DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, December 09, 2009

KeBODOHan UMNO akibat membela MENTERI 'HANJENG' yang melaksanakan agenda anti Melayu?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Di zaman Tun Dolah, para penyokong UMNO diKEJUTkan dengan TELATAH para pemimpin UMNO sendiri yang 'GHAIRAH' melaksanakan agenda dan kehendak pembangkang.. Maka di zaman Tun Dolah lah bermula tuntutan untuk menghilangkan hak-hak keistimewaan Melayu, meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain dan cubaan untuk menghapuskan penggunaan Bahasa Melayu secara beperingkat.. Usaha yang diPELOPORI oleh puak RACIST pendatang ini dituruti secara MEMBUTA-TULI oleh Tun Dolah atas nasihat menantu dan konco-konco LEVEL 4 BOYS KONONnya atas nama 'KETERBUKAAN' dan 'LIBERALISASI'..

Kali ini ADEGAN yang sama berulang lagi.. Mangsanya kali ini adalah BIRO TATANEGARA atau BTN.. Sekali lagi UMNO dilihat menjalankan kehendak dan agenda puak-puak RACIST yang sebenarnya ENGGAN pun mengiktiraf orang Melayu di negara ini.. Walaupun dalam masa yang SAMA beberapa ekor 'LALAT TAIK' dalam UMNO sering melaungkan Melayu PAS dan PKR sanggup mengGADAIkan bangsa demi menurut kehendak DAP, sebenarnya UMNO pun 2X5 jugak! Malah, yang lebih meMALUkan adalah UMNO seolah-olah 'KENCING'kan rakyat dan penyokong mereka sendiri khususnya orang Melayu dengan bersikap TALAM DUA MUKA!

Jadik apa BEZAnya kepimpinan UMNO bawah Tun Dolah dan DS Najib?

Apa untungnya Melayu memberikan sokongan kembali kepada UMNO jika pertukaran kepimpinan hanya sekadar 'KULIT' atau 'CARMOUFLAGE' sahaja?

Puak-puak RACIST mengatakan BTN menjalankan agenda UMNO dan bersifat perkauman Melayu.. Yang lebih memeranjatkan lagi UMNO dilihat seolah-olah 'MENGANGGUK' kepada kenyataan tersebut dan segera pulak membuat KEPUTUSAN untuk mengubah elemen dalam BTN dan mengakui KONONnya selama ini memang kursus BTN mempunyai OBJEKTIF sedemikian.. Kenyataan seorang Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' ternyata menunjukkan lagi keBODOHan UMNO di bawah kepimpinan DS Najib..

Apabila Tun Mahathir menyuarakan pendapat beliau mengatakan tidak ada apa yang perlu diPINDA atau diubah dalam BTN, pantas pulak Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK'itu melabelkan Tun Mahathir sebagai RASIS? Adakah dengan menyuarakan pendapat sahaja maka sebegitu mudah untuk melabelkan orang sebagai RASIS? Malah, teguran TS Muhyiddin terhadap Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' ini dilihat tidak lebih sekadar untuk 'PLAYSAFE' demi mengelakkan kemarahan orang ramai terhadap UMNO!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

TAKUT sangatkah untuk DS Najib atau TS Muhyiddin untuk mengambil TINDAKKAN terhadap Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' ini?

Sedangkan dia nih tidak lebih sebagai LIABILITI dalam UMNO mahu pun kerajaan.. Lupakah DS Najib dan TS Muhyiddin tentang kenyataan Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' sebelum ini sehingga menyebabkan UMNO menerima PADAH?

1) Kenyataan beliau yang mengatakan Salleh Abbas diBERSARAkan bukannya diPECAT
semata-mata untuk meng'HALAL'kan pemberian EX-GRATIA sebanyak RM10 juta..

2) Kenyataan beliau yang menentang sekolah satu aliran sedangkan untuk menjayakan 1 Malaysia, sekolah satu aliran merupakan elemen utama yang perlu dilaksanakan menurut pakar pendidikan..

3) Melabelkan Tun Mahathir, TS Abu Talib dan TS Haniff Omar sebagai 'CROOK' KONONnya kerana mereka mengKRITIK kerajaan

BERAT sangatkan untuk DS Najib dan TS Muhyiddin bertindak terhadap Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' ini? 'BERSIH' sangatkah dia ini hingga hendak 'DISIMPAN' dalam kerajaan? Bukankah lebih baik dibuka kembali SIASATAN tentang menteri mana yang menyebabkan MARA hampir muflis dan menteri mana yang terlibat dalam skandal pemberian PERMIT TEKSI?

-------------------------------------------------------------------------------------

Rata-rata pelajar tajan kerajaan memang pernah menghadiri kursus BTN.. Sepanjang mengikuti kursus ini, tidak pernah pula ada elemen perkauman Melayu seperti yang didakwa oleh puak RACIST pendatang? Sebaliknya sekadar elemen kesedaran tentang asal-usul kaum masing-masing dan pentingnya untuk kaum-kaum ini bekerjasama untuk mengekalkan keharmonian negara.. Selain itu, elemen kerohanian, elemen kecergasan dan elemen kerja berpasukan diberi lebih penekanan..

ADAKAH INI SEMUA DIKATAKAN PERKAUMAN?

Sepatutnya tanya Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG itu, pernah ke tak dia menghadiri kursus BTN? Tu pasallah dia sanggup main POLITIK WANG!

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

pecat Hanjeng ni..pecat hanjeng ni...anak haram Hanjeng....keluarkan terus gambar anak dia yang tolol dan dungu ni...bukak rahsia kebobrokan Hanjeng ni....tunggangan DAPIG babi binatang ni....suruh anak dia ni kerakyatan Afrika ke hutan mata ke.....itu yang layaknya binatang ni.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS