuasa besar 'DIPERLEKEH'kan sedemikian rupa oleh rakyat marhaen Dunia Arab.. Malu betul tuh! Malah kagum pulak kit dengan keberanian wartawan tersebut hinggakan dia menjadi 'HERO' dunia Arab dan Islam keseluruhannya..
Wartawan baling kasut disanjung dunia Arab
BAGHDAD 17 Dis. – Wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi yang mendapat sanjungan di seluruh dunia Arab kerana membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush di sini pada Ahad lalu dihadapkan semula ke mahkamah hari ini.
Saudara lelaki wartawan itu, Durgham Al-Zeidi, berkata, dia dan seorang lagi saudara lelaki telah diberitahu oleh hakim siasatan bahawa Muntadar “telah memberikan kerjasama yang baik.”
Menurut seorang pegawai kerajaan, kehadiran Muntadar di hadapan hakim itu ialah langkah pertama dalam proses undang-undang rumit yang mungkin berkesudahan dengan perbicaraan jenayah.
Walaupun Muntadar mendapat simpati di seluruh rantau ini, pihak berkuasa Iraq membawa kesnya ke Mahkamah Jenayah Pusat Iraq yang biasanya mengendalikan kes-kes keselamatan dan keganasan.
Hakim siasatan berkenaan akan mengkaji bahan bukti dan memutuskan sama ada Muntadar patut dibicarakan atau tidak, proses yang boleh memakan masa berbulan-bulan.
Muntadar mengaku melakukan “serangan ke atas seorang Presiden” semasa dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama semalam.
Di bawah undang-undang Iraq, Muntadar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun kerana “menghina ketua sebuah negara asing.”
Menurut Durgham, Muntadar telah dibawa ke hospital Ibn Sina di Zon Hijau yang dikawal ketat setelah mengalami patah tulang lengan dan rusuk akibat dibelasah oleh pengawal keselamatan Iraq, selain cedera di mata dan kaki.
Muntadar menjadi fokus dunia pada Ahad lalu apabila beliau melemparkan kasutnya ke arah Bush dan menggelarnya ‘anjing’ semasa lawatan perpisahan Presiden AS itu ke negara ini.
White House semalam menyatakan, terpulang kepada para pemimpin Iraq untuk memutuskan sama ada hendak menghukum Muntadar atau tidak, tetapi pihaknya sudah melupakan insiden itu.
– Agensi
Oh ye.. Kepada sesiapa yang 'BerkeINGINan' untuk baling kasut kepada Bush, anda boleh melakukannya secara online di www.sockandawe.com
Kita HARAPla tak ada Pemimpin Malaysia menerima nasib seperti Bush.. Almaklumlah.. kalau kita lihat daripada cara bertindak dan corak pemikiran, ramai jugakla pemimpin kita layak dibuat sedemikian rupa! HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment